Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, March 26, 2010

Almond Cheese Roll



Aku buat roti ni dah agak lama dahh.. masih teringat2 lagi kesedapannya. Nak buat lagi tak tau bila angin rajin nak hinggap. Lagipun buat roti2 jenis yg byk kerja macam ni nak kena concentrate betul2.. kalau ada budak kecik yg asyik nak bertepek ngan kita je... tak senang ler nak buat kerja.. heheh...

Ni resepinya jika ada yang berminat untuk mencuba.. memang sedapp tau.. tak rugi mencuba..

ALMOND CHEESE ROLL
Sumber : Majalah Sedap

Bahan2 Roti
150 gm tepong roti
100 gm tepong gandum
1 sudu teh yis segera
25 gm gula kastor (resepi asal gula pasir)
1 biji telur
100 ml susu cair (jika guna telur gred A.. jgn habiskan dulu susunya takut adunan lembik)
24 grm mentega tawar (MaDiHa guna mentega biasa aje)
½ sudu teh garam (guna ¼ sudu teh sj.. sbb dah guna mentega bergaram )
100 gm mentega tawar ~ potong2 utk lapisan (MaDiHa guna mentega biasa.. & rasanya tak sampai 100 gm.. tak timbang pun sebab main sapu nipis2 aje.. tp still dpt roti yg berlapis2 cantik)

Bahan Inti
100 gm krim keju
1 sudu makan gula aising (guna gula kastor aje)
50 gm hirisan badam, sangai, cincang kasar untuk taburan (skip.. terlupa nak sangai)
2 sudu mkn susu evaporated (susu cair) utk sapuan

Cara Membuatnya
(boleh rujuk gambar cara2 mencanai.. tp maaflah sebab gambar tak begitu lengkap)

Gambar yang tengah2 sekali tu adalah yang terakhir dilipat sebelum direhatkan dlm peti sejuk.

1. Inti; pukul krim keju dan gula aising sehingga lembut. Masukkan dalam karung plastik (aising). Ketepikan.
2. Roti; campurkan tepong gandum, tepong roti, yis, garam & gula. Kacau rata. Masukkan telur & susu cair (jgn habiskan dulu) dan uli rata sehingga mendapat doh yang lembut.
3. Masukkan mentega (24 gm) dan uli hingga doh betul2 lembut dan elastik. Rehatkan doh selama 30 minit.
4. Kempiskan adunan/doh. Canai memanjang (boleh refer pada gambar). Sapukan 3/4 bahagian adunan yg dicanai dengan mentega tawar. Lipat doh dari dua2 bahagian ke arah tengah dengan dimulakan dari bahagian yg tiada mentega. Canai lagi memanjang.
5. Lakukan lipatan yang sama sebanyak 2 kali lagi. Simpan dalam peti sejuk. (refer gambar yg tengah2 sekali).Sementara tu.. sediakan loyang dengan sapukan mentega
6. Ambil doh dari peti ais. Canai nipis adunan memanjang. Potong bentuk 3 segi (refer gambar). Ambil satu bahagian 3 segi dan nipiskan sikit guna tangan/jari (sebab lepas kita potong2 tu.. doh jd tebal semula sbb dia mengecut ).
7. Paipkan inti cheese tadi di atas keratan doh bentuk 3 segi tadi. Taburkan almond panggang (MaDiHa skip sbb terlupa nak prepare almond panggang.. nak cepat sbb Alin dah panggil ). Gulungkan doh tadi bermula dari bahagian lebar ke bahagian yg runcing dan letakkan di atas tray yg dah disapu mentega. Pastikan bahagian hujung yg runcing tu berada dibahagian bawah yer.. Habiskan semua doh tadi & perapkan selama 45 minit.
7. Panaskan oven suhu 190C. Sapukan/brush roti yang dah mengembang tadi dengan susu cair dan taburkan/aturkan hirisan badam (yg belum panggang) di atasnya. Bakar selama 15 minit. (bergantung oven masing). Sedia dihidangkan



Resepi ni memang nampak renyahh.. tapi berbaloi sebabnya tersangatttttlahh sedappp!!!!


Selamat Mencuba..

2 comments:

MaryMoh said...

Oooh...I love this. I need to bookmark this to try. Thanks very much for sharing!

Cikgu Jamaruziana said...

saya dah cuba, menjadi. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...