Monday, June 9, 2014

Tomyam Ayam Ala Thai



Assalamualaikum & salam sejahtera..

Cuti sekolah ni memang hari2 kena masak menu ayam.  Sampai dah buntu nak masak apa.. Ada yang sempat ambik gambar.. ada juga menu yang malas nak ambik gambar... Antara yang sempat ambik gambar ialah menu Tomyam Ayam Ala Thai ni.  Resepi tomyam lain dari yang lain tapi yang pasti memang terbaikkkk... Tak percaya sila cuba sendiri ye... Terima kasih Sajian dapur bonda share rahsia resepi tomyam terbaik... dah beberapa kali guna resepi ni tau...


TOMYAM AYAM ALA THAI 
Resepi : Sajiandapurbonda

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk 
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya

Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis (MaDiHaA guna brokoli... tu yg kuah nampak hijau..hihi)
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek (takde stok)
1 biji buah tomato
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)

Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Selamat memasak..

2 comments:

Gee® said...

Wah! nmpk menyelerakan tomyam tu... ye lah Madihaa... ayam mmg fav anak2... kdg2 smpi blur nak masak ape kan...

sarah said...

aiseyyy sedapnya.. ni kalau makan dengan mi ka kueh teow best nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...