Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, March 29, 2010

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong



Sayur lemak jambu golok campur sotong ni salah satu lauk kesukaan aku. Masa aku mengandungkan anak sulung ku Dini.. aku pernah mengidam nak makan sayur ni.. Mujurlah hajat ku dpt ditunaikan. Masa ma tunjukkan aku buah jambu golok tu.. bukan main seronok lagi aku rasa mcm nak melompat... nasib baik masih sedar diri yang awak tu tengah memboyot.. hehehe.. Aku masak sayur ni masa family aku datang dari kampong pada minggu lepas. Sayur ni jarang2 dapat masak sebab buah jambu golok atau gajus tu sendiri yang sukar dijumpai.. Buah gajus ni makcik aku yang bagi..

Gajus atau jambu golok (nama popular di Trengganu) ada 2 jenis. Satu berwarna kuning & ada sejenis lagi warna kemerahan bila ia masak. Tapi kedua2nya boleh di buat sayur.



SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma & Sujah
Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya

Cara2


1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris membulat.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin.

Selain sayur jambu golok tu.. aku masak juga lauk2 lain untuk dorang..



Jumpa lagi..

1 comment:

ZaiY said...

dulu msa kcik pnh mkn buahni, kelat2 masam rasanya. tp skrg buahni dh payah nk jmpa. tp biji gajusni kat dubai byk jual mcm jajan.
re:ye lah kak, klu org tu bjalan ngan org tua dan ada bwk budaktu msti org baik2 kan..sy ingt org tu sorang2 jer..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com