Friday, February 10, 2017

Donut Sayur

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Sesekali datang angin rajin nak bereksperimen di dapur. Alah, bukan buat benda yang susah2 pun. Yang biasa2 aje. Kebetulan semua bahan2 ada kat rumah terutamanya cili merah, daun sup & daun bawang tu sebab ada lebihan buat nasi ayam tempahan. Itu yang projek menjadi tu. Kot nak kena cari bahan2 tu semata-mata untuk buat donut ni selalunya takde maknanya. Kat rumah memang jarang beli cili merah sebab kat rumah suka guna cili padi. Daun sup bagai tu pun jarang beli kecuali kalau nak buat nasi ayam. Macam hari tu menjadi projek bergedil tu pun sebab kes nak habiskan daun sup lebih tempahan nasi ayam jugak. MaDiHaA ni memang anti pembaziran.. hehe...

Ok berbalik pada eksperimen ni, secara tak sengaja masa dok belek2 buku resepi simpanan tiba2 ternampak resepi donut sayur ni. Dah lama di simpan belum pernah dicuba2 lagi. Sementara bahan2 ada ni walaupun ada yang derhaka (udang segar diganti udang kering) projek diteruskan.  Resepi ni sumbangan dari seseorang. Tapi lupa dah siapa... nanti MaDiHaA cek semula ye... Apapun terima kasih pada penyumbang resepi & idea. Selalu dok makan donut manis2 pun bosan juga. Anak2 suka plak makan donut sayur ni. Dorang cicah dengan sos cili. Sedap.. rangup kat luar & lembut kat dalam. Sesuai untuk mereka yang sukakan hidangan savoury macam suami MaDiHaA.

Ok jom kita tengok bahan2nya.



Donut Sayur
Resepi : (MaDiHaA update kemudian ye.. lupa siapa punya)
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 A
400 gm tepong high protein
100 gm tepong gandum
11 gm mauripan
1 sudu kecil bread improver
1/2 cawan susu tepong (susu baby pun boleh. MaDiHaA guna anlene)
50 gm gula kastor
16 gram garam
2 biji kentang (anggaran 170 gm) ~ direbus & dilenyek halus

Bahan B
3/4 ~ 1 cawan air ~ jangan habiskan tengok keadaan
1 biji telur ~ dipukul dgn garfu sikit (MaDiHaA tak letak telur. Jika anda pilih letak telur, air tu kena kurangkan lagi yea)

Bahan C
60 gm planta

Bahan D
1 batang lobak merah ~ disagat
2 pokok daun sup ~ dihiris halus
1 pokok daun bawang ~ dihiris halus
2 biji cili merah ~ buang biji & potong dadu kecil
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu

1/2 cawan udang segar ~ dicincang (MaDiHaA ganti dengan udang kering ~rendam & tumbuk halus)

Minyak masak secukupnya.

Cara menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan A hingga agak rata. Masukkan bahan B. Jangan habiskan semua air tu ye. Masukkan sikit demi sikit. Jika anda pilih nak masukkan telur, sila masukkan telur dahulu & uli. Kemudian baru masukkan air sikit demi sikit. Pastikan doh diuli keras sikit ye. Jika suka boleh masukkan dalam heavy duty mixer untuk diuli selepas dah dpt tekstur doh yang dikehendaki. 
2. Bila doh sudah rata, bolehlah masukkan planta & sambung uli guna heavy duty hingga planta sebati di dalam doh.  Jika uli dengan tangan bolehlah uli sehingga doh sebati & lembut.
3. Akhir sekali masukkan bahan2 D & diuli rata. Rehatkan sekejap sehingga doh naik sekali ganda.

4. Bila doh dah naik, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Basahkan kedua2 tangan dengan minyak masak (sediakan minyak masak dlm mangkuk lain ye.. jangan celup tangan dalam minyak panas pulak.. haha). Ambil sedikit doh & bentukkan menjadi bentuk donat & bolehlah digoreng dengan api sederhana. Buat satu demi satu & pastikan setiap kali nak bentukkan doh mesti basahkan tangan dengan minyak masak. Goreng donut sehingga coklat keemasan. Ulang buat sehingga habis. Sambil membentuk sambil goreng donut. Maksudnya donut masak satu demi satu dlm masa berlainan ye. Angkat & toskan sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

1 comment:

TukangKebun said...

Wah creative betul kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...