Friday, June 27, 2014

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tak sabar rasanya nak menunggu tibanya Ramadan.  Berdebar2 rasa dihati apakah ada rezeki ku untuk tahun ini?? Ya Allah semoga ku dipanjangkan umur & masih ada rezeki untukku menikmati indahnya beribadah di bulan Ramadan MU yang mulia itu... amin ya rabbal alamin...


Seperti kebiasaan.. Jumaat hanya berkongsi gambar tempahan ye.  Tempahan di awal bulan Jun dimulai dengan tempahan Pulut Kuning Berhias dari Puan Hasni.. Terima kasih Has sudi menempah... jauh pulut ni 'makan angin' sampai ke Jeram... hehe.. Has menempah untuk sambut besday adiknya (kalau tak silap). Celebrate kat restoren yg femes kat Jeram tu... aiii... pulut kuning ku dah sampai Jeram.. tuan buat pulut tak merasa lagi ke Jeram tu... hehehe....


Senang buat order Has sebab Has kata design dia tak kisah... ikut MaDiHaA lah nak deko macamana pun... alhamdulillah.. inilah hasilnya... Terima kasih ye Has...

Thursday, June 26, 2014

Tortila Wrap

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...




Dari sehari ke sehari nak update blog... akan tetapi tiba2 je mood untuk update merudum!  Tambah pula kesihatan kurang mengizinkan... lagi lemau nak update.  Gagahkan diri untuk update... terkenang2 masih ada beberapa gambar yang belum sempat dikongsi... ada juga hanya resepi2 ulangan... Hari ni gagahkan diri... rajinkan diri.. bangkitkan mood mengupdate... Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan... pasti ramai yang akan tercari2 resepi2 untuk juadah berbuka kan.  MaDiHaA macam biasa saja... setiap kali bulan puasa kami hanya berbuka puasa dengan makanan2 yang simple2... Tidak bermewah2 sampai penuh meja... tiada juadah2 istimewa almaklumlah tak sempat nak masak beria2 kalau sampai rumah pun dah lewat.  Lagi sedih jika ada yang terpaksa berbuka dalam kereta... huhuhu... yang penting tiada pembaziran kerana membazir itu amalan syaitan....

Oklah... Tortila wrap ni pun dah lama dibuat sebenarnya.  Sesekali jemu mengadap nasi.. kita masak yang mudah2 saja... janji perut terisi.. Mudah saja nak sediakan... semua gunakan bahan2 segera.. tinggal tumis2 je... jom kita tengok mcamana nak sediakan bahan2 intinya...



Tortila Wrap
by MaDiHaA

Bahan2
5 keping tortila (MaDiHaA guna jenis wholemeal)
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya

Bahan inti
1 biji bawang holland ~ didadu
3 ulas bawang putih
5 keping daging burger ~ hiris memanjang
5 batang sosej ayam/daging ~ belah 4  memanjang (nak hiris pun boleh.. tp MaDiHaA belah supaya ia tak mudah jatuh2...
semangkuk hirisan kobis
1/2 biji capsicum ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar
kicap cair secukup masin 
sedikit minyak utk menumis 

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang dadu & bawang putih hingga layu & wangi. Masukkan daging burger & sosej.  Kacau2 hingga kedua2nya masak. Boleh masukkan sikit air jika perlu.
2. Masukkan bahan perasa... sos tiram, serbuk lada hitam & kicap cair kacau2. Campurkan kobis & capsicum & kacau2 kejap agak2 layu sikit2 je terus tutup api. Sejukkan sikit inti.
3. Sediakan tortila.. letak inti... paipkan mayonis & sos cili & gulungkan roti tortila tu ikut cara sendiri.  Kalau nak kemas boleh balut sebahagian mcam balut kuih ketayap tu.. kalau nak buat kun.. utk lebih kemas boleh balut dengan aluminium foil atau kertas kuih sebahagian balutan belah bawah tu.. (MaDiHaA pesan kat anak2 masa nak makan.. tekan bahagian bawah tu supaya inti tak terkeluar... hehe..) ok dah sedia untuk dihidangkan...

Selamat mencuba!

Tuesday, June 17, 2014

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong lagi....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Balik kampung bulan lepas tak sangka ada rezeki nak makan sayur lemak jambu golok dengan sotong.  Bukan senang nak dapatkan buah jambu golok atau buah gajus ni.  Waktu tu memang tengah musim... tapi bukan semua tempat ada.  Rupanya masa ma ke Rompin, Pahang... ma beli buah jambu golok tu & bawak balik ke rumah. Katanya dah dimasak sekali untuk makan tiga bercucu.  Oleh sebab dia tau anak2 nak balik.. sengaja dia simpan buah tu kat tempat sejuk beku.  Bila kami balik ma pun keluarkan & masakkan untuk kami.  Yang dia ingat sekali mestilah kat MaDiHaA sebab ini sayur kesukaan ku.. hehe.. Pernah sampai mengidam nak makan sayur ni masa mengandungkan anak sulung.  Nasib baiklah jumpa & terkena musim buah tu... hihi...

Oklah.. sekadar resepi ulangan... tapi resepi ni biasanya hanya setahun sekali je boleh jumpa sebab musim jambu golok atau musim buah gajus ni hanya sekali setahun & biasanya ia keluar sama waktu musim orang candat sotong.. Kreatifnya orang2 kat Terengganu ni.. disebabkan lambakan sotong & buah ini.. maka terjadilah masakan ini... kat tempat lain memang takde orang masak lauk ni.. hehehe.. Kalau nak rasa macamana rasa sayur ni.. bolehlah mencuba ye...


SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma


Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya

Cara2

1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin. 


Buah jambu golok atau gajus atau janggus atau ketereh.... hihihi... banyak betul nama dia...


Friday, June 13, 2014

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar semua? Diharapkan semoga semuanya berada dalam keadaan sihat2 semuanya ye.  Kepada semua pengunjung Dapur MaDiHaA ni diucapkan ribuan terima kasih.  Yang meninggalkan komen pula diucapkan  jutaan terima kasih... minta maaf kerana tak sempat nak membalas kunjungan kalian.  Kesibukan membuatkan ku kesempitan masa untuk blog walking seperti dulu.  MaDiHaA hanya mampu mendoakan semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.  amin... Mari kita sama2 berdoa moga segala usaha & urusan kita sentiasa dipermudahkan Allah s.w.t..  Allahumma yassir wala tu'assir.  Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin....

Oklah... untuk hari ni share gambar tempahan pulut kuning 3 tingkat dari adik Fariha yang melansungkan perkahwinannya akhir Mei lalu.  Inilah customer pertama yang menempah pulut kuning 3 tingkat.  Seawal 3 bulan Fariha menempah.  Terima tempahan dalam takut2.  Maklumlah tak pernah buat pulut hingga 3 tingkat.  Kena betul2 bajet masa. Alhamdulillah dapat juga disiapkan on time.  Dalam pada menunggu tibanya tarikh yang Fariha minta.. tup2 sahabat MaDihaA Puan Fadzilah menempah dulu pulut 3 tingkat... hah kauu.. konon lambat lagi nak test yg 3 tingkat... sekali dtg yg mengejut... anjat gigirl.. hehe... Jadi dah ada pengalaman buat yg dulu tu.. buat tempahan Fariha ni takdelah rasa kelam kabut sangat.  Syukur segalanya dipermudahkan. Amin..

Gambar ikhsan pengantin baru... Fariha (TQ dik...)

Terima kasih Fariha beri kepercayaan pada akak untuk buat ni.  Tempahan jauh dari Rawang tak silapnya... terima kasih pada kawannya yang sanggup tolong datang ambil pulut ni... memang bagus betul kawan2nya tu.



Segala kekurangan mohon dihalalkan ye Fariha.. Suka pula tengok bila dah siap tergubah.  Walaupun Fariha pilih gubahan/paten yang begitu simple.. tapi bila dah siap letak bertingkat2 tu nampak menarik pula.. syukur...

Oklah itu saja untuk hari ini.. Hingga jumpa lagi di lain masa.. Yang berminat nak menempah boleh hubungi MaDiHaA di nombor tertera di kanan tu ye.. terima kasih..

Wednesday, June 11, 2014

Tauhu Ayam Kukus Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Sebenarnya dah lama juga mencuba resepi ni.  Resepi yang berlegar2 di dalam blog & FB.  Masa mula2 nampak resepi ni kat blog seorang blogger. Berkobar2 nak copy resepi.. tapi malangnya blog beliau tak benarnya resepi dicopy kerana sengaja disetting supaya pengunjung tak boleh nak copy apa yang ditaip.  Hmmm... terbantut sekejap nak mencuba. hihihi... Namun rasa minat terhadap tauhu.. ku cuba2 juga dengan mengodek resepi mengikut kuantiti bahan sendiri berdasarkan bahan2 yang boleh ingat dalam kepala.  Nak menyalin malas sangat.. jadi simpan dlm memori jelah.  Bila sampai rumah.. godek2 sendiri ikut bahan yang ada dalam simpanan.  Alhamdulillah.. menjadi juga rupanya walau tak ikut sukatan dalam resepi mereka... 

Terima kasih yang berkongsi idea resepi menarik ni ye.  Resepi di bawah hasil godek2 sendiri resepi ikut bahan yang ada kat rumah masa tu... Yang berminat dengan tauhu bolehlah mencuba... En. suami makan cicah dengan sambal kicap... sedap pepalih katanya.. hehe....  Pada yang nak gantikan isi ayam dengan isi udang pun boleh.. kita yang buat dia kan..

Jom tengok resepi... sesuai juga ni jadikan juadah berbuka puasa nanti...



Tauhu Ayam Kukus Goreng
by MaDiHaA

Bahan2
300 gram isi ayam
3 keping tauhu biasa
1 keping tauhu lembut (yg dalam kotak 4 segi tu)
2 biji telur B

1 biji bawang besar ~ cincang
sedikit hirisan daun sup & daun bawang
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
lada sulah secukupnya
garam secukupnya

Bahan lain
1 biji telur ~ dikocok
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Kisar isi ayam, tauhu biasa & tauhu lembut sehingga halus menggunakan pengisar kering.  Gaul sebati kesemua bahan kisar bersama 2 biji telur, bahan hiris & bahan perasa.  Masukkan dalam loyang & kukus sehingga masak.
2. Sejukkan tahu sebentar kemudian bolehlah dipotong ikut saiz disukai.
3. Panaskan minyak masak, celupkan tauhu dalam telur yang dikocok & masukkan dalam minyak panas. Ulangi satu bersatu & gorenglah tauhu hingga keemasan.
4. Hidang tauhu dengan sos cili pilihan atau sambal kicap.  Terangkat!!

Selamat mencuba!

Tuesday, June 10, 2014

Gulai Darat Ayam TokMi @ Gulai Nasi Berlauk



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita pasal gulai darat ni... mengingatkan MaDiHaA  semasa berkunjung ke Kelantan beberapa tahun lalu.  Tak puas rasanya menikmati hidangan yang sedap2 di Kelantan termasuk nasi berlauk, nasi dagang & nasi kerabu.  

Gulai darat ni popular kat Kelantan & ia lebih kurang macam gulai nasi berlauk juga.  Terima kasih Rabiatun kongsi resepi dari bonda ye.. Kebetulan ada rempah gulai kat rumah.. so memang ngam sangatlah.  Ada juga idea nak masak apa dengan ayam tu... hehe..

Minta izin kongsir resepi kat blog akak pula ye Tun..




Gulai Darat Ayam TokMi
 recipe by : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
3 sdb rempah gulai darat (MaDiHaA guna rempah gulai cap Bunga Ros)
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1/2" lengkuas
* 2 hiris halia
2 sdb ketumbar ~ disangai dan ditumbuk halus
3 sdb keresek
2 biji cili hijau ~ dibelah (MaDiHaA tak letak... tapi tambah lobak merah)
1 keping asam keping ~ size kecik sebab taknak kuah masam
1/4 keping nisan
1 +- cawan santan pekat ~ ikut nak pekat ker cair
3 cawan air - ikut nak pekat ker cair
garam


 Cara:
1). Kisar bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan juga bahan kisar, keresek, ketumbar yang ditumbuk halus, asam keping, nisan dan juga rempah gulai darat. Gaul sebati.
3). Masukkan air sehingga meliputi seluruh ayam (bukan air yang 3 cawan tu). Biarkan ianya mendidih dan ayam empuk. Air ni akan kering sedikit.
4). Masukkan sedikit air dan tengok biar ianya pecah minyak. (boleh juga masukkan sedikit air panas). Didihkan.
5). Masukkan santan pekat dan juga 3 cawan air tadi. Didihkan santan, cili hijau dan tambah garam. Suaikan rasa. Bolehla diangkat. 


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...