Thursday, October 24, 2013

Ayam Halia Bawang Putih / Ginger Garlic Chicken

Assalamualaikum...


 Versi tanpa cendawan butang & masak sampai pekat..

Merajinkan diri update resepi lagi hari ni.  Kali ni update resepi kegemaran kami sekeluarga.  Kalau masak lauk ni memang tak berbakilah jawapnya. Bahan2nya mudah & ringkas je. Bak kata orang.. bahan asas yang sentiasa ada kat dapur.  Jadi senanglah nak masak bila2 masa pun.

Jika buntu tak tau nak masak apa.. bolehlah cuba resepi ni ye.  InsyaAllah tak mengecewakan.  Sebenarnya resepi ni telah MaDiHaA buat sedikit 'improvement' dari resepi yang pernah MaDiHaA kongsikan dulu.  Yang dulu tu pun sedap juga... resepi kali ni lagiiiii sedap dengan tambahan lada hitam tu.

Jom kita tengok resepinya jom..

Versi berkuah sikit... dua2 pun sodap!

Ayam Halia Bawang Putih / Ginger Garlic Chicken
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
2 biji kentang 
1 tin cendawan butang dalam tin (jika suka)
5 inci halia (hiris nipis)
10 ulas bawang putih
4 + 1 sudu besar sos tiram
1 + 1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lada hitam biji ~ ditumbuk halus (jika guna lada hitam dikisar sendiri.. guna 2 sudu kecil)
3/4 cawan air
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1.  Ayam dibersihkan & potong kecil atau sederhana. Kentang dikopek & potong wedges. Cuci bersih & toskan kedua2nya.
2. Halia & bawang putih ditumbuk lumat.  Ambil satu sudu besar & masukkan ke dalam bekas.  Campurkan 1 sudu besar sos tiram & 1 sudu besar kicap manis. Kacau rata. Masukkan ayam & kentang lalu kacau rata. Perapkan anggaran 10 minit.
3. Panaskan minyak lalu gorengkan kentang hingga garing. Angkat & ketepikan. Goreng pula ayam hingga tiga suku masak lalu angkat & ketepikan. (bila goreng ayam ni.. jangan panik kerana ayam akan berubah warna jadi sedikit kehitam2an kerana telah diperap dengan kicap & sos tiram)
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain lalu tumiskan lebihan halia & bawang putih tadi hingga wangi.  Jangan sampai garing sangat ye.. agak2 dah masak.. masukkan sos 4 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, lada hitam serbuk serta 3/4 cawan air.  Biar mendidih kemudian bolehlah masukkan cendawan butang. Kacau2 biar cendawan masak sikit.  Bila kuah agak pekat masukkan ayam & kentang goreng tadi. Kacau rata & rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah.  
5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih & lauk tambahan lain.

Selamat mencuba!

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

fuhh keliur tengok ni

Qhaifa Nur said...

kalau Nur mesti letak kentang baru best...
betul, terliur Nur tengok masakan akak ni......

fuzidss said...

simple and best

Bbwana adienia said...

wah..lapar perut tengok menu tu kak..

norhidana miswan said...

comfirm sedap nih... lagi kalu ada kicap mmg feveret dana

Zaliedana said...

Rcp simple2 gini mmg berselera mkn ngan nasi panas2nih.sy ambk rcpnya dah kak..insyaAllah bila2 blhla wat,dah trgoda ngan ayam ni..

Ps akk pakora tu trus terang ckp klo bgi sy mmg sedap,tapi xtaulah bgi tekak org lain kan..yalah tasted bud mmg xsama kan.ummi maria ktakntang tu xyah rbus dlu pon xper..tapi sy takut xempuk,tuh yg rebus gak tu.

Mori Said said...

Asalamualaikum Madiha... Sedap betul tengok menu ayam tu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...