Wednesday, June 15, 2016

Laksa Sarawak

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

 
Dah lama MaDiHaA tak buat Laksa Sarawak. Tekak ni dah lama rindu nak makan laksa Sarawak. Yelah.. nak buat bukannya senang. Dulu ada simpan resepi pes homemade laksa Sarawak. Tapi sayang seribu kali sayang hilang, lenyap bila tumbdrive rosak aritu. Sedih sangat hati ni. Pastu nak jadi rezeki, masa pegi lunch (sebelum bulan puasa) kat kedai berhampiran ofis ni... ternampaklah dorang jual pes laksa Sarawak Haji Manan. Wahh.. apalagi.. teruslah sambar sepeket. Tak beli banyak sebab takut tak terbuat pulak banyak2.  Ini pun.. tunggu sampai anak cuti sekolah baru buat. Yelah.. bila cuti sekolah anakanda balik dari asrama.. barulah dapat merasa sama2. Kalau buat masa dia ada kat asrama... rasa tak sampai hati je nak telan makanan sedap2. Hati tu dok teringat je kat anak kat asrama.  Ni sampai dahla hajat masak Laksa Sarawak & menjamu selera sama2 dengan semua ahli keluarga. MaDiHaA masak hari Sabtu terakhir cuti sekolah hari tu... Adik dengan abang mula2 cakap tak suka mungkin sebab bau rempahnya yang kuat. Tapi bila suruh rasa sikit, akhirnya makan jugak. Kakaknya tak memilih... sedap katanya.

Jomlah kita tengok resepinya... pakai instant paste ni senangla kerja. Sesiapa yang nak mencuba tu.. kenalah dapatkan pes laksa Sarawak dulu ye.. mungkin boleh dapatkan secara online.



Laksa Sarawak (instant paste)
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa Haji Manan
500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya
1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam (MaDiHa guna 1/4 ekor ayam ~ guna bahagian dada)
2 batang serai ~ diketuk
500 ml santan dari 1 biji kelapa
2 liter air biasa
garam secukup rasa

 

Bahan2 Tambahan Lain
1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ direndam & celur hingga lembut & tos & lalukan air paip sambil dibalik2kan sedikit kemudian tos.
Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar
Daun ketumbar ~ untuk hiasan
4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris (MaDiHa guna 6 biji)
beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji




Bahan2 Sambal
5 biji cili merah
6 biji cili padi
sedikit belacan

 



Cara2
1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.
2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.
3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.
4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.
5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.
 





Cara Menghidang Laksa Sarawak
1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.
2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.



Selamat mencuba!

3 comments:

Qhaifa Nur said...

Salam ramadhan...

Laksa sarawak ni kak...
lain dr yg lain..
klau nur nak cubalah, nmpk sedap

norhidana miswan said...

mana nk cari rempaah hj manan nih kk. hehehhe
sedap laksa sarawak nih tp dana kurang minat rasa rempahnya yg kuat

Ilmira Alia Savitri said...

keliatan nya sangat enak , jadi pengen nyoba sebagai menu buka puasa !!

http://obatalamitradisional99.blogspot.com/2016/06/obat-tradisional-mastitis-pada-ibu-menyusi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...