Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, March 23, 2011

Takoyaki


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...  harap semua kengkawan sihat2 belaka yer.. Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA a.k.a Ratna ibu kepada Alin ingin mengucap berbanyak terima kasih kepada semua kengkawan yang telah meninggalkan komen & ucapan besday untuk Alin dalam pos semalam tu yer.. semoga doa2 auntie2 semua akan diperkenankan Allah S.W.T. amin....

Hari ni aku nak pos resepi yang paling laris masa majlis makan2 tempohari iaitu Takoyaki.. Pertama kali bagi aku buat Takoyaki yang sudah popular di kalangan blogger2 masakan yang lain.. Tapi bagi aku masih terlalu baru lagi... alhamdulillah akhirnya dapat jugak beli acuan takoyaki sendiri dari Cik Mimi setelah puas mencari2... Walaupun my kazen Ida Marlida sanggup pinjamkan dia punya... tapi aku takmo.. (jual mahal! hehe) nak jugak miliki sendiri.. bukan apa.. takmolah nyusahkan dia di masa akan datang sebab rasanya tak rugi beli acuan ni sebab semua isi rumah sukakan takoyaki ni.. Takkan asyik nak meminjam je kan... dah ada satu ni boleh guna sampai bila2... walaupun harganya boleh tahan.. tapi berbaloi!  Kepada sesiapa yang berminat atau yang dah lama mencari acuan takoyaki ni.. bolehlah order dari Chik Mimi yer.. Ni promot ikhlas ni.. takde apa2 imbuhan pun... sekadar berkongsi info dengan kengkawan semua...

Oklah.. berbalik pada resepi Takoyaki ni.. terdapat banyak resepi Takoyaki dari blog kawan2.  Terutamanya kat blog Hana Memories, Kak Nor Secubit Garam, Kak Rinnchan & lain2 lagi.. Tapi bagi aku yang tak jumpa nak cari sos Takoyaki & juga tepong Takoyaki tu sendiri.. akhirnya aku terjumpa resepi Takoyaki yang hanya menggunakan tepong gandum & bahan2 asas lain yang lebih mudah & ringkas didapati.  Terima kasih kepada Ilhamusafir (yg sedang menuntut di Jepun untuk phDnya) yang sudi berkongsi resepi sos Takoyaki yang sangat sedap ni yer.. Resepi bancuhan tepong tu pun senang nak buat tak perlu susah2 mencari tepong Takoyaki kat Jusco tu... jimat pun jimat & dari segi rasa tetap sedap sama macam Takoyaki yang jual kat Jusco tu jugak.. 

Kepada Ilhamusafir.. terima kasih sekali lagi untuk resepi Takoyaki yang sedap ni & saya mintak halalkan resepi yang dikongsikan & mintak izin untuk dikongsikan pulak di blog saya  untuk rujukan akan datang & juga rujukan kawan2 yang teringin nak mencuba... Mintak maaf kerana resepinya saya dah ubah sedikit dari segi penyampaian agar senang kawan2 lain merujuk.  Untuk resepi asal.. boleh klik SINI.

 yang ini adalah 2nd batch Takoyaki masa kat majlis makan2 tu... 
buat je habis buat je habis.. hehe.. syedappp!!
Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian.  Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.


Selamat mencuba!

37 comments:

Ju said...

Sedapnyer.. akak nak tanya kat jj puchong ada x jual boneto flakes ni. teringin nak buat, beli makan skit x puas

kak as said...

worcestershire sos pertama kali dengar sos ni nak cari kat mana ye Ratna?... teringin pulak nk mencuba..tapi acuan lum ada..ha..ha..

Zaliedana said...

Assalam kak madihaa,wah sedapnya tokoyaki,teringin betoi nak buat,insyaAllah nanti nak beli acuan nya juga la..
Kak AS,sy tlg jwb ya,sos tu kat semua super,giant @tesco da,kak cari kat ngan sos lea& perin,kat bhgian sos2 tuh,insyaALLAH MSTI ADA,HEHE..Maaf la sekadar berkongsi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

JU : sepatutnya kat semua cawangan JJ ada jual bahan2 yang dari Jepun tu.. kalau takde tu mungkin sebab dah kehabisan stok agaknya. tepong takoyaki pun ada jual jugak cuma akak je yg tak dapat cari aritu kat JJ Sunway Piramid.. hehe.. betul tu.. beli memang tak puas makan.. nak kena beli banyak.. bukannya murah.. 3 biji kat JJ tu dah RM4.50! Buat sendiri berbaloi2..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAK AS: hehe.. haaa.. tuuu Zaliedana dah tolong jawabkan.. betul tu kak.. rasanya kat semua supermarket / hypermarket ada jual sos tu. akak cari je kat bahagian sos tu mesti jumpa punya. yang saya beli tu brand Lea & Pearin.. walaupun takde tertulis halal sebab sos tu bukan made in Malaysia.. tapi dari ingredientnya insyaAllah semua bahan2 yang halal digunakan.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ZALIEDANA: W'salam CT... kalau belum beli.. wajib beli tu.. itupun kalau suka ngan takoyaki tulah.. hehehe.. kalau beli yg siap buat tu mahal harganya.. buat sendiri lagi jimat... jimat banyak! nanti bolehlah order dengan Chik Mimi takomaker tu yer..

Sizuka said...

alamak! tergodanya!! cantik sgt tako balls tu, bulat je. huhuhu... ni yg buatkan saya nak je jusco ni, beli tako.

tun_telani said...

huhu.. tengok je laa.. sbb xleh buat xde acuan takoyaki..

Anonymous said...

salam kak..nk tnya bonito flake tu akak beli kt mane?tq

ashra

KakAsma said...

semalam masa jenguk kengkawan nampak kat umah Maz ilhamdapur,walaa tengok bahan tak dpt nak tolong...tengok kat sini cam senang ajer,,,cuma kena laaa kirim kat cik mimi takomaker nyer kan...akak amek resipi yer..mana tau nak buat satu hari nanti...

cikmanggis said...

terima kasih Madiha kerana sudi kongsi resepi ni..bagus sekali penerangannya:)nak cuba lah:)

ilahjy said...

wah dah sampai ya acuan tuu dr mimi? kak ilah dok tunggu juga khabarnya.. terbukti hari ni takoyaki dah masuk rumah madiha.. tahniah.. best kan ada acuan wpun mahal berbaloi2 bikin sendiri lagi sedap daripada beli tak sedap pung..betul tak diha?hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

SIZUKA: macam akak tengok takoyaki yang kawan2 tayang dulu.. (masa tu belum ada takomaker lagi) terus tak sabar nak merasa sbb terliur walaupun belum pernah merasa. ikut cik abg pegi jusco ronda2 cari bahan2nya tak sabar nak tunggu buat sendiri last beli jugak takoyaki kat jusco tu.. hehe.. masa tu mcm org mengidam ajer.. kikiki..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TUN TELANI: kalau dah tak tahan nak cuba buat boleh guna acuan kuih cara... hehe.. tapi tak puas hati le sbb nnt takoyakinya berbentuk2.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANONYMOUS: untuk pengetahuan.. akak beli kat Jusco Sunway Piramid. rasanya semua cawangan Jusco ada jual bahan2 dari Jepun ni... cuba2 cari yer... kalau takde mungkin sebab kehabisan stok.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAK ASMA: tulah kak.. kalau nak tunggu buat guna bahan2 yang susah nak cari tu alamak meloponglah kak... nasib saya jumpa resepi yg mudah ni.. namun gitu.. rasanya tetap sedap kak.. dah ada takomaker nanti bolehlah cuba yer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

CIK MANGGIS: hehe.. saya cuba sedaya upaya utk menyampaikan cara yang mudah org faham... kalau nak tulis gitu2 je nanti mesti ramai tak tau macamana nak membulatkan takoyaki tu.. harap2 tak berbelit2 cara penyampaian saya tu... selamat mencuba CM..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ILAHJY: kak ilah.. sebenarnya dah lama sampai kak.. cuma saya je takde masa nak buat... hehe.. aritu kira mcm balas dendamlah dengan projek tako ni.. sampai 5 adunan saya buat.. kazen2, cik abg & anak2 semua puas hati dpt mkn sepuasnya..

Cendana Kasih said...

suka makan takoyaki ni, tp yg beli punyer laa... ari tu pernah buat sendiri kp mcm fail jer..cik abe pun gelakkan, katanya macam cekodok jer... tambah sakit ati bila dia berdekah2 ketawa "cekodok cicah kicap!!!" sakit jer ati !!! lepas tu tak pernah buat lagi. Kalo teringin nk makan, kenalah pegi C4 Sri Petaling. Kat sana ada jual, 3 bijik=5.00. Mahal...dan tak puas makan

Ummi said...

salam Madiha...waaaaaaaaaaaaa takoyaki menggodanya...owh xyah guna tepung n sos khas beli kat Jusco la eh...boleh la try kalu camni...xpun susah nak dpt bahan dr jepun tu, sbb kat Ktn ni mana ada Jusco..kan...huhuuu

Bibu said...

huhuhu cam susah je nak buat..tapela rela pegi jusco huwaaaaa tapi sushi kinnye takoyaki pon tak sedap tak bley lawan Jusconya

norhidana said...

halamak kak.. ini feveret dana nih, kalu gi jusco msti beli, pastu setakat 1 kotak yg isi nyer 3biji tuh mmg tak ckup lah kak, dulu 2 kotak ckup dh mkn ber2 skrg nih kene beli 3 kotak... itupun kadang mcm tak ckup siap rebut2 lg nk edy...

best aaa family akak bile2 masa blh mkn kan... terasa dh kesedapan kelemakan nyer ni kak

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak...
nani pun blom pernah cuba wat.. and blom pernah cuba makan pun.. pernah nampak kat carrefour puchong.. teringin nak test.. tapi blom2 test.. tengok lak kat sini.. cam teruja je nak ngeTEST..

:) kak.. udah ler tak de air 17 hari dah.. haikal lak campak.. lepas tu mcm2 masalah la.. kat opis la.. haikal tak de orang jaga la.. pening pale kak.. sampai blood pressure pun naik gak.. 2nd time ni dlm idup.. 1st time dulu time pregnant kinah.. mmg pressure sangat.. sbb takot nak bersalin.. ni naik lagi.. rasa cam terhoyong hayang je pening..

fireflies said...

Salams,

Alhamdulillah, syukur .. terima kasih sudi ambil resepi takoyaki dan sos di blog saya.. satu lagi mintk maaf sbb ms sy tulis entry tu ala ala sempoi.. sbb tajuk entri pun resepi sempoi.. baguslah Madiha dapat tulis cantik2 senang orang baca... Lebih yakin tako yaki ni buat sendiri.. sos pun buat sendiri.. sy mmg suka takoyaki.. ms kat jepun sy selalu beli.. sampailah satu hr saya stop beli takoyaki...sbbnya sy ada ceritakan di blog saya.. sosnya pun meragukan.. kalau di Malaysia pun cuba tgk penjual takoyaki selalunya adalah bukan org Islam..
Jadi baguslah kalau pakat2 buat sendiri.. lagi puas makan..dan lebih yakin apa yg akan jd darah daging kita kan...
:)

ctnurh0ney said...

salam,

saya pernah nmpak bahan2 tak halal dlm Worcestershire Sauce jenama bull dog. so jgn beli jenama tu eh. sekadar utk share. sekian=)

Anonymous said...

agak2 nye kan,, kalau gune acuan kuih cara t boleh tak..hehe :)

imranhaq family said...

kat mana nak cari acuan takoyaki tu

Anonymous said...

madiha nk tanyer...halal ker sos worcestershire 2?madiha gn brand per?ley x ltk image?

"KiDz+BaHtErA - Gulintangan Crew" said...

Salam.. Kan Tanya, hehe, worcestershire sauce tu halalkah?

NIK said...
This comment has been removed by the author.
NIK said...

salam kak..kak saya nk tanya pasal watermark, akak guna software apa yer...sy tgk kt internet sumer kena byr..

Sharil said...

kata pengimpotnya Lea & Perrins tu halal..wallahu'alam http://www.gba.com.my/LP.htm

Rai Fana said...

Lake Benito flakes tuh brand apa

Anonymous said...

mana blajar resepi takoyaki batter buat dr tepung gandum????memandai lah.....plus,jgn merosakkan resepi jepun....


dri pelajar masakan jepun.

ECE SHOPPE said...

sedappp :D

Abang Joe said...

@AnonymousNovember 16, 2012 6:16 PM

Ek eleh.....suka hati la nak buat dari tepung apa pun, sedap atau tidak tu terpulang pada selera orang yang makan.

Jangan rosakkan resepi jepun? Perghhh, ni mesti *arua jepang nih cam dulu2 wakakakaka

Susah la idup jumpa orang macam ni.....tak boleh tengok org lain buat cara sendiri, nak ikut cara dia je...

nurulhusna khai said...

kakak,saya suka sangat makan takoyaki ni, tapi bila saya search paasal sos woscestershire tu sy jumpa ni, http://halidanemora.blogspot.com/2012/01/perhatian-orang-islam-sos.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com