Assalamualaikum...
Salam bahagia buat teman2 sekalian....
Pertamanya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada semua follower samada yang lama mahupun yang baru... terima kasih sudi mengikut blog ku yang serba sederhana ini...
Keduanya nak mohon maaf kerana tak mampu nak reply semua komen dari teman2 sekalian dek kerana kesibukan dengan tugasan di ofis ni... Maaf banyak2 ye... Maaf juga kerana lately ni tak dapat juga nak berkunjung balas ke blog kawan2 yang meninggalkan komen. Masa amat terbatas.. Kalau sempat pun melawat betul2 secara random je... maaf byk2 ye.. harap kawan2 yang belum sempat ku lawati blog kalian janganlah berkecil hati ye...
Untuk perkongsian resepi hari ni... kali ni berkongsi resepi breakfast ala2 mat saleh pulak ye... Sebenarnya.. ini adalah percubaan yang pertama kali membuat scones. Memang dah lama teringin nak mencuba resepi scones. Dah banyak juga simpan resepi scones.. tapi seru seakan belum tiba. Pertamanya takut tak dapat sambutan dari suami & anak2. Keduanya pula... memang belum begitu berani nak mencuba & takut tekak sendiri pun tak boleh terima.. hehe..
Ini scones yang dibawa bekal ke ofis...
Suatu hari tu.. ternampak cousinku Ida Marlida pos gambar scones yang nampak sedap sangat! Entah apa agaknya yang buat scones yang dia buat tu nampak sedap.. padahal takde resepi disertakan pun masa tu.. hehe.. tapi pada firasatku scones tu pastinya sedap! Apa taknya.. bila nampak ada badam cincang & bijan hitam atas scones tu.. itu yang membuat aku terpikat.. almaklum.. aku memang suka segala jenis kekacang! Tak sabar2 ku kecek2 resepi darinya sebab dah tak sabar nak mencuba.. hehe.. rupa2nya bila dia pos resepi.. baru ku tahu resepi scones tu terdapat oats di dalamnya.. jadi bertambah2 tak sabar aku mencubanya sebab aku pun memang suka dengan oats! Cik abang pun skrg rajin makan oats kalau aku tak sempat nak sediakan breakfast & stok oats kat rumah pun tak pernah putus. Maka pada jangkaan ku.. kalau scones yg ada oats & kekacang ni pasti suami & anak2 suka. Tak syak lagi... bila je masak & scones masih suam2 tu... masings2 dah habiskan 2 ketul scones! heheee.... Tak perlu makan dengan butter atau jem.. makan macam tu je pun dah cukup sedap! Rangup di luar.. & lembut di bahagian dalam. Tapi bila disimpan esoknya.. scones akan jadi lembut... tapi masih sedap bagi aku. Terima kasih Ida sebab rajin gali2 resepi & kongsikan dengan kami semua ye. InsyaAllah pasti akan dibuat lagi... Jika rasa rajin.. bolehlah try resepi2 scones yang lain pula.. Dah ada sedikit keyakinan untuk buat scones! hihi....
Cinnamon Bun Scones
Resepi : Quaker Oats
Sumber :
Ida Marlida
Dialih bahasa & editing : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 Scones
2 cawan tepong gandum
1 cawan Quaker® Oats (MaDiHaA guna rolled oats)
1/2 cawan nestum (family nestum) yang ni MaDiHaA tambah
1/2 cawan nestum (family nestum) yang ni MaDiHaA tambah
1/4 cawan + 2 tablespoons gula pasir (MaDiHaA guna gula perang)
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon garam
8 tablespoons mentega (disejukkan dlm peti sejuk)
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon garam
8 tablespoons mentega (disejukkan dlm peti sejuk)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sikit
1 teaspoon vanilla
1/2 cawan badam cincang (boleh ganti dgn kekacang yang lain)
1/2 cawan badam cincang (boleh ganti dgn kekacang yang lain)
1 teaspoons serbuk kayu manis
BahanTopping
BahanTopping
Susu segar
Badam cincang (atau ikut kesukaan masing2)
Cara menyediakan
1. Panaskan oven 170C.
2. Dalam mangkuk satukan tepong, oats, nestum, 1/4 cawan gula, baking powder, garam & dikacau sebati.
3. Masukkan mentega yang dipotong kecil2 & gaul sebati dengan campuran tepong.
4. Satukan telor, vanilla (updated on 5.25 pm pagi td tertinggal vanilla maaf!) & susu. Tuangkan ke dalam adunan tepong & oats. Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
5. Dalam bekas lain, satukan badam cincang, serbuk kayu manis & 2 sudu besar gula tadi hingga rata. Masukkan ke dalam adunan tepong. Kacau sebati. Rehatkan bancuhan kira2 5 minit biar oats mengembang.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian (ikut resepi asal bahagi kepada 12 bahagian tapi MaDiHaA buat kecik2 sikit anggaran dlm 14 biji) & bulatkan seperti membentuk roti & leperkan sedikit.
7. Susun di atas tray & dijarakkan sedikit (kerana doh sedikit mengembang selepas dibakar). Sapukan dengan susu segar di atas bun/scones kemudian taburkan dengan badam cincang atau topping pilihan. Bakar sehingga masak atau kekuningan lebih kurang 15 - 20 minit. (bergantung oven masing2).
8. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan. Scones lebih enak dinikmati semasa suam2 kerana bahagian luarnya berasa rangup & bahagian dalam scones lembut. Jika dibiarkan keesokan hari.. tekstur scone menjadi lembut.. tapi tetap sedap utk dinikmati!
Selamat mencuba!
12 comments:
nampak sedap..mintak sikit boleh..hehehe
Ini memanglah favourite akak..madihaa oooi...suka banget.
salam Kak Madihaa..yana pnh skali jer bt scone..Alhamdulillah org dlm umah ni bleh terima..nnt nk cuba yg ni pulak..nmpk sedap ^^
Wa'laikumsalam Kak Madiha cayangg.. waduhh sedap ni.. nampak padat dan bersari gitu.. makan dengan jem dan butter memang best!
Nanti akk nk cuba scones Madiha ni.
Takpe kalau Madiha betul2 sibuk, sekurang2nya ada juga membalas kunjungan. Ada setengah kwn kita yg top2 tu, bnyk x akk tinggal komen, langsong x berbalas. Mungkin sb masakan kita ni biasa2 je kot....
wsalam kak
tunggu raya mesti best wt nie..sibuk yer kak..x perla dulukan mana yg penting kak..;)
salam kak...betul2 breakfast ala western ni...tergoda...hehehe
Salam Madiha.Kak ros suka scone dgn butter dan teh panas...ekk rasa macam kat over the laut la pulak
waa..sesuai untukminum petang ni..jangan lupa buat teh o satu jug..nak singgah makan scones..
Belum pernah buat scone... tapi bila dengar nama cinnamon bun scones rasanya sedap tu Madiha kannn...
QH pon blum penah lg cuba buat scone ni...teruja nk mcuba bile bca n3 ni...nmpk sedap sgt2 CBS tu...
Salam Madihaa...
blm pernah jgk buat scone.. tapi mkn daa hahaha
Post a Comment