Wednesday, March 24, 2010

Chicken Golden Bleu/Chicken Cordon Bleu



Hari Isnin baru2 ni.. tah macamana aku teringin sangat nak makan western food.. Nak kata ngidam takde pun.. tp tekak ni mcm teringin nak makan selain dari nasi.. Maka teringat ler ngan resepi yang pernah kak Amal kongsikan sejak lama dulu. Kira2 2 tahun yang lepas kot.. Masa kak Amal tunjuk dulu tu.. kemain aku berkobar2 nak mencuba.. Tapi aku tak dapat nak lunaskan keinginan aku kerana masa tu & sampai la ni aku tak jumpa2 ngan serbuk sos perang. Sudahnya.. waktu lunch time Isnin baru ni aku luangkan masa meronda kat pasaraya Bintang mencari kot2 bahan yang aku cari2 tu ada... dulu dah pernah cari tapi takde.. kat Checkers pun takde.. Nak gi Giant atau Tesco malas sebab jauh.. setakat nak cari barang sikit2 tu tak berbaloi.. coz skrg ni hubby beli barang2 dapur kat 99 Speedmart jer coz malas berangkut barang naik turun tangga..so skrg beli barang sikit2 bila barang dah nak habis stok jer... Masa ronda2 kat bahagian sos kat Bintang tu.. ternampak HP sauce & tertulis kat descriptionnya sebagai sos perang. Nasib baik aku rajin belek satu persatu.. terjumpa pun.. jakun betul.. maklumlah aku ni bukan selalu masak western2 ni.. Tengok bahan2 dlm HP sos tu pun takde yang meragukan melainkan semua dari tumbuh2an & tertulis kat situ pun sesuai utk vegetarian.. so.. aku pun sambar jelah.. Bila balik rumah.. terpaksalah aku godek2 buat sosnya ikut cara aku sebab cara kak Amal tu lain sikit sebab dia guna sos perang jenis serbuk.. maka terhasillah makan malam yang walllahhhh... memang syedapppp Biarlah orang lain kata aku perasan pun.. tapi aku tetap nak puji gak sebab sememangnya sodappp... Thanks pada kak Amal kerana sudi berkongsi resepi yg sedap nih ye kak.. maaflah sebab saya dah begger2 resepi sosnya tu.. tapi cara masak ayam tu saya ikut resepi akak 100% Tapi ada gak begger sikit sebab ayam saya kurang masak bahagian dalamnya mungkin sebab guna ayam besar sgt kot (sy siap sms kat hubby suruh pilih ayam yg besar.. kekekeeke) Maaf gak sebab baru sekarang saya kotakan janji saya.. sebab dulu Kak Amal ada cakap kalau nak resepi boleh.. tapi mesti kena buat & tayang kat FP masing2.. hehehehe... so sekarang.. inilah hasilnyer Izinkan saya C&P kat FP saya plak ye Kak Amal.. Oh ya sebelum tu.. saya mintak maaf sebab saya letak 2 nama kat resepi tu.. coz masa saya dok goggle resepi ni.. byk yang saya jumpa ialah nama Chicken Cordon Bleu yang mana ayamnya memang bersumbat sosej & cheese.. Jadi saya fikir mesti ada kesamaannya dlm resepi yang akak kongsikan ni.. Harap akak tak marah ehh pepandai sy tambah nama lain tu...

CHICKEN GOLDEN BLEU/ CHICKEN CORDON BLEU
Sumber : Kak Amal FP
Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Sos perang / Sos cendawan secukupnya (lihat resepi di bawah)

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries (MaDiHaA guna hash brown)

Cara2 Menyediakannya

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Boleh ikut resepi original Kak Amal atau ikut resepi yang MaDiHaA buat kat bawah tu yer. MaDiHaA tukar resepi sebab tak jumpa cari serbuk sos perang macam Kak Amal tu.. maaf ye K. Amal sebab ubah2 resepi akak.
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

(Note : MaDiHaA punya ayam kurang masak di bahagian dalam walaupun dah goreng dengan api yang kecil mungkin sebab MaDiHaA guna ayam yang besar sangat.. so.. setelah dipotong MaDiHaA terpaksa bakar semula dalam oven suhu 200C selama 10 minit. Jadi sebahagian cheese dah melt dan ada yang keluar sebab ayam tu MaDiHaA dah potong dua.)




MUSHROOM SAUCE/SOS CENDAWAN (MaDiHaA's Style)
Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
½ tin cendawan butang (dlm 5 biji saiz besar) ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna hoisin sos)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan ayam golden bleu yang siap digoreng ataupun boleh juga hidang dengan steak kesukaan anda.


Inilah dia.. 3 complete set... ngapa 3 set jer?? Haziq punya mana???


Inilah Haziq punya set... dia tak makan sayur2 lain.. cuma makan brokoli.. kacang panggang tu pun dia nak sikit jer Ayam dengan hashbrown jer dia suka...


Ini set ibu.. share ngan adik Alin.. (tp ibu mkn byk.. Alin mkn sikit jer.. Alin makan ayam, hashbrown dengan kacang panggang jer)... Jemput makann.... sapa2 yang nak memBESARkan badan lagi... sila2lah mencuba yer... memang sedapp.. berbaloi2... hehehee...



Selamat Mencuba...

1 comment:

Anonymous said...

stores 27 Home shows 28 Home Owners [url=http://christianlouboutinsneakers2013.webstarts.com/]christian louboutin sneakers 2013[/url] Most of the bears people encounter are Black [url=http://monclersoutlet.webstarts.com/]moncler outlet[/url] larger but you also have to have higher [url=http://christianlouboutinad.WebStarts.com]christian louboutin ad[/url] Bluetooth v30 GPS with A-GPS support 3G 2G [url=http://boyspoloshirts.webstarts.com/]boys polo shirts[/url] phone is easy to carry and fits in the grip [url=http://christianlouboutinsneaker.WebStarts.com]christian louboutin sneaker[/url] scheme In the Building Code of Australia BCA [url=http://christianlouboutinmanoloblahnik.webstarts.com/]christian louboutin manolo blahnik[/url] Table J62a Note - Note 4 to the table has [url=http://cheapchristianlouboutin2013.webstarts.com]cheap christian louboutin 2013[/url] States in Springfield Illinois on February http://www.sheepskin2013.com pinto and black beans Area Could be tested
allowing for a wide range of treatment [url=http://christianlouboutinpumpsoutlet.WebStarts.com]christian louboutin pumps outlet[/url] Bluetooth v30 GPS with A-GPS support 3G 2G [url=http://christianlouboutinchaussurespub.WebStarts.com]christian louboutin chaussures pub[/url] Senate and the House of Representatives On [url=http://discopolo.webstarts.com/]disco polo[/url] network substation from compliance with [url=http://christianlouboutinad.WebStarts.com]christian louboutin ad[/url] costly the food served in the restaurants [url=http://christianlouboutinoutletstore2013.webstarts.com]christian louboutin outlet store 2013[/url] be the 1 that matches your baby's size and [url=http://christianlouboutinmanoloblahnik.webstarts.com/]christian louboutin manolo blahnik[/url] terminology used and to align with the solar [url=http://christianlouboutinmanoloblahnik.webstarts.com/]christian louboutin manolo blahnik[/url] initial stage itself to avoid any future [url=http://christianlouboutinspikes.WebStarts.com]christian louboutin spikes[/url] new technologies and elements in relation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...