Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, August 3, 2012

Pulut Lepa aka Pulut Panggang Versi Terengganu

Assalamualaikum....

Bersua lagi di hari Jumaat yang barakah pada bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak... Alhamdulillah masih dipanjangkan umur & dapatlah ku berkongsi lagi resepi2 di blog kesayanganku bersama teman2 & follower2 tersayang.  Terima kasih MaDiHaA ucapkan kepada teman2 sekalian yang tak jemu2 datang berkunjung ke blog MaDiHaA walaupun MaDiHaA sendiri tidak dapat membuat kunjungan balas kesemua blog teman2... Harapnya takde yang berkecil hati ye.. Kalau ada tu.. MaDiHaA mohon maaf sangat2...

Oklah.. entry ringkas saja hari ni sebab sekejap lagi MaDiHaA terpaksa keluar ke KL sekejap atas urusan kerja..  Jadi kita teruskan dengan resepi yang nak dikongsi hari ni ye.


Resepi hari ni dengan bangganya MaDiHaA sebagai anak jadi Terengganu nak berkongsi resepi Pulut Panggang Versi Terengganu atau lebih dikenali sebagai Pulut Lepa di Terengganu.  Istimewanya Pulut Lepa ini ialah kerana intinya diperbuat daripada isi ikan yang dimasak dengan santan dan lain2 ramuan..  resepi inti ini juga boleh digunakan untuk membuat Paung Ubi/Pulut & juga Tembosa Ikan.. semuanya kuih-muih yang hanya boleh didapati di Terengganu.. hehe.. 

Ok mula2 kita sediakan dulu intinya yer... 


sila besarkan untuk paparan yang lebih jelas


INTI PULUT LEPA
Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.


sila besarkan untuk paparan yg lebih jelas..

PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Bahan2
1 kg beras pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
2 sudu kecil garam/ secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan. 


9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Bolehlah dihidangkan panas2 atau sejuk... sedapppp!!


Selamat mencuba!


18 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam kak selamat bepuasa eee kita suka tau pulut lepa ni nak pulak inti ikan...biasa beli je kat temeloh org tua ada jual sekali gan sata....kita nak try buat lah kak ..mmg fv ni..tq kak kongsi resepi

Salmi Khairil said...

teri ma kasih kongsi resepi..sebab my hubby suka sangat makan nie tapi saya tak pandai buat..lepas nie boleh lah cuba

norhidana said...

sedapnyer kak, tp nk bt neyr leceh tul... utk org yg `rajin` cam dana nih mmg takde lah nk bt heheheh....

beza ngn pulut panggang johor yelah inti nyer, sbb johor serunding kelapa, tp terengganu nyer inti ikan.... tp sama2 sedap gk

laskar pelangi said...

suka sangat kuih ni ;')
nyumnyum~~

Sari Yusa Ibrahim said...

kita suka pulut ni, apa2 pulut pun suka. Oh, rupanya trengganu intinya ikan ya, mesti sedap!

Nuridah said...

Assalamualaikum Madiha,

sihat ke??Maaf ya lambat kak Nur nk balas kunjungan...aduh!!!

Mcm mana persiapan raya Madiha...dh siap ke??

Tengok pulut panggang nie akak tingat arwah ayah akak suka mkn pulut ini...aduh sedih pulak nie...pandai Madiha msk macam2 juadah...kak Nur tukang tengok aja lah...hehehe

tun_telani said...

salam kak madihaa.. mmg terbaik!!! tun suka semua2 yg inti ikan nihh.. pulut lepa, samosa, eben kuih bom tu pun tun cari yg inti ikan.. uwaaa.. sedapnyerrrr!!!! tp xsanggupp nk wat sendiri. lemah betul bab hanyir2 ikan nih.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Lya Colours said...

sedappppp suka sangat !! nanti blk kampung raya nak bedal banyak2. hehe

inahar ali said...

salam madihaa..susah betui nk cari pulut panggang inti ikan cenggini kt kl nih..ni mmg feveret akak! kalu ada kengkawan balik ganu mesti kirim belikan pulut panggang..daapnyer!

Qhaifa Nur said...

sedapnya makan panas2 best...
kena rasa gak pulut lepa kalau gi teganu......

Ayu said...

Assalam ratna, akak ni tengah kumpul
recipe2 pulut panggang ..sebab nak compare yang mana satu boleh dicuba..sebab hubby suka makan pulut panggang..
pasti sedapkan kalau dipanggang atas arang.. lagi naik bau asap tu..fuh bestnya..akak ambik dulu recipelah ya.. thank u dear..

Zaliedana said...

Assalam kak,wah xtau lak pulut panggang versi ganu lain,igt sama jer letak inti serunding kelapa tuh jer.hb n ank2 suka sgt pulut panggang versi letak serunding kelapa tuh..

Norzie hany said...

Sedapnya.

quinnie said...

ooo ada beza yg versi terengganu ni...pakai ikan...sedap nya..tengok je dah tau best...hehehhe

nOOrsha said...

Salam k madiha..wah sedapnye pulut panggang.auka mkn tp x pnh wat sdr.skg susah nk cari yg sedap n mewah inti..selalu dpt inti ciput je..huhu..kena try nmpaknya..tq kak resepinya :-)

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Ratna. bila Ratna bgtau yg pulut lepa Ganu guna ikan baru teringat....lupa sbb dah lama tak mkn yg Trg punya...mmg byk kuih Trg letak inti ikan.

dapurCikWan said...

pulut lepa kegemaran cw ni kak ;)) org ganu je kot wat pulut lepa inti ikan kan kak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com