Thursday, June 9, 2016

Ungkep Ayam Cili Merah... super yummy!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat menjalani ibadah puasa di ucapkan buat semua pengunjung blog MaDiHaA yang beragama Islam. Diam tak diam, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa ye.

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi marbeles yang MaDiHaA masak baru2 ni.  Kalau ada yang takde idea nak masak apa untuk berbuka atau bersahur, bolehlah cuba resepi ni ye.  Sebenarnya.. resepi ni MaDiHaA adaptasi dari resepi asal Ayam Ungkep Cili Hijau resepi dari Catzscafe.  Hanya tukar cili hijau ke cili merah je... bahan2 lain semua masih serupa.  Kedua2 versi pun memang sedap sangat2 di tekak keluarga MaDiHaA.. Berselera semua orang menjamu selera.  Terima kasih pada Catz untuk perkongsian resepi yang super yummy ni. Ok jom kita tengok resepinya...




UNGKEP AYAM CILI MERAH
Resepi asal: Catzscafe
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam 
1 batang serai ~ dititik
3 biji cili merah* (kalau cilinya kecik2 letak 4 / 5 biji ye)
6 - 8 biji cili padi*
1/2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawangg putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu kecil asam jawa (amik jus)
minyak
air
garam & secubit gula


  Cara-cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & potong sesuai selera
2. Kisarkan bahan2 bertanda* hingga lumat.
3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bahan2 kisar hingga naik minyak. Masukkan ayam lalu dikacau rata.  Tambah air untuk empukkan ayam biar ia merenih & ayam masak. Sesekali dikacau supaya tidak hangus.
4. Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa & secubit gula. Kacau sebati & tunggu hingga kuahnya agak pekat. Dah cukup rasanya bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Salam Ramadhan Kareem..
Selamat berpuasa Madihaa..

Dah lama akak tak masak ungkep ayam ni..
Dulu akak cuba resepi madihaa yg cili hijau tu..
Emmm sedap..
Nanti nak cuba yg ini lah :)

Amie said...

Kalau dah namanya masak ungkep, cili merah hijau atau cili padi...semuanya sodap!Ngenceessss nii...

Fai Nardir said...

Selamat berpuasa Kak Madihaa.. Sedappnya lahai tengok ayam ungkep ni. hihi...

Ilmira Alia Savitri said...

keliatan nya sangat enak , jadi pengen nyoba sebagai menu buka puasa !!

http://obatalamitradisional99.blogspot.com/2016/06/obat-tradisional-mastitis-pada-ibu-menyusi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...