Wednesday, November 30, 2016

Pucuk Paku Goreng Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Bulan November pecah rekod kami sebab 3 kali kami balik Raub. Wahh... ! Memang tak sangka balik sekerap itu.  Bukan tak suka dapat balik kerap macam tu.. yelah sekurang-kurangnya dapat jenguk mertua. Tapi yelah.. nak balik selalu2 pun en. suami bukannya jenis cuti macam orang lain tiap2 minggu cuti. Cuti dia sebulan hanya 2 kali je, bermakna kerja 2 minggu baru dpt cuti 2 hari. Di samping tu, bila balik kerap sangat tu faham2 ajela... poket pun boleh kempis. Kalau balik kampong paling kurang RM250 belum tentu cukup. Tapi oleh kerana memang perlu balik, redho ajelah balik tiap2 minggu sampai 3 minggu berturut2 kami balik.. haha.. 



Balik Raub kali pertama sebab anakanda sulung dapat anugerah tahfiz kali ke dua kat sekolahnya kat Raub tu. Jadi bagilah semangat sikit anak nak naik pentas katakan. (kali pertama dpt anugerah kami tak dapat pergi sebab dompet en. suami tercicir padahal kami dah pack barang siap dah). Kali ke dua pula balik Raub sebab sepupu en. suami meninggal. Ada hikmah juga tu dapat balik kali ke dua sebab masa tu mertua sakit lutut sampai tak boleh berjalan. Masa nak pegi melawat jenazah tu pun en. suami dukung maknya dari rumah hingga ke kereta.. hehe.. pertama kali tengok anak dukung mak gitu.. alhamdulillah. Mujurlah anak2 lelaki mak besar2 belaka... senang nak dukung mak bila mak sakit. Sekarang ni mertua pun dah sihat lepas dibawa ke klinik. Lepas tu kali ke tiga balik sebab nak jemput anak sulung kat asramanya. Hah.. tu dia sampai 3 kali balik. 

Yang seronoknya bila balik ke kampong, kami sempatlah borong sayur2 kampong dan pisang dengan harga yang murah. Itu sebab yang keluar menu pisang goreng hari tu.. hihi.. Kali ni pula menu pucuk paku goreng pedas. Pucuk paku beli kat kampong semua segar2 dan murah. 3 ikat dapat harga RM4 sahaja.  (1 ikat tu secekak besar orang dewasa). Pucuk paku pula muda2 & gemuk2 memang puas hati. 2 kali kami beli pucuk paku tu tau. Cuma kali pertama balik je tak sempat beli sebab nak cepat balik lepas anak dapat anugerah sebab en. suami kena kerja pulak malam tu.

Hmm.. panjang pulak celoteh hari ni.. moh ler kita ke dapur masak pucuk paku... Lepas ni tunggu menu sayur kampong yang lain pulak yer...




PUCUK PAKU GORENG PEDAS 

2 cekak pucuk paku - siang ambil bahagian lembut, bersihkan lalu disejat 
5 ulas bwg merah* 
1 ulas bwg putih* 
8 biji cili padi*                                 *ditumbuk halus 
1 cm kunyit hidup* 
segengam ikan bilis dibersihkan & rendam* 
minyak utk menumis 
garam secukup rasa 

Cara menyediakan 
Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan pucuk paku dan kacau rata. 
Masukkan garam dan kacau sehingga rata. (tak perlu tambah air)
Bila pucuk paku dah layu dan batangnya empuk bolehlah dihidang. 


Selamat memasak!

5 comments:

Phong Hong said...

Pucuk paku kalau buat kerabu pun sedap!

norhidana miswan said...

dana suke mkn pucuk paku grg ke kerabu ke msk lemak ke...
tp dana jarang sgt msk kak, sbb mls nk siang, sbb penah siang jumpa ulat hehehhe
dana mmg fobia ngn ulat... jd nya mmg jarang2 sgt nk beli nya tp suke mkn hehehhe

LiNa_Pg said...

Mujurlah kak madihaA BW ke TMK kemarin...saya lupa nk masuk list blog ni ke TMK

Amie said...

Seronok baca coretan Madiha. Teringat dulu semasa arwah ayahanda masih ada. Musim cuti sekolah kami ke Kg Semantan, Ulu Raub Pahang sebab kebun ayahanda di sana. Selalu petik pucuk paku tepi sungai, kutip daun kesum tepi sungai juga!

mama sara nur said...

assalam
lama x kunjung mengunjungi
apa khabar k madiha
wah sedappp tu pucuk paku, lama x layan ni. teringat zaman dulu2 kat kg bestnya petik pucuk paku kat ryumah arwah tok. redahh je msuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...