Tuesday, November 22, 2016

Pisang Goreng Crispy... resepi terbaikk...

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Musim2 hujan ni perut sentiasa je laparkan? Dah makan tengahari pun masih fikir apalah nak dimasak untuk minum petang.  Fikir punya fikir... ada pisang sikit kat dapur tu.. bolehlah digoreng & hidang untuk minum petang.



Jom cuba resepi Pisang Goreng Crispy ni. Resepi bancuhan tepong ni MaDiHaA dapat dari sepupu en. suami. Takde resepi detail sebab resepi campak2 orang kata. Jadi MaDiHaA agak2 sendiri je sukatan resepi tu. Sebelum ni MaDiHaA pernah sertakan resepi dalam kuantiti timbangan. Boleh klik SINI untuk resepinya. kali ni MaDiHaA tukar dalam kuantiti sukatan senang sikit ibu2 nak mencuba mana yang takde penimbang tu kan. Sukatan air tu kalau takde sangat cawan penyukat... guna jelah botol susu anak2 atau cucu yang bersih tu buat sukat air. Bukan kotor pun kan. Dah tentu2 botol susu kita kena bersihkan betul2 nak bagi baby minum susu. hehehe...

Kena cuba siapa yang belum pernah cuba tu sebab bancuhan tepong goreng pisang ni antara yang terbaik pernah MaDiHaA buat. Rangupnya tahan lama walau terbiar lama. Dulu pernah cuba resepi pisang goreng ala hotel, memang rangup.. tapi bila dah sejuk ia lemau. Yang ni.. gerenti rangup. Tapi kalau kita guna pisang yang terlampau masak, rangupnya macam mudah hilang. So kalau nak buat pisang goreng, jangan guna pisang yg terlalu masak. Yang masak sangat tu sesuai dibuat cekodok. Ok dah.. meh kita menggoreng pisang...! 



Pisang Goreng Crispy
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Pisang yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
450 ml air 
2 cawan tepong tepong gandum
4 sudu besar tepong beras
4 sudu besar (penuh) marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam



Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap atau dimakan begitu sahaja bersama minuman kegemaran.  

Selamat mencuba!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...