Wednesday, June 29, 2016

Tepong Bungkus

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 


Bulan puasa ni tekak teringin macam2.  Mujurlah bekerja... kalau tak kerja.. maunya hari2 nak buat kuih muih yang dok teringin tu. Bila kerja ni.. memang tak sempatla nak buat kuih-muih. Hanya sempat masak masakan utama je. Mana yang dok teringin tu.. hanya buat hujung minggu je. 

Mujurlah masih boleh kawal nafsu untuk ke bazar Ramadhan. Ramadhan kali ni.. baru 2 kali je pegi ke bazar, itupun sebab anak2. Kena berjimat cermat sikit, kalau ikutkan hati, cukup bulan duit pun boleh kering. Almaklumlah harga makanan kat bazar sekarang ni, boleh geleng kepala dibuatnya. Jadi mana2 yang anak2 suka tu.. mana yang mampu buat kita buat jelah sendiri. Anak2 MaDiHaA suka sangat dengan roti john, jadi jalan untuk berjimat.. buat sendiri je kat rumah. Tapi kali ni bukan nak kongsi resepi roti john... kali ni MaDiHaA nak kongsi resepi tepong bungkus yang MaDiHaA buat masa balik berbuka puasa di rumah mertua minggu lepas.  Syok buat kuih2 melayu gini kat kampong sebab kebanyakan bahan semua percuma. Buat inti pun boleh guna kelapa yg agak muda. Daun pisang, santan kelapa semua tak berbeli. Kuih cukup lemak, inti pun sedap sebab guna kelapa muda.

Terima kasih pada kak Wan Citarasawan untuk perkongsian resepi ni. Ini memang kuih kegemaran MaDiHaA.. maklumla.. selera orang2 yang dah nak masuk veteren ni... kuih2 lama memang jadi kuih kegemaranlah... puas hati buat sendiri.. puas makan.. mertua pun suka... 

Jom tengok resepinya...



 
Tepung Bungkus
Resepi : Kak Wan
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.

Bahan Kuih

150gm tepung beras (1 cawan)
500ml santan (2 cawan)
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya di layur

Cara-cara:
  1. Lap dan layur daun pisang di atas api, potong mengikut saiz dikehendaki.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
  3. Ambil 2 sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.  Letakkan 3 biji inti (MaDiHaA guna 2 biji je) dan tutup dengan dua sudu lagi adunan tepung.
  4. Bila dah selesai bungkus, kukus kuih lebih kurang 15 minit.

Selamat mencuba!




3 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Akak pun macam teringin nak mencubanya Madihah..
Kena tunggu weekend lah nampaknya..
Akak suka kuih kampung2 macam ni..
Utk tekak akak yg kilauan emas ni hihihi

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kuih ni tapi susah nak jumpa orang jual
dah lama tak makan
last makan ntah bila tak ingat dah huhu

Mamasya said...

Aslmkum..lamanya tak singgah dapur Ratna....Sedapnya tepung bungkus...kuih favorit ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...