Tuesday, September 26, 2017

Pais Jagung

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari Sabtu kelmarin en. suami ada beli jagung dari pasar pagi.  En. suami minta buatkan bubur jagung. Jadi kitapun tanpa banyak soal terus siapkan bahan2.  Bila anak balik dari asrama seronok nak masak macam2. Dalam dok mengopek kulit jagung tu tiba2 teringatkan resepi Pais Jagung yang pernah dikongsi oleh cikgu Amie. MaDiHaA pun teruslah simpan 3 tongkol jagung senyap2 tanpa pengetahuan en. suami. 7 tongkol lagi dibuat bubur jagung campur sagu & 3 tongkol lagi MaDiHaA proses jadikan pais jagung atau kalau bahasa mudahnya boleh juga kot kita panggil lepat jagung.  




Pais Jagung ni resepi orang lama2 dari negeri Sabah mengikut kata cikgu Amie. Istimewanya Pais Jagung dibungkus menggunakan kulit jagung itu sendiri. Itu yang buatkan MaDiHaA tertarik hati untuk mencubanya. Alhamdulillah sedap. Suami & anak2 pun sukakannya.

Sebenarnya bila bermain dengan jagung ni MaDiHaA teringat nostalgia waktu kanak-kanak. Waktu tu arwah ayah ada tanam jagung kampong waktu kami tinggal di Rompin, Pahang. Ma pula rajin buat penganan jagung. Teringat2 keenakan kuih tersebut. Kuih tu kami panggil kuih 'Hati Pari'.  Hanya jagung kampong saja yang boleh digunakan untuk membuat kuih Hati Pari sebab jagung kampung ada banyak patinya. Bila diparut & diperah boleh dapat pati yang pekat. Pati itulah yang digunakan untuk mengadun menjadi kuih Hati Pari. Jagung madu atau jagung yang biasa terjual di pasaran sekarang tak banyak pati. Memang tak boleh nak buat dah kuih kegemaran MaDiHaA tu... sekarang hanya tinggal kenangan..

Jom MaDiHaA kongsi resepi Pais Jagung ni. Mana tau ada yang ingin mencubanya sendiri. Terima kasih tak terhingga buat cikgu Amie yang sudi berkongsi resepi orang lama2 dari Sabah. Bolehlah kita dari semenanjung mencubanya juga... minta izin ye Amie resepi dikongsi di blog MaDiHaA pula...




Pais Jagung
Resepi : Cikgu Amie


Bahan-bahan:
3 batang jagung = 2 cawan jagung parut (bersama sedikit hirisan jagung)
1 cawan tepung gandum 
1 cawan kelapa parut
2 sudu besar gula pasir (MaDiHaA tambah sesudu lagi)
secubit garam
kulit jagung secukupnya




Cara:
1. Masukkan parutan jagung ke dalam sebuah mangkuk.
2. Tambahkan kelapa parut, tepung gandum, gula pasir dan secubit garam.
3. Gaul bahan hingga sebati.
4. Ambil sehelai kulit jagung. Sendukkan satu sudu besar bahan adunan di atas kulit jagung. (Jumlah bahan boleh disesuaikan mengikut kelebaran daun.
5. Tutup bahan dengan kulit jagung, kiri dan kanan dan kemudian lipat atas dan bawannya.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba!

5 comments:

adda syuhada said...

Kalo tengok gambo, semuanya nampak sedap.
Tengah lapo ni.

Amie said...

Saya pulak terliur2 tengok pais jagung Madiha ni..., kalau kena dengan citarasa memang sedapkan Madiha. Yang seronoknya time bungkus dengan kulit jagung tu hihihii... Tq sudi cuba resepi.

norhidana miswan said...

lahai msti sedap btl rasanya kak... sbb betul2 pakai jagung yg ori tu bkn pakai tepung jagung je atau yg dlm tin

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Unik sungguh resipi ni kak

endy smith said...

Only the village of corn can be used to make Hachi pie, Submit Website -Great Essay Reviews because in the village corn there are many seeds.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...