Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bersua kembali... hari ni MaDiHaA nak share resepi sihat pula dengan semua pengunjung blog Dari Dapur MaDiHaA. Resepinya ringkas saja & tak perlu gunakan dapur. Campur & gaulkan sahaja bahan2 & boleh terus menikmatinya.
Terima kasih pada Chef Hanieliza yang banyak berkongsi resepi sejak dari awal pembabitan MaDiHaA dalam dunia Fotopages & hingga jadi blogger MaDiHaA banyak jadikan resepi Chef Hanieliza sebagai rujukan.
Jom lihat resepinya. MaDiHaA gunakan buah yang ada dalam simpanan je. Hanya 3 jenis buah yang digunakan iaitu buah betik, epal hijau & epal merah. Kita buat ikut apa yang ada je. Ikut bajet masing2 ye... Jika ada banyak lagi buah2 lagi sedap dan lagi berwarna warni salad buah kita nanti. Contoh seperti anggur, strawberri, pear, kiwi.... tu semua buah yang sedap2 belaka...
Resepi : Chef Hanieliza
Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick
Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil
4. Hiaskan dengan manik warna warni
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick
Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil
4. Hiaskan dengan manik warna warni
Selamat mencuba!
1 comment:
I am upbeat to discover this post exceptionally helpful for me, as it contains part of data. I generally want to peruse the quality substance and this thing I found in you post. On Pictame2, we created 'Trending Now' and 'Hot Users' pages and also related users suggestions for you to discover the most exciting users on Instagram.
Post a Comment