Thursday, June 17, 2010

Kari Kepala Ikan Ala Mamak



Lama sungguh tak bersiaran. Tiada sebarang eksperimen terbaru.. hujung minggu baru ni pun takde kat rumah balik Raub rumah mertua kerana ada kenduri kawin sepupu belah hubby. Start cuti dari hari Khamis hingga Isnin.. Selasa baru masuk kerja. So jom layan resepi2 dari gambar2 yg lama ni ya....

Sesuai untuk mereka yg pentingkan kesihatan... tiada kolesterol kerana tak gunakan santan.... yang penting.. kari ni memang terangkat!!

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Sumber : Ana Elianas FP (TQ Ana!)

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh (MaDiHa guna 3 keping kepala ikan merah yg dah siap dibelah dua)
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHa guna 4 sudu besar kari ikan Baba's)
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh

Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit
garam secukup rasa

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHa guna dua2!)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba!

1 comment:

JaSSNaNi said...

salam k.madiha... :)
sihat?? hmmmm seronok cuti ye..
makan kenduri.. sedap lah.. dapat makan lauk
kenduri ni.. :D

sedappnye kari kepala ikan ala mamak tu.. yg nani nampak bendi tu.. alahaiii terliur dah...

nyumm nyummm... makan ngan nasi panas2.. sedor tak sedor aleh2 4 pinggan nasik.. muahahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...