Friday, February 17, 2017

Tempahan Masak-masak untuk VVIP

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah setahun berlalu baru sempat nak kongsikan. Ini antara kenangan manis & kejutan bila dapat tempahan masak-masak khas untuk santapan VVIP. Rasa macam bermimpi pun ada. Tapi inilah kenangan terindah sepanjang MaDiHaA ambil tempahan memasak. Apapun... kenangan ini takkan MaDiHaA lupa sampai bila2 biarpun MaDiHaA tak dapat nak war-warkan siapakah empunya diri si VVIP itu. Yang pasti beliau adalah orang yang sangat disegani, dihormati & disayangi ramai. Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini & terima kasih kepada empunya diri yang memberi peluang kepada MaDiHaA untuk menyediakan juadah ini untuk santapan si VVIP tersebut. 

Bukan senang juga sebenarnya sebelum MaDiHaA diberi kepercayaan untuk memasak kali ini. Pelbagai soalan & pertanyaan persis interview. Pelbagai syarat yang perlu MaDiHaA patuhi. Pada mulanya terdetik di hati MaDiHaA, ishh... cerewet betul customer seorang ini.   Bukan MaDiHaA pun yang cari dia, tapi dia yang cari MaDiHaA.  Sebelum ni tak pernah pulak ada customer yang macam ni.. hehehe.  Tapi bila diberitahu yang masakan yang bakal ditempah ini akan dihidangkan pada orang yang paling istimewa terus MaDiHaA melopong, terkejut & bagaikan bermimpi di siang hari... hehehe... 

Syukur alhamdulillah segalanya dapat MaDiHaA atasi. MaDiHaA sediakan segala ramuannya dengan penuh kasih sayang, tiada satu pun ramuannya daripada ramuan segera seperti cili boh, kerisik beli, santan kotak atau santan fresh. Semua ramuan tersebut MaDiHaA sediakan sendiri, kisar cili sendiri, goreng kerisik sendiri, perah santan sendiri. Semuanya MaDiHaA sediakan dengan penuh kasih sayang umpama MaDiHaA masakkan untuk family tercinta. Semua syarat2 ketat MaDiHaA patuhi dengan tidak mencampurkan sedikit pun bahan perasa monosodium glutamat/ajinomoto walaupun pada mulanya agak cuak nak masak nasi ayam tanpa aji, tanpa kiub ayam sebab dah sebati dengan benda2 tu semua. Namun semuanya dapat MaDiHaA masak tanpa ada sikit pun cacat cela. Paling bersyukur hingga ke hari ini sudah setahun lebih MaDiHaA masak untuk keluarga sendiri pun tanpa gunakan aji. Stok aji yang lama masih ada dalam laci dapur, tak terusik. Sudah tidak janggal lagi masak tanpa aji & rasa masakan sama saja seperti sebelumnya. Kena pandai bermain dengan garam & gula untuk menaikkan rasa. Untuk ayam masak merah pula MaDiHaA gunakan madu manakala untuk rendang & gulai ayam MaDiHaA campurkan dengan gula kerek. Tempoyak pula dibeli khas dari Raub tempoyak asli tanpa bahan campuran lain. Syukur ke hadrat mu ya Allah di atas rezeki yang Kau kurniakan pada hamba MU ini.... 

Jom MaDiHaA kongsikan antara juadah yang MaDiHaA masakkan tahun lepas ni... 

 Menu pertama yang ditempah waktu tu hanyalah pulut kuning & rendang ayam.  Bak kata orang, ujirasa dulu. Syukurlah kerana lulus & kena dengan selera & mendapat tempahan seterusnya.


 Kali ini tempahan ditambah selain pulut kuning & rendang ayam, ditambah dengan 
ayam masak merah.


 Tempahan seterusnya menu yang lain sikit dari sebelumnya. Antara menunya adalah gulai ayam Terengganu, ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 


Tempahan kali ni pula hanyalah ayam goreng kunyit, masak cili padi lemak ikan tenggiri, tenggiri berlada & sambal tempoyak daun kayu.


Minggu seterusnya, minta dimasakkan menu nasi ayam serta kari ikan tengiri. 


Kali ini ulang semula menu pulut kuning, rendang ayam serta ayam masak merah.



 Tak jemu2 lagi dengan sambal tempoyak daun kayu tu.. tapi memang sedap lauk ni, MaDiHaA pun suka. Ditambah pula dengan lauk gulai ayam Terengganu & daging masak kerutuk. Special request daging tu nak daging batang pinang. Saya menurut saja.


 Kali ini menu agak banyak juga, tapi dalam kuantiti yang sikit2. Ayam goreng kunyit, ayam masak merah, ayam goreng berempah, tenggiri berlada, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. Dari awal pagi sampai ke tengahari juga nak siapkan menu2 ni semua maklumlah buat kerja sorang2... hehe..



Menu yang sama juga menjadi pilihan. Tapi semua tempahan ni hanyalah pada hujung minggu & bukanlah tiap2 minggu mereka menempah. Tukar2 selera orang kata kan? Kali ni rendang ayam, kari tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Kali ni menu mudah je.. ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & gulai ayam Terengganu. 



Kali ni menu nasi ayam pula dengan tambahan masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Tempahan terakhir di tahun 2016, set nasi ayam, ayam goreng kunyit, tenggiri masak lemak cili padi, sambal tempoyak daun kayu & sebiji kek gula hangus.



Sebenarnya selain masakan lauk pauk ini, mereka juga ada tempah kuih orang lama2 iaitu kuih qasidah. Maklumlah yang nak makan pun orang lama juga kan.. hihi.. Tapi kuih qasidah ni MaDiHaA suruh makcik yang buatkan sebab dia lebih pro kuih2 lama ni. Lagipun MaDiHaA memang tak sempat dah nak buat sendiri. Gambar kuih memang takde sebab driver ambil terus dari rumah makcik kemudian baru ke rumah MaDiHaA.

Oklah setakat tu je untuk kali ni, nanti ada masak update tempahan2 lain pula...

1 comment:

tun_telani said...

alhamdulillah.. tahniah kak :) nk rasa jugak air tangan kak madihaa ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...