Wednesday, October 6, 2010

Ayam Perap Masak Merah Madu

Sambung lagi resepi seterusnya yang dilawankan dengan nasi tomato ku.. hehe..

Resepi ambil dari blog mamasya.. mamasya pulak ambil dari blog kak ummi.. memang sedap ayam ni walaupun gambar tak cantik (maklumlah ambik gambar guna henpon aje.. kamera rosak tak berbeli lagi)tak kisahlah kan gambar huduh.. janji rasanya sedap... terima kasih kak ummi & mamasya.. kita tepek sini resepinya.. halal ye..

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Blog ummizahaidi (copy dari blog mamasya)

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah.. MaDiHaA campurkan sekali dgn bawang kisar.. dlm resepi takde tulis bila nak masukkan bwg kisar.. so pepandai jelah kan..)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan masa ni MaDiHaA masukkan bawang besar hiris.. biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota mamasya; tak pasti bawang besar kisar & bwg besar hiris letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...