Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, October 18, 2010

Serimuka Labu

Masih lagi update gambar2 lama... pc sendiri belum lagi keluar dari 'klinik'.  Tak pastilah gambar2 dlm pc tu masih boleh diselamatkan atau tak.. huhuhu.. so buat sementara waktu... kita update dulu gambar2 lama ni ye...

Ini resepinya jika ingin mencuba..

Sumber : MaDiHaA
(loyang 24 cm)

Bahan2 Lapisan Bawah


2 pot beras pulut (sukat guna pot rice cooker) ~ cuci bersih & rendam 3 jam kemudian tos
2 ½ pot santan pekat
1 ½ sudu kecil garam halus (bancuh dalam santan hingga larut)

Bahan2 Lapisan Atas

250 gm isi labu kuning (timbang isi saja) ~ rebus empuk & tos (sejukkan sebentar)
1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa letak 1 cawan jer.. ikutlah selera puan2 nak manis or tak)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 ½ cawan santan pekat
3 biji telur (gred A)
½ sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)

Cara2 Menyediakan

1. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih (pastikan airnya mencukupi).
2. Masukkan beras pulut & santan yang dibancuh dengan garam ke dalam loyang (saiz 24 cm). Kacau sebati & ratakan permukaannya. Kukus selama lebih kurang 20 - 25 minit (hingga pulut masak). Bila masak tekan2 sedikit pulut biar padat kemudian perlahan2 cakar2 permukaan pulut menggunakan garfu.
3. Sementara menunggu pulut masak, lecek labu rebus hingga lumat. Campurkan labu lecek tadi dgn santan, gula, garam & telur lalu dikacau rata (guna whisker). Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh rata. Masukkan pula tepung jagung & tepung beras & kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam kuali dan masak sekejap dengan api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker. Agak2 dah pekat mcm susu pekat manis tu bolehlah ditutupkan api.
5. Pastikan diatas lapisan pulut tiada air yg menitik (kalau ada.. lap dulu dengan tuala dapur yg bersih). Semasa pulut masih panas2 tu.. tuangkan bancuhan labu tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau hingga masak. (setiap 7 - 10 minit buka penutup kukusan berhati2 utk membuang air wap yg melekat pd penutup / boleh juga balut penutup periuk kukus dengan tuala yang bersih.
6. Sejukkan kuih sehingga benar2 sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

4 comments:

Tyha said...

Kak Long labu tu kalau sukat pakai cawan berapa cawan ye? Tyha ni suka nak try tapi bila kena timbang bagai tu mulalah malas.

Tupperware Lover said...

salam kak madiha, saya ingat lagi akak.. sapa tak ingat kat akak yg terer masak ni.. heheh.. sedapnya serimuka labu. tak penah cuba pun... elok ada labu stengah biji kat umah. kunun2 nak buat masak lemak. kira kensellah.. heheh.. macih share resepi yg mabeles ni :) hope pc akak ok... ni saya terlupa log out id kat blog tupperware..huhuhu.. tapi ni saya tau! helmiyani a.k.a yani :)

KSWSK said...

wa kan kak..mmg suka mkn kuih ni..tp kang mkn bebanyak peyut sure ala2 byk angin..sbb pulut ngan labu....mau sesi kentut2 je kang...hahahhaha

Lin Rosly said...

Salam Ratna...Lamanya Tak Makan Seri Muka Labu Ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com