Wednesday, May 6, 2015

Bayam Malabar Goreng Belacan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pertama kali masak sayur pucuk raja (bukan ulam raja ye!) atau sayur bayam malabar ni.  Nampak dah lama tapi tak berani nak beli sebab tak pandai nak masak apa. Ramai yang komen sayur ni rasanya sedap. Selain tu sayur ni juga ada khasiatnya yang tersendiri terutama bagi pesakit diabetis.  Jadi kali ni beranikan diri beli seikat bayam malabar ni masa pegi pasaraya.  Cuba2 masak style sayur kangkong.. maka jadilah bayam malabar goreng belacan. hihihi.. Sedap juga rupanya sayur ni.. tapi ia agak berlendir sikit.. kalau nak siang tu.. bila semua bahan2 atau rencahnya dah siap sedia.. terakhir barulah siangkan sayur ni ye.  Pada citarasanya MaDiHaA sayur ni sedap. Tapi en. suami kurang suka la pulak... nak wek katanya.. lain orang lain citarasanya kan.. hehehe...



BAYAM MALABAR/SAYUR PUCUK RAJA GORENG BELACAN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2
Seikat Bayam Malabar Hijau (anggaran secekak lebih)

3 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang
3 ulas bawang merah ~ tumbuk 

8 biji cili padi ~ tumbuk
Belacan secukupnya ~ tumbuk sekali dengan bwg & cili.
Minyak
garam & perasa

Cara2 menyediakan
1. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk dan kacau lagi hingga agak garing/wangi. 

2. Masukkan bayam malabar, garam (jgn byk sgt.. belacan dah masin), perasa & juga sikit air. Balik2kan & rasakan garamnya. Bila bayam nampak layu & lembut bolehlah padamkan api & hidang.

Selamat mencuba!

3 comments:

adda syuhada said...

terliur ... bleh bygkan kesedapannya tu...

norhidana miswan said...

dana tak tau nama syr tu bayam malabar kak... kalu kt kampung dana sebut syr bayam cina... sbb cina suke mkn syr nih...

aji nugraha said...

nampak sedap sekali ini..

saya adalah seorang kuliner akan tetapai saat ini saya takut gemuk. tolong kasih solusi Obat Pelangsing paling ampuh dong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...