Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, January 13, 2012

Talam Pandan Kacang Merah

Assalamualaikum & salam sejahtera readers sekalian....

Jumaat datang lagi & syukur alhamdulillah masih dipinjamkan usia & masih dpt menghirup udara yang nyaman anugerah Allah S.W.T tanpa perlu kita membayarnya walau sesen pun... Betapa Allah S.W.T itu maha pemurah lagi maha mengasihani hambaNya... terima kasih ya Allah!

Oklah.. tak perlulah nak membebel panjang2 hari ni ye... sebab ada banyak lagi tugasan yang perlu ku siapkan... kita teruskan saja dengan perkongsian resepi untuk hari ini... Resepi ni ku ambil dari blog DJ@Dapurku Sayang. Sangat berkenan bila tengok Dayang tunjukkan tempohari tanpa berlengah terus print resepi. Kebetulan dalam peti ajaib kat rumah tu memang ada lagi stok kacang merah... keesokan paginya sebelum pergi kerja.. sempat ku rendam kacang merah.. Petangnya pulang dari kerja terus ku rebus kacang merah & sementara kacang empuk.. masak utk dinner dulu.. dah siap segala.. barulah godek2 buat kuih idaman ni.. hehe... 


Terima kasih buat penyumbang asal resepi iaitu Ratu Talam kita sapa lagi kalau bukan Yatie Sinar Kehidupanku... memang sedap talam ni... peminat kekacang mesti cuba buat kuih ni sebab rasanya sangat unik! Terima kasih juga buat Dayang yang berkongsi resepi di blog... mintak izin buat kedua2nya akak nak letak resepi kat blog akak pula ye.. mana tau ada yang nak  mencuba.. dipersilakan..
Talam Pandan Kacang Merah
Resepi : Yatiememories
Sumber : Dayangjack & MaDiHaA

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH 
(loyang 10x10x2@3inci) 
(MaDiHaA guna loyang bulat 10 inci sbb kukusan tak muat nak guna loyang 4 segi 10x10")
    1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk (rebus dulu baru sukat! MaDiHaA hampir tersilap sukat dulu baru rebus.... nasib baca semula resepi.. hehe)
    1 cwn air*(* di kisar bersama)
    1 1/2 cwn tepung beras
    2 cwn santan sederhana pekat
    2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
    1 cwn gula halus
    sedikit garam
    sedikit pewarna merah

CARANYA 
1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.  Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
5. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1 cwn gula halus
    2 biji telur
    1 cwn santan pekat
    2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan ~ MaDiHaA guna 7 helai daun pandan)
    secubit garam
    pewarna hijau (MaDiHaA tak guna sebab warna hijau daun pandan dah mencukupi)


CARANYA
1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
3. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dengan api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
4. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


Selamat mencuba!

34 comments:

Masya said...

MESTI SEDAPKAN TAK PERNAH BUAT KUIH TALAM MACAM NI.. WARNA PUN MERIAH....

KakAsma said...

nampak menarik talam nie,
lama tak menalam..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

InsyaAllah sedap Masya.. kalau sukakan jenis kekacang mesti akan suka punya.. rasa kacang merah tu mmg best!

adarnadzmie said...

jarang jumpa org jual talam kcg merah ni... nampak sedapp..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

saya pun lama tak menalam K.Asma.. hari tu nampak DJ tayang terus teringin nak menalam sbb kebetulan kcg merah mmg ada stok kat rumah..

~K Ham~ said...

dik...akak nak beli 3 ketui je....nah duit...beli ya dik...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memanglah Adar tak pernah nampak org jual talam kcg merah ni... sebabnya nak merebus kacang merah tu perlukan masa yang sangat panjang.. duit gas pun kena kira jugak.. hihi.. kecuali kalau ada pressure cooker bolehlah jimatkan penggunaan gas.. tp berbaloi sbb kuih ni sedap!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hahaha.. K.Ham buat lawak pagi Jumaat ye? yelah yelah.. saya jual ye kak... esok dtg lgi ye kak! hehe..

Roses_Leo09 said...

roses_leo09 akak hanim

eemmmm ......
belum rasa dah nampak sedap la ......

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Roses.. bila dah rasa nanti nak lagi... hehe..

Yatie said...

Assalamualaikum K.Madihah,
tq sudi mencuba kuih talam pandan kcng merah ni dan kena dngn selera akak...nmpk cantik dan licin je permukaan kuih tu..kemas je potongannya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

w'salam Yatie..
alamak! tuan resepi dah dtg.. hehe.. t.kasih ye Yatie utk resepi ni.. mmg akak suka & anak2 pun suka jugak.. akak mmg suka kacang merah ni.. sedap!

kakna said...

assalamualaikum
kakna dah nampak kuih ni cuma belum cuba lagi.rasanya tak susah sangat nampaknya.

tun_telani said...

tun x pernah buat talam! hehe.. xtau la nape.. maybe sbb adik2 tun kurang sket mkn ni. kt sini pulak duk 2 org je. mmg x habis nk makan. nk cilok yg akak je la 3 biji.

norlieharumaini said...

bestnya.. dah lama x buat.. masalahnya xde org nk makan.. akak berdua je..

Mama Gee said...

tak tahanlah masuk sini...makanan sodap2! huhu

nOOrsha said...

salam kak madiha...sedap nampak talam ni kak..gandingan warnenya pun cantik..potongan pun kemas... :) nmpak sedap ni... izinkn sy copy dulu resepinya ya.. buatnye x tau bile.. hehe :) tq kak

lena said...

hi ratna, this kuih looks so beautiful and neat, like the combination of flavours and colours!

Nieza said...

memang sedap kuih talam ni kan kak...saya pun dah buat jamu kawanx2 masa jamuan hari tu semua ckp sedap:)

suri solehah said...

tiap kali tengok potongan cantik je kuih talam..mesti saya tertanya-tanya..macamanalah cara nak bagi cantik gitu?

izahdaut said...

dari blog kak yatie..ke blog kak dj ke blog kak madiha saya menyimpan rasa je.. menjeruk rasa nak merasa kuih ni. hehe..dah le lawa kan. geram je nengok kuih ni. agaknya kalau buat time kenduri mesti orang teruja je nak menggigit kuih ni.lawa nya potongan

MULAN said...

haiyooo... saya sangat suka kuih talam.. tapi sokmo fail buat kuih talam.. rasa tahun ni nak buat sampai jadi lah..

anymz said...

akak pun teringin gak nak menalam..tapi kena tunggu hari cuti dulu..kalau buat skang ni tentu tak habis..:)

eh!..hehehe..mekaseh join contest ya diha..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

yelah kan kak.. buat time anak2 semua ada kat rumah baru la syok! sy ni buat bila2 masa je sbb lepas buat byk tempat nak diagih2kan.. anak2 masing2 berbekal pastu anto rumah makcik sikit, umah baby sitter sikit.. haa... selamat!

p/s: sama2 kak... mintak2 le ada rezeki sy.. hihi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Wa'alaikumsalam Kakna..
yelah kak.. dah ramai juga yg mencuba.. tak susah mana membuatnya kak.. nnt bolehlah Kakna mencuba ye..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tun.. akak pun jarang buat kuih talam.. kalau buat pun pilih jenis dari bahan2 yg akak suka mcm pisang, nangka or kacang merah ni.. barulah selera nak makan..hehehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul tu.. kalau berdua je nak buat pun tak berbaloi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mulan.. kira tu azam tahun barulah yer.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Izah.. akak laju membuat sbb kebetulan kacang merah memang ada stok dlm peti ajaib akak tu... kelapa parut pun ada dlm freezer.. tu yg laju buat tu..
ha.. buat time kenduri atau yasinan mmg seronok sbb tamu mesti teruja tgk kuih cantik & sedap pula di makan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Suri.. potongan cantik tu ikut je petua dalam resepi Kak Yatie tu iaitu gunakan pisau plastik.. insyaAllah.. mesti potongan cantik & licin...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nieza pun dah buat ye? memang best kan? hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Ala Mama Gee.... bukan selalu pun hidang yg sodap2.. sesekali aje.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Hi lena.. TQ dear... not only it's looks beautiful.. the taste is so nice dear.. you should try it one day..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

W'salam Noorsha... dah dua kata puji nampak sedap ni... nampaknya wajib kena buat ni Noorsha.. hehe.. tp mmg pun sedap.. takleh dinafikan lagi.. lagi2 pada yg suka pada rasa kacang merah tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com