Thursday, October 21, 2010

Sambal Pedas Jering Cambah

Salam..

Syukur alhamdulillah.. gambar2 dlm PC masih dapat diselamatkan walaupun window corrupted. Sib baik budak IT ni backup semua fail2 yang ada termasuk fail2 peribadi yg ada gambar nih.. hehehe.. Jadi dapat ler aku update semua gambar2 a.k.a masakan yg aku masak ni... Masakan ulang tayang sebenarnya.. cuma belum masuk resepinya kat blog.. kat FP pun rasanya belum masuk kot.. yg ada kat sana versi campur tempoyak.. dua2 versi pun best.. anak sulung ku pun suka walaupun dia tak makan jering ulam.. Jom tengok resepi mana tau ada yang teringin nak mencuba.. Tapi nak ingatkan ye.. jering yang digunakan bukan jering muda yg baru dikupas kulitnya tu.. ini adalah jering cambah atau pun jering tua yang ditanam dlm pasir hingga beberapa minggu kemudian barulah boleh dimasak.. Boleh dicari di pasar2 pagi, pasar tani & kalau di PJ ni kat Pasar Besar PJ kat Old Town tu pun ada jual kat bahagian jualan sayur2 kampong. Rupa jering ni dah takde kulit tebalnya tu.. & kadang2 pada isi jering ni ada akarnya sikit.. yelahh.. kan jering ni dah kena tanam.. sebab tu dia berakar.. Tujuan di tanam tu supaya jering tua yang keras tu menjadi rangup semula.. nak buat ulam pun boleh.. 

Ok.. hari ni layan menu kampong yer.. thanks to my hubby & MIL yang perkenalkan resepi best nih.. 


Bahan2
30 keping jering cambah/ jering tanam (30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat 
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya 


Bahan2 Ditumbuk Halus
15 - 20 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup

Cara2 Memasak
 
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit arinya jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi seperti dalam gambar kemudian dibasuh & tos.


1. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
3. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya.  Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak. 
4. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
5. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...

Selamat mencuba!

Monday, October 18, 2010

Serimuka Labu

Masih lagi update gambar2 lama... pc sendiri belum lagi keluar dari 'klinik'.  Tak pastilah gambar2 dlm pc tu masih boleh diselamatkan atau tak.. huhuhu.. so buat sementara waktu... kita update dulu gambar2 lama ni ye...

Ini resepinya jika ingin mencuba..

Sumber : MaDiHaA
(loyang 24 cm)

Bahan2 Lapisan Bawah


2 pot beras pulut (sukat guna pot rice cooker) ~ cuci bersih & rendam 3 jam kemudian tos
2 ½ pot santan pekat
1 ½ sudu kecil garam halus (bancuh dalam santan hingga larut)

Bahan2 Lapisan Atas

250 gm isi labu kuning (timbang isi saja) ~ rebus empuk & tos (sejukkan sebentar)
1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa letak 1 cawan jer.. ikutlah selera puan2 nak manis or tak)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 ½ cawan santan pekat
3 biji telur (gred A)
½ sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)

Cara2 Menyediakan

1. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih (pastikan airnya mencukupi).
2. Masukkan beras pulut & santan yang dibancuh dengan garam ke dalam loyang (saiz 24 cm). Kacau sebati & ratakan permukaannya. Kukus selama lebih kurang 20 - 25 minit (hingga pulut masak). Bila masak tekan2 sedikit pulut biar padat kemudian perlahan2 cakar2 permukaan pulut menggunakan garfu.
3. Sementara menunggu pulut masak, lecek labu rebus hingga lumat. Campurkan labu lecek tadi dgn santan, gula, garam & telur lalu dikacau rata (guna whisker). Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh rata. Masukkan pula tepung jagung & tepung beras & kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam kuali dan masak sekejap dengan api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker. Agak2 dah pekat mcm susu pekat manis tu bolehlah ditutupkan api.
5. Pastikan diatas lapisan pulut tiada air yg menitik (kalau ada.. lap dulu dengan tuala dapur yg bersih). Semasa pulut masih panas2 tu.. tuangkan bancuhan labu tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau hingga masak. (setiap 7 - 10 minit buka penutup kukusan berhati2 utk membuang air wap yg melekat pd penutup / boleh juga balut penutup periuk kukus dengan tuala yang bersih.
6. Sejukkan kuih sehingga benar2 sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

Friday, October 15, 2010

Bingka Roti Berjagung


Salam..

Hari ni masukkan n3 kuih yg dah lama buat ni.. ambil dari FP ku itu.. Tiba2 pc ada problem pulak.. so tak boleh nak buka gambar2 terbaru yg ada kat dalamnya.. entah2 dah terkena virus malware?? huhuhu.. so.. update guna gambar2 lama sajalah.. ini pun pinjam pc member.. hehe..

Sumber : Chef Azimah Mansor (dari FP Kak Rinn)

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... )
200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.
Selamat Mencuba!

Thursday, October 14, 2010

Homemade Jeruk Mangga




Ada masa sikit ni.. updatelah sikit lagi.. hehehe..

Lama dah sebenarnya buat jeruk mangga ni..

Masa adik ipar datang beraya dari Kajang tempohari dibawanya 4 biji mangga muda nih.. nak makan gitu rasa macam tak berapa nak sangat sebab masa tu baru lepas period.. selalunya seminggu nak period tu memang teringin bebenor nak makan asam.. tp kalau dah lepas tu memang tak rasa teringin pulak dengan asam2 ni.. so sebab nak selamatkan mangga ni dari kecut dlm peti ais tu.. aku pun buatlah jeruk...... jeruk sempoi je nih.. takde guna sebarang pengawet macam jeruk2 yang terjual kat kedai2 tu... tapi sedapp.. sapa2 nak tu.. mintak maaflah yek sebab dah abis dah pun.. hehehe..


















Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka

Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe..

Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..


Dah tinggal byk ni baru teringat nak ambik gambar dari balang.. hehe..

Selamat mencuba!

Kuih Puteri Mandi



Salam...

Baru berkesempatan nak masukkan n3 kuih yang dibuat sekali dengan nasi tomato tempohari. Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni.. kalau dulu2 masa anak dara memang selalu buat tiap kali bulan puasa. Sekarang ni malas nak buat sebab takut takde yg suka kat rumah tu.. maklumlah.. kuih orang lama2... tak berapa glemer plak tuh.. Buat aritu pun sebab ma & adik2 ada kat rumah.. Bila dah buat rupa2nya.. suami dgn anak2 suka pulak mkn kuih ni.. sampai mintak buat lagi lepas tu.. hehe.. ini salah satu kuih tradisi pantai timur gak ni.. tak tau kenapa dipanggil nama Puteri Mandi.. orang tua2 dah sebut itu namanya.. kita mengikut ajelah.. ada jiran Kelantan sebelah rumah ma kat kampong pulak panggil kuih ni Kemek Hidung... hehehe.. nak tergelak pun ada.. tp ada logiknya jugak sebab kuih ni dikemek2kan sebelum direbus.. hehehe.. ok.. share resepi mudah kat sini utk rujukan anak2 daraku & teman2 yg teringin nak mencuba...

Bahan2 inti
Setengah biji kelapa parut putih yg sedikit muda (kalau boleh kelapa berkulit hijau)
Gula nisan/melaka (ikut manis yg disukai)
1 - 2 cawan air
secubit garam
gula pasir jika perlu.
Sehelai daun pandan ~ cuci & simpul

Bahan2 doh
300 gm tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit garam (bancuhkan dlm air)
air secukupnya utk menguli

Cara2 menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu intinya. Masak air bersama daun pandan, gula nisan/gula melaka hingga larut. Tambahkan secubit garam & kelapa parut. Masak hingga inti agak2 kering tetapi masih lembablah yer… mcm buat inti kuih ketayap / kuih koci tu ler. Sekiranya perlu lebih manis boleh tambah gula pasir. Ikut selera masing2. Bila dah masak biarkan dok dalam kuali tu (ketepikan dahulu)
2. Sediakan pula bahagian dohnya. Dalam satu mangkuk, campurkan tepong pulut, air kapur & air yg bercampur garam dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

3. Jerang air dalam setengah periuk. Biar mendidih. Sementara tu bulat2kan doh sebesar guli (atau besar sikit lg) & picit sedikit tengahnya biar nampak kemek (seperti dalam gambar). Bila dah siap semua.. masukkan bebola yg dipicit tadi ke dalam air mendidih dan tunggulah hingga ia timbul menandakan doh tersebut sudah masak. Angkat & tos sebentar kemudian terus masukkan dalam inti dalam kuali tadi. Gaulkan rata2 & bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba!

Wednesday, October 13, 2010

Tempahan yang lepas2...

Salam semua..

Pagi ni nak update dulu gambar2 tempahan/order yang lepas2. Yang lepas2 tu termasuklah order2 masa dalam bulan puasa yang lalu.. yupppp!! terlambat sudaaa.. hehehee... Maaflah semua customer2 ku kerana dok peram gambar2 ni lama sangat. Entah.. bila tiba bab gambar2 order ni selalu je delay2... padahal... inilah salah satu punca rezeki.. aduhh... i'm so sorry...... bukan tak hargai customer.. aku sangat2 hargai customer2 ku semua yang telah sudi mengorder.. cuma masa saja yang tak menyebelahi ku.. harap maaf semua yek.. (hmm... aku rasa.. mungkin salah satu punca aku macam malas nak update order2 ni sebab produk2 ku ini kalau ditayangkan berkali2 pun nampak macam serupa & takde apa yang menarik kot... lainlah kalau gambar2 kek or cuppies yg berhias comel & berlainan rupa & corak dekorasinya tu.. sure bangga nak tunjukkann???? betul tak?? ni balik2 gambar tempeyek.. balik2 gambar karipap frozen... karang ada pulak yg jemu memandang.. hahahahaha)

Okay.. inilah dia order2nya kita mulakan dengan order yang terbaru yer...
Order dari my auntie (Sujah) untuk makan2 untuk majlis kat rumahnya. TERIMA KASIH Sujah! Oh ya.. yang satu tray tu I tak charge ok... sesekali bersedekah.. hehe..
1 tray puding marbel untuk majlis marhaban kat rumahnya pada malam 1/10/2010.
1 tray lagi puding marbel untuk open house pada 3/10/2010.




8/8/2010
Order dari Sharniza (UITM Shah Alam) 5 peket karipap frozen. TERIMA KASIH!



Yang ini pulak.. order dari jiran ku Laily 4 peket & tauke kek kita tu.. Kak Jasmeen 4 peket & Kak Norizah 5 peket.. dua2 dari Shah Alam. THANKS YOU ALL!!



15/8/2010 (5 hari puasa nih)
Order dari Linda, Shah Alam. 1 tray kuih lapis pisang & 2 peket karipap frozen. THANKS Linda sudi order dengan akak ye..



15/8/2010
Order dari Mak tua (kawan my auntie) 6 peket karipap frozen. TERIMA KASIH ye sudi order.



20/8/2010
Order dari Suhaidi (kawan husband)~ 2 peket karipap frozen & 1 peket tempeyek. TERIMA KASIH sudi mencuba.



Kat bawah ni pulak.. order2 tempeyek/rempeyak dari customer khas untuk aidilfitri. TERIMA KASIH kepada semua customer yg sudi order. Ada yang dari dekat ada yang dari jauh.. alhamdulillah & MaDiHaA harap tempeyek/rempeyek tersebut memenuhi citarasa kalian semua ya.. Takut jugak ni jadi dealer sebab time orang order banyak2 ni bimbang juga kalau2 kualiti rasanya 'lari' sikit dari tempeyek time orang order sikit2.. hopefully memuaskan hati semua pihak.

Gambar ni hanyalah 1/3 bahagian dari order2.. Tak boleh nak ambil stok tempeyek ni sekali gus.. tak muat kereta & takde tempat nak letak kat rumah tu... so.. ambil sikit2 bergantung pada tarikh customer nak collect. Lagi 2/3 bahagian tak ambik gambar.. cos nampak sama jer... malas ler..

Senarai mereka yang mengorder tempeyek/rempeyek
1. Liza (Amar Aniza dari PJ) ~ 4 peket
2. Laily Nuar (my neighbour) ~ 10 peket
3. Hajah Ra'aida (dari Kemaman) ~ 15 peket
4. Wati (dari Kepong)~ 3 peket
5. Kak Yati (dari Damansara) ~ 4 peket
6. Nurul/Fafau (Mrs. Fathi dari Meru) ~ 4 peket
7. Sujah (my auntie) ~ 5 peket
8. Rubiah (my cousin) ~ 6 peket
9. Nurlidya (dari KL) ~ 20 peket
10. Azue ATZ (dari Puchong) ~ 3 peket
11. Guru2 sekolah Puchong (kawan isteri my bos ~ repeat order) ~ 15 peket
12. Ida Marlida (my cousin) ~ 43 peket (utk mkn sendiri & jual balik)
13. Aima (dari TTDI) ~ 4 peket
14. Linda (dari Shah Alam yang order kuih lapis kat atas tu) ~ 2 peket
15. Noriha Udin (dari Klang) ~ 4 peket
16. Norwati (dari Klang) ~ 1 peket


Ini pula popia daging order dari :
1. Cikgu Hajah Roszana (dari Meru) ~ 5 botol
2. Ustazah (ustazah sekolah agama anakku.. lupa dah namanya.. ) ~ 1 botol
3. Linda (dari Shah Alam) ~ 1 botol (kalau tak silap.. sebab tak catit!)
5. sapa lagi ni yekk.. dah lupa dah.. sorry!!!
TERIMA KASIH kepada semua yang sudi order!!



Kepada customer yang order karipap frozen untuk bulan puasa baru2 ni yang terpaksa ku batalkan... aku MINTAK MAAF BANYAK2 yerkk.. Bukan tak sudi nak buat.. tapi masa betul2 tak mengizinkan. Maklum sajalah.. bulan puasa time tulah nak prepare mcm2 untuk persiapan raya anak2. And then.. my mom pula datang kat rumah ku selama seminggu.. so takkan aku asyik nak sibuk dengan karipap ajekan.. nak jugak bawak mak ke mana2 time weekend.. dahlah aku cuma sempat buat karipap time weekend aje.. so.. terpaksa batalkan order2 kalian. Lagipun.. memang dari awal dah cakap.. akan cuba buat jika sempat.. so.. dah tak sempat.. apa boleh buat kan.. so harap u all tak kecik hati okey.. terutamanya Along Ayu. Lepas raya pun dia ada order lagi kuih tp terpaksa tolak sebab ada hal lain.. maaf ye Along Ayu.

Ok itu saja untuk update order & celoteh panjang dari aku hari ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...