Wednesday, April 7, 2010

Ayam Panggang Peri-Peri Rosmary



Disebabkan kazenku Ida dok promote kata sedap bebenor ayam ni sampai dah berkali2 dia buat.. maka aku pun gigihkanlah diri masak ayam ni.. alahaii.. bukan susah sangat nak membuatnya.. cuma nak mencari segala makneka sosnya tu yg susah hehehe... Ini ayam panggang ala2 ayam panggang kat Nandos tu ler... resepi asalnya dari Shima mama si Myra yg dok jauh nun di UK.. tp resepi ni aku taip balik sebab dak Shima ni bg resepi main agak2... ada yg dia tulis "sedikit sos bla bla".. ada yg dia tulis "byk2 sos bla bla"... so aku tolong ler bg resepi lengkap ikut anggaran aku sendiri jer.. pepandai ler u all ejas ikut keperluan u all itupun kalau teringin nak buat ler... hehe.. Anyway.. TQ Shima utk resepi ni yer..

Bahan2
Setengah ekor ayam (potong 2 & cuci bersih)
1 sudu kecil garam (boleh lebihkan kalu nak masin2 sikit.. aku takut darah tinggi!)
1 sudu besar sos tobasco - nak kasi pedas2 skit
2 sudu besar sos peri-peri extra hot nandos (haaaa nilah bhn utama dier!! )
1 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar madu
1 sudu besar olive oil
1 sudu kecil dried rosmary ~ tumbuk2 sikit kasi hancur.. tak lumat sgt pun takpe
sedikit fresh rosmary (ini MaDiHaA tak letak none stock!)

Cara Penyediaan:

1. Ayam dikelar2 sedikit & diperap bersama2 semua bhn2 di atas selama 30 min - sejam. (lg lama lg sedap sebab sos akan meresap dlm ayam)
2. Panaskan oven suhu 200C selama 5 minit.
3. Bakar ayam selama lebih kurang 30 - 35 minit bergantung oven & saiz ayam yg anda gunakan. Semasa sesi pembakaran pastikan setiap 8 - 10 minit anda balik2kan ayam supaya masak rata & garing sekata.

Selamat mencuba.

Tuesday, April 6, 2010

Cheesy Wedges



Masa mula2 tengok Kak Amal tayangkan gambar cheesy wedges tu dlm FP dia memang dah terliur.. tapi dok delay2 lagi nak buat sebab tak sempat nak pergi cari bahan2. Tapi lepas Kak Rinnchan tayang yang dia buat pulak.. terus aku takleh tahan.. hehehe.. makanya.. jadi gak cheesy wedges aku. Terima kasih pada kak Amal sebab sudi berkongsi resepi rahsia cheesy wedges yang ala2 KFC ni.. memang sebijik mcm KFC punya... puas makan.. resepi yg kak Amal share ni actually dpt byk.. tak habis pun guna utk sekali.. boleh guna lagi esoknya.. cukup rasanya kalau nak guna untuk 1kg wedges.. TQ Kak Amal.. & TQ gak pada kak Rinn sebab sy copy & ikut resepi yg Kak Rinn taip sebab ada bahan2 yg sy takde spt cheese emborg & sour cream tu.. hehe..

CHEESY WEDGES
Sumber : Kak Amal Copy dari FP Kak Rinnchan (thanks both of u!)

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (MaDiHaA ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak guna 10 keping )
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar (MaDiHaA tambah lagi sebab agak pekat)
2 sudu besar sour cream (ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. (MaDiHaA guna kuali biasa jer). Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. (Masa ni MaDiHaA tambah lg susu segar sebab nampak agak pekat)
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

Monday, April 5, 2010

Bihun Goreng Taucu & Pau Kacang Merah



Masak bihun ni untuk sarapan bila pun dah tak ingat.. dlm minggu lepas juga ni.. ringkas tapi sedap..!

Bahan2
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
150 gm udang ~ buang kepala & kulit
150 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk sawi
1/2 tin cendawan butang dlm tin ~ hiris nipis (ni sebenarnya lebihan buat chicken golden bleu tempohari)
1/2 cawan taucu masin
1 cawan air
minyak secukupnya
3 s/b cili kisar
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
tumbuk bahan2 bertanda*

Bahan Hiasan
1 keping tahu goreng ~ dihiris
daun sup & daun bawang ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan udang & sotong. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Masukkan taucu & sayuran kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


Selain bihun.. buat juga pau kacang merah resepi SueJoshua yg letak cuka tu.. dapat juga bawak ke rumah angah di Klang kebetulan nak pegi Klang dengan Ida amik baju yang ditempah dengannya.. tapi bukan baju aku.. baju kazenku Ida & baju makcikku Sujah.. Pau ku tak berapa menjadi mungkin kerana masalah yis.. nanti kena buat lagi lepas ni..



Roti Walnut Kismis



Resepi ni diambil dari FP kazen ku Nor Mariah adik Ida). TQ Nor.. kaklong tepek kat sini resepinya yer.. maaf sebab ada tokok tambah sikit dlm resepi tu.. nama pun kaklong dah ubah sebab kaklong tak letak almond ;-)

Bahan2
550 gram tepung roti (asal guna tepong gandum)
100 gram planta
100 gram gula kastor
1 pack yis segera
100 gram walnut ~ di patah2kan
50 gram badam cincang (tak letak none stock)
50 gram kismis (letak separuh kismis kuning & separuh kismis hitam)
1 s/k bread improver (MaDiHaA tambah)
1 s/k bread softener (MaDiHaA tambah)
250 ml air

Cara2
1.Satukan tepung, planta, yis dan gula gaul rata
2.Kemudian masukkan walnut, badam dan kismis gaul rata
3.Kemudian masukka air dan uli sehingga menjadi doh
4.Bahagiakan doh kepada 2 dan biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum dibakar
5.Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius
6.Bakar roti lebih kurang 30 minit
7. Potong dan siap untuk dihidangkan

Note: MaDiHaA buat guna BM & guna setting sweet dough. Bangun pagi roti dah siap bakar

Pharata Telur Gulong



Dah lama dah tertarik hati nak buat resepi ni bila tengok dlm blog kawan2. Akhirnya dpt gak buat. Lgpun.. senang banget..! Sapa2 pun boleh buat. Terima kasih kepada yang mencipta resepi ni.. menarik..! Suka tengok susunan gulungan2 pharata tu.. cute jer kan.. Resepi ni aku C & P dari blog Kak Zai.. tq kak.

Bahan:-
5 keping frozen plain paratha (guna jenama Kawan)
5 biji telor - dipukul sedikit (guna 4 biji gred A)
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Cara-Cara:-
1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor (MaDiHaA guna 4 sudu besar), biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidang dengan kuah kari atau gulai yang digemari.

Thursday, April 1, 2010

Nasi Ayam Penyet



Rabu minggu lepas.. tertunailah hajat yang dah lama terpendam untuk masak sendiri nasi ayam penyet ni.. sebelum ni dah pernah mkn kat restoren.. kali ni.. aku masak sendiri buat hidangan kami sekeluarga.. alhamdullillah.. semua suka..!. T.kasih pada yang berkongsi resepi yer.. terutama Kak Rus, Kak Amal & Ijan.. juga pada empunya sebenar resepi ni.. TQ buat semua.. Resepi nasi, sup dan kremes tu aje buat ikut cara aku sendiri.. mintak halalkan resepi aku C & P kat sini


MaDiHaA letakkan resepi berasingan & ikut step by step apa yang perlu disediakan dulu & apa yang dikemudiankan supaya tak pening nak mulakan dari mana ;-)

Ayam Penyet, Tempe & Tauhu Goreng
Copy from Kak Rus via Kak Amal via Ijan (TQ semua!)


Untuk Ayam Goreng Penyet
1 ekor ayam – potong 8 bahagian (MaDiHaA potong 4 je), rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras (MaDiHaA guna tepong jagung)

1. Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus. (MaDiHaA kisar kering rempah2 biji manakala bawang putih & halia ditumbuk guna lesung batu je Masa nak perap.. campurkan dengan sikit air & barulah perapkan ayam, tempe & tauhu)
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. (MaDiHaA perap kejap jer.. kena perap ayam dulu pastu baru prepare bahan2 lain.. last sekali barulah ayam perapan ni digoreng)
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu. (MaDiHaA perap jer sekali ayam, tauhu & tempe ~ lebihannya perapan MaDiHaA simpan untuk dibuat kremes)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras (Ku ganti dengan tepong jagung).
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. (Jangan goreng terlalu lama coz ayam dah pun masak) Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu ikut step yg sama spt goreng ayam tadi.
6. Semasa menghidang.. ayam hendaklah diPENYET (diketuk) terlebih dulu sebelum dipotong ke bahagian kecil. MaDiHaA ketuk/hempap guna pisau daging/pisau yg lebar tu jer.. masa nak potong pun guna pisau tu.. senang



Lepas siap perap ayam, tempe & tauhu.. masak pula nasinya... Sukatan resepi nasi ni kalau rasa tak cukup untuk seekor ayam.. silalah tambah sendiri yer

Nasi Ayam
Sumber : Ma Tersayang


Bahan2 Nasi Ayam
4 pot beras
7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras.. kalau beras jenis keras.. tambah lagi 1 pot)
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah*
halia*
2 ~ 3 sudu besar planta
cengkih
bunga lawang
kayu manis

Cara
1. Bahan2 bertanda * dikisar halus. Guna anggaran 3 sudu besar sahaja.
2. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji & daun pandan.
3. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis 3 sekawan & bahan2 blend tadi. Bila harum baunya ambil sedikit air dalam periuk nasi tadi & kacau2 biar sebati. Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam rice cooker yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup penutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.



Siap jerang nasi sementara tunggu nasi masak.. masak sup kosong pulak..

Sup Kosong
Sumber : Ma Tersayang

Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.



Sediakan pula sambalnyer...


Sambal
Copy from Kak Rus via Kak Amal via Ijan (TQ semua!)

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ Cuci bersih & patah2kan
* 10 biji Cili padi (MaDiHaA tambah lagi 10 biji)
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis ~MaDiHaA lebihkan sikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.




Lepas siap buat sambal.. bolehlah menggoreng ayam, tauhu & tempe yang diperap tadi. (MaDiHaA simpan lebihan rempah perapan ayam untuk buat kremes). Dah siap semua.. bolehlah bancuhkan bahan2 untuk buat kremes seperti dibawah.. Tapi MaDiHaA buat lain sikit..

Kremes / Serdak / Renyah
Sumber : Mama Atiq (TQ!)


1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
Gaul semua bahan....ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet

CARA MaDiHaA : Rempah lebihan perap ayam tadi dicampurkan dengan sedikit tepong beras & tepong jagung. (maaf sebab tak sukat) campurkan garam sikit, 1 biji telur & bancuh dengan air menjadi bancuhan yg agak cair gitu. Sendukkan bancuhan dlm setengah senduk dan tuangkan / goreng dlam minyak yang betul2 panas sambil sentiasa dikacau2 hingga kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sampai habis.




Ok.. siap sudah hidangan kita.. bolehlah menghidang bersama2 dengan ulam-ulaman yang anda suka.. selain timun, salad & tomato.. boleh juga gunakan kacang botor, kacang panjang, kobis atau apa2 ulam kegemaran

Jemput makan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...