Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, January 29, 2013

Ikan Siakap Laprik



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni tayang lauk yang di masak dalam minggu lepas.. Tertarik dengan nama masakan yang dikongsi oleh Kak Norzie Hany yang beliau ambil dari Mingguan Wanita.. Biasa kita dengar masakan Paprik.. tapi kali ni lain sikit sebutannya iaitu Laprik.. rasanya ini salah satu masakan dari Thai juga kot.. cuma takde penggunaan daun limau purut kali ni.. tapi bahan kuat masakan Thai kali ni ialah sos cili Thai, cili padi dan juga daun ketumbar...

Pada yang suka masakan yang ada rasa sedikit manis bolehlah mencuba ye... iras2 masakan sweet sour.. tapi lain... memang lainlah.. nak tau kenalah cuba sendiri.. Alhamdulillah seisi keluarga makan dengan berselera.. Terima kasih sis Norzie Hany berkongsi resepi ni ye... minta izin kongsi resepi kat blog MaDiHaA pula...

Ikan Siakap Laprik 

Resepi : Mingguan Wanita



Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar (MaDiHaA guna 2 biji cili merah yang ditumbuk)
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 10 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa (MaDiHaA tak letak gula sbb dah cukup manis)
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan

Cara Memasak:

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing.angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos cili Thai dan bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.
  6. Selamat mencuba!


16 comments:

Rohah said...

aduhai kak..sedap ni..

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya kak...!
smlm menu sy pun siakap....hehe...

zana fahmi said...

Akk suka siakap, dah lama x beli.
Madiha, akk nk copy paste resipi keledek tu nnti....tq.

Amie said...

Resepinya simple ye Madiha... tapi kalau dah namanya ikan siakap, bubuh sos thai, lengkap dengan daun ketumbarnya sekali...mmmmm bisa membuatku terliur!!!

CT Delima said...

As'salam Ratna

alahai..mengugat iman yang dalam kelaparannnn... hihi

may agumo said...

salam kak.. sedapnya ikan siakap ni.. mkn dgn nasi panas2 mmg xpandang kiri kanan dah.. hehe..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak.... siakap...siakap...siakap....masak apa pun tetap saya sukaaaa

faa.rosli said...

sedapnya...xyah g makan kat kedai...kan?

Norzie hany said...

Siakap laprik ni masakan dari Thai,sedap makan dengan nasi panas2.Terliur tgk siakap Madiha ni....tq sudi mencuba.

Qhaifa Nur said...

ala-ala thai gitu...
memang sedap...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Madiha, sy pernah jumpa menu ni dalam salah satu senarai menu di restoran siam/tomyam. Tak order tapi bila tengok Kak Madiha punya ni rasanya lain kali kenalah order & rasa...

Phong Hong said...

Best juga kalau masak untuk Chinese New Year. PH nak try sebab suka sangat dengan rasa masam manis.

tun_telani said...

alahai... sedapnyer.. sungguh terliur tun tgk nih. tun mmg suka masakan camnih, kalau dpt ni mmg bertambah2 nasi.

Hafizah Mohamad said...

salam kak...ni lah pestime fiza dengaq siakap laprik...selalu dengar paprik...he he he...ni kalau makan ngan nasik panas2...aduyaiii kak...sedapnyerrr....

rahel said...

Wah sedapnya...pedas2 memang menggamit selera.

ALoNa CintamaniszLite said...

timakasih kak...sy leh cuba nanti ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...