Wednesday, November 23, 2016

Apam Beras

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sementara ada kerajinan ni, hari ni nak kongsi resepi apam beras yang MaDiHaA buat hari sama MaDiHaA goreng pisang resepi semalam tu. Haa... punyalah rajin melayan tekak yg sentiasa lapar dimusim hujan ni kan. Bukan apa.. ada lebihan nasi sejuk 1 cawan hari tu, tiba2 teragak nak buat apam. Lagipun memang dah lama tak makan apam beras ni.  Tu yang laju je bancuh. Nak buat apam ni kena bancuh awal2 tau sebab perlu diperap selama 3 jam. Resepi dah pernah MaDiHaA kongsikan sebelum ni. Tapi takpelah kita ulang kongsi lagi hari ni resepi yang MaDiHaA dah kecilkan adunannya. Maksudnya.. MaDiHaA hanya buat setengah dari resepi asal sebab masa tu nasi sejuk hanya ada 1 cawan je. Alhamdulillah.. cukup2 je untuk kami 4 beranak.



Apam Beras
Resepi : Cha@MyResepi
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan-bahan
1 cwn nasi
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
3/4 cwn gula pasir
1 1/4 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit, jangan masukkan semua sebab jika terlampau banyak air nasi taknak halus pulak).  Setelah halus, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.  Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam dengan bekas bertutup.

3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.  Masukkan adunan dlm jug untuk memudahkan kerja. Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.




Selamat mencuba!

Tuesday, November 22, 2016

Pisang Goreng Crispy... resepi terbaikk...

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Musim2 hujan ni perut sentiasa je laparkan? Dah makan tengahari pun masih fikir apalah nak dimasak untuk minum petang.  Fikir punya fikir... ada pisang sikit kat dapur tu.. bolehlah digoreng & hidang untuk minum petang.



Jom cuba resepi Pisang Goreng Crispy ni. Resepi bancuhan tepong ni MaDiHaA dapat dari sepupu en. suami. Takde resepi detail sebab resepi campak2 orang kata. Jadi MaDiHaA agak2 sendiri je sukatan resepi tu. Sebelum ni MaDiHaA pernah sertakan resepi dalam kuantiti timbangan. Boleh klik SINI untuk resepinya. kali ni MaDiHaA tukar dalam kuantiti sukatan senang sikit ibu2 nak mencuba mana yang takde penimbang tu kan. Sukatan air tu kalau takde sangat cawan penyukat... guna jelah botol susu anak2 atau cucu yang bersih tu buat sukat air. Bukan kotor pun kan. Dah tentu2 botol susu kita kena bersihkan betul2 nak bagi baby minum susu. hehehe...

Kena cuba siapa yang belum pernah cuba tu sebab bancuhan tepong goreng pisang ni antara yang terbaik pernah MaDiHaA buat. Rangupnya tahan lama walau terbiar lama. Dulu pernah cuba resepi pisang goreng ala hotel, memang rangup.. tapi bila dah sejuk ia lemau. Yang ni.. gerenti rangup. Tapi kalau kita guna pisang yang terlampau masak, rangupnya macam mudah hilang. So kalau nak buat pisang goreng, jangan guna pisang yg terlalu masak. Yang masak sangat tu sesuai dibuat cekodok. Ok dah.. meh kita menggoreng pisang...! 



Pisang Goreng Crispy
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Pisang yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
450 ml air 
2 cawan tepong tepong gandum
4 sudu besar tepong beras
4 sudu besar (penuh) marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam



Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap atau dimakan begitu sahaja bersama minuman kegemaran.  

Selamat mencuba!

Monday, November 14, 2016

Jus Jambu Batu Susu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Musim2 hujan ni tayang jus pulak yer.... tak sesuai gitu. hahaha... Tak kisahlah kan. Walaupun dah masuk musim tengkujuh tapi tiba masa waktu2 panas tu tekak ni dok teringin yang sejuk2 juga. Jangan pula kau buat jus sejuk2 ni waktu malam, memang tak sesuailah. 

Dah lama nampak tepi2 jalan orang dok jual jus jambu batu ni. Tahun kebelakangan ni pulak keluar pula jus mangga. Kat mana2 ada je gerai jual jus mangga. Jus jambu batu agak tenggelam sekejap, tapi masih ada juga yang menjualnya. Walaupun banyak orang jual tapi MaDiHaA tak pernah sekali pun rasa teringin nak singgah beli. Macam takde daya penarik pula.. hahaha.. Tetiba satu hari tu tekak teringin pulak nak rasa jus jambu batu ni, jadi MaDiHaA pun godek2lah sendiri. Nak lebih sedap, MaDiHaA buat jus jambu batu campur susu... hmmm... lazatttt.. tak sangka pulak anak2 pun suka... Jom kita blend sendiri jus jambu batu kita. Bagus minum jus buah2an ni.. kaya vitamin C & lain2 vitamin lagi...



Jus Jambu Batu Susu

Bahan2
1 biji jambu batu
1.5 liter air bertapis/masak sejuk dari peti sejuk
susu pekat manis secukup rasa
1 titis pewarna hijau (jika suka)
ketulan ais jika suka

Cara menyediakan
1. Kopek kulit jambu & buang bijinya menggunakan sudu. Potong kecil2 & cuci bersih.
2. Masukkan dalam blender & tambah air secukupnya. Kisar hingga halus.
3. Tuang dalam jug. Tambah sedikit air bertapis sejuk untuk mendapat jus yang sedikit cair. Tambah susu secukup rasa. (jika nak tambah ais, lebihkan sikit kuantiti susunya) Tambah pewarna hijau.
4. Tapiskan ke dalam jug lain & hidang sejuk. Boleh tambah ais jika suka.



Selamat mencuba!

Wednesday, November 9, 2016

Nasi Lemak

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ia sangat sinonim dengan menu sarapan pagi kerana bahan2 seperti sambal, telur rebus, kacang goreng & bilis goreng boleh dimasak malam dan dengan itu mempercepatkan masa menyediakan sarapan untuk keluarga. Bangun pagi hanya masak nasinya saja. Jika nak lauk pauk yang lain itu terpulanglah pada citarasa masing2. Bagi MaDiHaA bila nak cepat, hanya nasi lemak biasa atau yang basic sajalah yang MaDiHaA sediakan untuk family. Jika teringin nak makan nasi lemak berlauk macam2, beli sajalah di gerai pagi2 tu bolehlah pilih pelbagai lauk atau jika nak masak sendiri, kena tunggu hujung minggulah jawapnya.. hihi..

Sekarang nasi lemak popular tak kira waktu. Pagi atau malam... ada saja dijual dimana2.

Jom masak nasi lemak!



NASI LEMAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 pot beras
3 1/2 pot santan sederhana pekat
2 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
2 helai daun pandan ~ simpul
garam secukup rasa

Cara menyediakan
1. Beras dicuci bersih kemudian toskan airnya. Terus masukkan santan, bawang merah & halia yang dihiris, daun pandan & garam. Kacau rata. Untuk kaedah rice cooker, tekan saja butang cooking & tunggu sehingga ia masak sepenuhnya. Aggaran selepas 5 - 10 minit butang rice cooker menunjukkan nasi sudah masak, gemburkan nasi lemak kemudian tutup kembali tutup periuknya. Sedia dihidangkan.
2. Untuk kaedah masak di atas dapur gas, selepas dicampurkan semua bahan2 masak seperti biasa sehingga santannya nampak agak kering terus tutup periuk dengan penutupnya & perlahankan api. Biar sehingga nasi tanak. Sejurus sebelum dihidangkan, gemburkan dahulu nasinya.
3. Hidang nasi lemak bersama sambal tumis, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur dadar/telur rebus/telur mata kerbau ikut kesukaan masing2.





SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Segendam besar ikan bilis ~ dikopek bersih
4 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu besar rata asam jawa biji ~ campur sikit air ambil jus
2 biji bawang besar ~ dimayang
Gula, garam & aji (jika suka) secukup rasa
1 cawan air
Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar
Sejemput ikan bilis ~ dikopek bersih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil rata belacan (agak2 jelah ye)

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing & ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (ini boleh menambah kesedapan sambal tumis) tumiskan bahan2 kisar & cili kisar sehingga terbit minyak.  Masukkan air asam jawa, gula, garam & aji (jika suka). Masukkan air & biar mendidih. Bila nampak sambal terbit minyak bolehlah masukkan hirisan bawang besar.  Ikan bilis yang digoreng tadi boleh jugak dimasukkan ke dalam sambal bersekali semasa masukkan bawang.  Boleh juga kalau tak dimasukkan bilis goreng & hidang bilis yang garing tadi berasingan semasa makan. Terpulang pada citarasa masing2.




Bahan2 Tambahan
Timun
Telur rebus
Kacang goreng
Bilis goreng

Selamat menjamu mata...!

Tuesday, November 8, 2016

Pengat Pisang Bersagu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Juadah yang tak pernah jemu disantap. Sememangnya apa saja juadah yang diperbuat dari pisang MaDiHaA tak pernah menolak. Alkisah dapat kiriman pisang raja dari bonda melalui adindaku. Masa terjadilah pengat pisang kegemaran ni. Bukan MaDiHaA je yang suka.. en. suami & anak2 pun suka. Hidang ketika panas atau sejuk, dua2 pun suka... Alhamdulillah di atas rezeki dari mu ya Allah...



Pengat Pisang Bersagu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat (atau secukupnya)
2 cawan air
3 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
2 keping gula nisan (ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam

Cara menyediakan
1. Masak air dalam periuk kemudian masukkan sagu yang dicuci bersih. Peroi2kan & kacau sekali sekala sehingga biji sagu kelihatan jernih.
2. Masukkan santan pekat secukupnya, gula nisan, garam & daun pandan. Kalau sentiasa sehingga mendidih supaya santan tak membuak.
3. Masukkan pisang yang dihiris serong. Kacau2 selalu agak2 pisang dah lembut bolehlah padamkan air & hidang.

Selamat mencuba!

Friday, November 4, 2016

Lemak Cili Api Daging Campur Betik Muda

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Bersua lagi setelah lama menyepi. Oh.. kenapalah mood update resepi masih ke laut lagi ni.. hehe.. Mohon maaf ye pada pengunjung blog Dari Dapur MaDiHaA kerana tiba2 tuan blog dilanda kemalasan nak update blog.



Hari ni terasa rajin edit gambar & taip resepi, jadi layankan jelah ye resepi biasa-biasa dari MaDiHaA.  Alkisah berkunjung ke rumah kakak ipar di Tapah, Perak baru2 ni, sempat lagi mengecek betik mengkal yang berbuah lebat rumah kakak ipar.  Separuh digulaikan dengan daging, separuh lagi dicelur cicah sambal belacan. Waduh2... mertua lalu belakang memang tak nampak dah la. Iyelah... kalau lalu belakang mana nak nampak kan? haha...





Lemak Cili Api Daging Campur Betik Muda

Bahan2
1 kg daging lembu ~ dihiris sesuka hati
1/2 biji betik mengkal (masih keras) ~ kopek kulit, buang biji & hiris sesuai selera.
1 biji kelapa ambil santan sederhana pekat secukupnya
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ dititik

Bahan Tumbuk Halus
2 inci kunyit hidup
25 biji cili padi (jika guna cili api yg merah berkilat tu... 5 biji pun dah pedas)

Cara menyediakan

1. Daging direbus sehingga agak lembut. Masukkan santan secukupnya serta bahan2 tumbuk, serai & asam gelugur. Tambah garam & didihkan sambil dikacau selalu supaya santan tidak membuak.
2. Masukkan hirisan betik & masak sehingga betik empuk. Sesuaikan rasa garamnya & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...