Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, October 14, 2010

Kuih Puteri Mandi



Salam...

Baru berkesempatan nak masukkan n3 kuih yang dibuat sekali dengan nasi tomato tempohari. Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni.. kalau dulu2 masa anak dara memang selalu buat tiap kali bulan puasa. Sekarang ni malas nak buat sebab takut takde yg suka kat rumah tu.. maklumlah.. kuih orang lama2... tak berapa glemer plak tuh.. Buat aritu pun sebab ma & adik2 ada kat rumah.. Bila dah buat rupa2nya.. suami dgn anak2 suka pulak mkn kuih ni.. sampai mintak buat lagi lepas tu.. hehe.. ini salah satu kuih tradisi pantai timur gak ni.. tak tau kenapa dipanggil nama Puteri Mandi.. orang tua2 dah sebut itu namanya.. kita mengikut ajelah.. ada jiran Kelantan sebelah rumah ma kat kampong pulak panggil kuih ni Kemek Hidung... hehehe.. nak tergelak pun ada.. tp ada logiknya jugak sebab kuih ni dikemek2kan sebelum direbus.. hehehe.. ok.. share resepi mudah kat sini utk rujukan anak2 daraku & teman2 yg teringin nak mencuba...

Bahan2 inti
Setengah biji kelapa parut putih yg sedikit muda (kalau boleh kelapa berkulit hijau)
Gula nisan/melaka (ikut manis yg disukai)
1 - 2 cawan air
secubit garam
gula pasir jika perlu.
Sehelai daun pandan ~ cuci & simpul

Bahan2 doh
300 gm tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit garam (bancuhkan dlm air)
air secukupnya utk menguli

Cara2 menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu intinya. Masak air bersama daun pandan, gula nisan/gula melaka hingga larut. Tambahkan secubit garam & kelapa parut. Masak hingga inti agak2 kering tetapi masih lembablah yer… mcm buat inti kuih ketayap / kuih koci tu ler. Sekiranya perlu lebih manis boleh tambah gula pasir. Ikut selera masing2. Bila dah masak biarkan dok dalam kuali tu (ketepikan dahulu)
2. Sediakan pula bahagian dohnya. Dalam satu mangkuk, campurkan tepong pulut, air kapur & air yg bercampur garam dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

3. Jerang air dalam setengah periuk. Biar mendidih. Sementara tu bulat2kan doh sebesar guli (atau besar sikit lg) & picit sedikit tengahnya biar nampak kemek (seperti dalam gambar). Bila dah siap semua.. masukkan bebola yg dipicit tadi ke dalam air mendidih dan tunggulah hingga ia timbul menandakan doh tersebut sudah masak. Angkat & tos sebentar kemudian terus masukkan dalam inti dalam kuali tadi. Gaulkan rata2 & bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba!

4 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

kak madiha,kuih ni mmg sedap!!kalau bulan pose bukna warna ni je, warna ijau n hitam pn ada..kt kampung mie,kitorang panggil kepek hidung.. sama je tapi rasenye mmg mabeles..

ASHIKIN said...

manis ke rs dia??

MaDiHaA said...

MIMIEY: memang kuih ni popular masa bulan puasa kan? kuih yg akak buat tu pun masa bulan puasa aritu lah tu.. tak sempat nak update.. hehe.. jadi betul ler yer memang ada orang panggil kuih ni kepek hidung/kemek hidung? Jiran akak panggil kemek hidung gak.. hehe..

ASYIKIN: manis gaklah.. sebab kuih ni bersalut dengan inti kelapa tu.. tp kalau tak suka manis boleh kurangkan manis inti dia.. ikut selera masing2.. akak wt pun tak manis sgt.. sederhana aje...

Mimiey.. (^-^) said...

a'a kak,kuih ni kalau bulan pose mmg senang nk dpt..bulan puasa la.bulan lain sush skt. itula namanye,kemek/kepek idung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com