Monday, October 11, 2010

Award dari Tie



Baru berkesempatan nak ambil & tepek award yang aku dapat dari Tie http://watiyusof.blogspot.com/

Terima kasih ye Tie sebab sudi bagi award ni.. rasanya macam tak berapa layak akak terima award ni.. hehe.. sebabnya akak ni bukannya kreatif sangat pun.. blog pun simple aje tak reti nak hias cantik2 mcm org.. maklumlah.. baru je berblog dah tu.. takde masa nak godek2.. hehe.. apa2pun.. thank you very much ye Tie..

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI :: PENCIL yang besar menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan. FILEM bergerak tanpa henti menunjukkan AWARD ini diFOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima. LOGO bulat berkelip-kelip jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Thursday, October 7, 2010

Nasi Tomato

Okey.. sampai dah masanya untuk resepi nasi tomato ku.. hehehe.. Walaupun semua orang dah pandai masak nasi tomato ni.. tapi takpelah.. untuk rujukan anak2 ku di masa hadapan.. aku letak juga kat sini... lagipun.. lain orang lain resepinya... lenkali boleh cuba resepi versi lain pula..



Bahan2
3 pot beras basmathi (MaDiha guna pot rice cooker) ~ dicuci lalu ditos
2 ½ pot air
1 pot susu cair/fresh milk
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar marjerin
5~6 sudu besar sos tomato
1 biji tomato ranum sederhana besar ~ blend/potong kiub
4 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar ~ di mayang nipis
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar kismis (optional)
bawang goreng untuk hiasan (optional)
daun bawang (optional)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato blend, sos tomato, susu cair dan air.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Kacau rata dan biar hingga nasi kering lalu taburkan kismis dan kacau perlahan. TUTUPKAN periuk perlahankan api ke yang paling kecil.
4. Tunggu hingga nasi betul2 masak. JANGAN BUKA TUTUP PERIUK sehingga nasi betul2 masak. 5. Semasa hidang.. taburkan daun bawang yg dihiris & bawang goreng.

Beginilah rupa hidangan kami pada malam kejadian.. berbuka puasa bersama ma & adik yang datang ke rumah ku dalam bulan puasa yg lepas. Nanti aku masukkan resepi kuih tu pula yer...

Wednesday, October 6, 2010

Ayam Perap Masak Merah Madu

Sambung lagi resepi seterusnya yang dilawankan dengan nasi tomato ku.. hehe..

Resepi ambil dari blog mamasya.. mamasya pulak ambil dari blog kak ummi.. memang sedap ayam ni walaupun gambar tak cantik (maklumlah ambik gambar guna henpon aje.. kamera rosak tak berbeli lagi)tak kisahlah kan gambar huduh.. janji rasanya sedap... terima kasih kak ummi & mamasya.. kita tepek sini resepinya.. halal ye..

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Blog ummizahaidi (copy dari blog mamasya)

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah.. MaDiHaA campurkan sekali dgn bawang kisar.. dlm resepi takde tulis bila nak masukkan bwg kisar.. so pepandai jelah kan..)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan masa ni MaDiHaA masukkan bawang besar hiris.. biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota mamasya; tak pasti bawang besar kisar & bwg besar hiris letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.

Tuesday, October 5, 2010

Jelatah / Acar Nenas & Timun

Masuk resepi mudah aje kali ni.... yg semua org tau menyediakannya.. hehehe.. jelatah atau acar ni buat sekali masa masak lauk daging kat bawah tu.. nnt kita sambung lagi resepi seterusnya lepas ni yekk..



Bahan2
Nenas
Timun
Bawang besar ~ mayang
Cili besar ~ hiris
sedikit cuka
garam & gula secukup rasa

Nenas & timun dipotong ikut suka saiz kegemaran. Gaulkan dengan semua bahan2 di atas.. Biar seketika acar mesra kemudian bolehlah dihidang bersama nasi minyak atau apa2 nasi yg digemari.

Friday, October 1, 2010

Daging Perap Black Pepper Bermadu

Salam semua...

Sekejap aje dah pun Jumaat ye.. diam tak diam.. tinggal hanya seminggu saja kita berada dalam bulan Syawal.. minggu ini pun merupakan minggu terakhir kalau ada sapa2 yang nak buat jamuan raya atau open house.. terima kasih pada yang sudi menjemput kami utk open house tu ye.. pada yang kami tak dapat pegi tu.. harap dimaafkanlah ye.. bukan sengaja taknak pegi.. tapi ada hal lain yang tak dapat dielakkan..

Oklah untuk hari ni.. aku nak berkongsi resepi lauk pulak.. dah hari2 asyik tayang kuih aje.. hehe.. actually lauk ni my mom yang masak untuk berbuka puasa dulu. Kami lawankan dengan nasi tomato bersama lauk2 lain.. Oh ya.. dalam bulan puasa aritu.. sempat jugak ma dtg ke rumah anak2nya yg berada di KL ni. Seminggu dirumah adik ku di Klang & seminggu di rumah aku di PJ. Seronok sebab asal balik dari kerja je ma dah siap masak.. hahahaha... Ok.. ni salah satu lauk yang ma masak aku kongsikan kat sini. Masa bulan puasa tu.. ma dok tengok rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan bersama Sheila Rusly... so.. dia berkenan nak mencuba resepi ni sebab katanya bahan2nya senang yang amat. Tak perlu salin resepi pun.. ingat dalam kepala aje. Resepi ni ialah lauk yang dimasak oleh Rozie Rashid (betul ke tu...? aku pun ingat2 lupa ma dok bagitau aritu sbb aku tak tengok pun rancangan tu sbb kerja) Nama resepi ni pun aku tak tau.. tapi aku letak jelah spt nama kat atas tu... jangan maraah ehh Rozie.... mintak halal ye resepinya..

Resepi ni yang aku anggar sendiri aje ni.. coz masa ma masak aku dok masak benda lain.. masa ni masak hari cuti.. so kami masak sama2 yang agak special sikitlah.. hehe.. jom tengok resepinya..



Bahan2
500 gm daging batang pinang ~ hiris nipis & lebar2
1 biji cili capsicum hijau ~ potong memanjang or ikut selera sendiri
4 biji kentang saiz kecil ~ potong baji (wedges) & digoreng & ketepikan dahulu
8 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 biji bawang besar ~ dicincang halus (Rozie tak letak ni.. ma yg tambah)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air utk empukkan daging

Bahan Perap
1/2 cawan kicap manis (anggaran aku je ni)
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus
4 ~ 5 sudu besar madu

Cara2 Menyediakan
1. Daging yang dihiris digaul rata & diperap bersama dengan kicap manis, lada hitam & madu selama anggaran 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih & bawang besar hingga wangi. Masukkan daging yang diperap. Kaup balikkan daging & masukkan 1 cawan air untuk melembutkan daging. Jika perlu.. tambahkan lagi air sehingga daging lembut.
3. Bila daging dah lembut & air hampir kering masukkan kentang & cili capsicum. Kacau rata. Rasakan apa yang kurang. Jika kurang masin boleh ditambahkan kicap manis hingga secukup rasa. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tuesday, September 28, 2010

Kuih Kepal

Ini pun kuih yang dibuat utk berbuka puasa di Ramadhan yang lalu. Rindu sangat2 nak makan kuih ni bila tiba bulan puasa. Kuih tradisi negeri Trengganu ini aku belajar dari arwah tok. Masa tu aku masih lagi bersekolah.. nak kata belajar betul2 tu tak juga... cuma belajar sambil melihat setiap kali tok buat kuih ni.. maklumlah.. aku ni memang dah minat memasak sejak dari sekolah rendah lagi.. kalau ma atau tok buat kuih kat dapur mesti nak menyibukkan diri jugak tengok apa yang diaorang buat.. dari situlah aku timba ilmu sedikit sebanyak kuih2 lama terutama kuih2 tradisi negeri Trengganu. Walaupun belajar tanpa mencatat sukatannya sekali.. alhamdulillah.. kuih2 ni menjadi jugak walaupun tidaklah sehebat orang2 lama yang membuatnya. Rasa kuih ni seakan2 wajik kasirat cuma agak kurang manis sikit berbanding wajik kasirat tu..

Selain tu.. kuih Kepal ni seakan2 kuih Loklik juga.. cuma bezanya.. Kuih Kepal diperbuat dari beras pulut yang disangai.. manakala kuih Loklik diperbuat dari nasi yang dijemur kering dan disangai. Cara mengadun lebih kurang sama.. cuma persembahan saja yang berbeza iaitu kuih Loklik dihidang dengan cara dipotong2 seperti wajik kasirat. Inipun dari apa yang aku lihat masa tok buat dululah.. kalau salah fakta atau penerangan aku ni.. tolong perbetulkan ye terutama orang2 lama dari Trengganu tu ye..

Jom tengok macamana membuat kuih dulu2 ni..



Bahan2
3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula kabung/ 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara2
1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.
2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Kisarkan lagi lebihan beras pulut yang kasar & ayak lagi. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak. Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).
3. Didalam periuk masak 3 cawan air bersama gula kabung/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dalam kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lebihan tadi ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.
4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yang dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).
5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. bolehlah ditutupkan api. Tunggu suam sedikit kemudian bolehlah dikepal2 kuih tersebut & salutkan setiap kuih yang dikepal tadi dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.

Nota: Sukatan gula tu aku main agak2 aje ye.. dah lupa pulak sebab masa buat tu memang tak sukat & tak catit. Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.
Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...