Monday, October 28, 2013

Soft Pretzel with Butterscoth Sauce

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Jangan gelakkkkk, jangan sengihhhhh... jangan mengejek noooo.... hahaha... Pretzel MaDiHaA ni memang takde rupa pretzel sebenar.. inilah akibatnya buat eksperimen malam2... semata2 hanya dengan berpandukan kertas resepi yang diprint tanpa sebarang gambar.  Nak buka blog lappy belum lagi siap dibaiki.. ada lain problem pulak! Nak buka blog dengan handphone kurang kerajinan pulak... Ha.. inilah akibatnya... pretzel tu debab2 & rupa gitu gaya... Hahaha... Memang dalam kepala tu boleh agak rupanya macam dalam gambar tu... TAPI!! tang pintal2 tu tak perasan pulak! Adeiii..... Almaklumla... memang jarang beli pretzel Aunty Anne's tu...  kalau beli pun sekali sekala jer... dah tu.. beli pun tidaklah ku telek2 sepuas hati... selalunya kalau beli anak2 dah tak sabar nak makan... ha... takper-takper.. ada kerajinan lain kali pasti akan ku buat lagi....



Apa2pun.. terima kasih kepada CT Zaliedana yang telah memberi inspirasi pada MaDiHaA untuk mencubanya bila dia telah 2 kali menayang pretzel yang dibuatnya.  MaDiHaA yang sedia maklum sekarang ni kurang kerajinan nak bereksperimen di dapur sebab kadang2 sibuk dengan tempahan & kerja rumah bila tiba hari cuti... sedikit sebanyak jadi teringin pulak nak mencuba bila CT dok kata sedap... sedap.. & anak2nya suka sangat.  Ternyata memang sedap! Tambah pula bila dicicah dengan Butterscoth Sauce tu... anak2 & suami pun suka.  CUMA.. Pretzel versi MaDiHaA kali ni adalah dalam kategori SOFT pretzel sebab MaDiHaA buat gomok-gomok... haha.. tambahan pula MaDiHaA lebihkan sikit kuantiti yis tu.. pastu gentel plak tak cukup halus sebab nak cepat.. jadi bila pretzel tu bila dah masak agak tembam atas 2 faktor (dilebihkan yis.. & digentel tak cukup halus).  But nevermind... inikan percubaan pertama... yang penting rasanya sedap! InsyaAllah jika diberikan kerajinan berganda akan MaDiHaA cuba buat lagi & akan buat kurus2 sikit... hehehe... barulah nampak serupa macam kat Aunty Anne's tu kan... yelah inikan 1st time mencuba... tak kisahlah orang nak gelak pun.. MaDiHaA tetap akan simpan gambar kenangan dalam blog ni... hahaha...  Apa2pun.. terima kasih CT Zaliedana yg banyak membantu.. siap sms CT bertanyakan hal yang membuatkan MaDiHaA kompius malam tadi.. haha.. nasib CT rajin melayan.. TQ ye CT..

Jom lihat resepinya... TQ pada penyumbang resepi yang asal iaitu Beldandy & seterusnya dikongsi oleh Azlita & CT Zaliedana. Mohon share ye...


Soft Pretzel With Butterscoth Sauce
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita & CT Zaliedana 


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku letak 11/2Sdt) (MaDiHaA ikut CT guna 1 1/2 sudu teh juga)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti 

3 cawan tepung gandum
Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku letak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk) (MaDiHaA ikut CT.. guna 1 cwn juga)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka 


Cara penyediaan
Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.  (MaDiHaA dapat 12 ketul gemuk2.. hehe)
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.





BUTTERSCOTCH SAUCE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth (MaDiHaA tak de esen ni)


Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan
 

Selamat mencuba!
 

16 comments:

Fazleyatul Aini said...

kak madiha, apa plak takde rupa pretzel. dah jadi la tu. kalau saya buat memang takde harapan jadi rupa pretzel agaknya hihi

JaSSNaNi said...

KAK, nani nampak dah tau tu rupa pretzal kak.. auntie ann pun kalah nani kak sebab kak dah pandai wat pretzel ni.. nani pun suka je nak buat bila tengok hasil aka wat ni.. semalam nani mendonat je kat umah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seronokkan pandai buat pretzel ni, takyah lagi beli yg mahal2 kat luar tu.. huhu.. tapi sy bab nak nguli tu malasnya lahai...

Rozita said...

bestnya..aritu thk org beratur kat untie n tu.. x sanggup nak tunggu... skrg boleh try buat sendiri.. terima kasih ye..

Qhaifa Nur said...

bestnya dapat buat sendiri kak...
nak beli mahal kan..kan..

Salwa said...

Wowwie. Looks delicious. Betul. Nak beli kat luar mahal. Buat sendiri makan banyak mana pun tak kesah.

Fina Sophie said...

at least ada kerajinan n masa huhuh.. looking tasty dear! :)

followed u. blh follow balik dekat sini http://www.sophiesm.com :)

Bbwana adienia said...

apapun, Nampak cantik juga pretzel yang akak buat tu..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ermm saya telio nengok...kemain sedap tu...

norhidana miswan said...

cantik je kak oi... nk gelak hapa... kalu dpt rasa mesti syok kan...

myxa said...

kak nak tanya..kalo goreng boleh x? saya ni baru pindah umah sewa..oven semua tak angkut lagi.. tapi selak2 nk buat kuih ni

Phong Hong said...

Boleh tahan pretzel MaDiHaA. Sure sedap colek dengan butterscotch. Teringin.....

mama sara nur said...

Assalam k madiha
Wah rajinnya, jadi la tu. Kalu sy lg teruk
Emmm sedap dgn sos butterscotch tu

Chenta Ummi said...

rajinnyee buat.. hmm time pregnant ni semua makanan nampak sedap nyum nyumm!

Mamasya said...

Aslmkum Ratna

dah jadi pretzel Ratna ni...tp yg penting rasanya itu.
sypun belum pernah buat lagi...

Edlin Zakaria said...

Assalam.. Sedap nye nampak
Butterscotch tu.. Lama ke bole tahan kalai disimpan? Nak simpan dlm petu sejuk ke, sbb takot keras pulak.

By the way, salam ukhuwah dr saya. Jemput lawat rumah saya www.themagicgarden.blogspot.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...