Monday, October 5, 2015

Kerabu Mangga Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Ada kawan bagi beberapa biji mangga muda.  Besar2 pulak tu buahnya.  Jenuh nak perabis. Buat makan cicah collek, kerabu ni pun dah masuk kali kedua buat.  Buat pertama kali dulu campur dengan tomato... kali ni campur carrot pulak.  Ikut apa yang ada dalam peti sejuk je. Kacang pun takde stok.. tu yang nama pun jadi mudah je tu.. yang takde kita lupakan... nak ke kedai pun dah malas... hihi..  Kalau yang ada stok kacang tanah boleh campur dengan kacang tanah yang digoreng kemudian tumbuk kasar2.. gaul sekali ye..



Kerabu Mangga Mudah
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 biji mangga muda saiz besar ~ disagat kasar
1/2 batang carrot ~ disagat kasar
2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk kasar (MaDiHaA tak tumbuk)
1 biji bawang besar ~ mayang nipis
5 biji cili padi ~ hiris halus (nak pedas lebihkan!)
3 sudu besar sos ikan nampla (ikut terasa masin masing2... x perlu tambah garam)
2 sudu besar gula

Cara2 menyediakannya
Gaulkan kesemua bahan2 di atas.  Biarkan secukup rasa masam, masin & manis.

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tu madiha..
Hendaknya bila tak ada selera..
Kerabu mangga nilah pembuka seleranya..
Rumah arwah mak akak pun tengah lebat berbuah.. boleh lah cuba resepi madiha ni..

Baby Batriesyia said...

Alamak....baru smlm beli pelam muda....tapi rasanya tak sempat nak buat kerabu, abis kena ngap ngan anak dara kaki makan buah masam2 nih....hehe....

obat alami tradisional said...

keliatannya sangat enak kuenya !!

Terapi Obat TBC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...