Aku buat karipap pusing ni sebab ada sikit lagi lebihan inti utk karipap frozen yang aku buat sebelum balik kg tempohari. Disebabkan dah bertapa dalam peti ais beberapa hari.. tak sedap pulak nak guna utk karipap frozen utk dijual. Walaupun inti tu masih elok & sedap dimakan.. tapi kualiti & kesegaran inti nak kena jaga juga kan.. Jadi aku pun rajinkan diri buat karipap pusing untuk bekalan & sarapan pagi hari aku nak ikut rombongan hantar pengantin ke Negeri Sembilan hari Sabtu baru2 ni. Selain tu.. buat juga sandwich sardin. Alhamdulillah.. menjadi gak karipap pusing aku walaupun tak berapa cantik aku buat. Maklumlah.. dah lama tak buat karipap pusing. Ini merupakan resepi ke dua yang pernah aku cuba. Resepi yang ini memang puas hati.. Terima kasih pada Wila yang sudi berkongsi resepi ya.. Akak C&P resepinya kat sini.. mintak halal ye..
Sumber : Wila (http://familydishes.fotopages.com)
BAHAN A:
80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut)
60gm lemak sayur
BAHAN B:
150gm tepung gandum
1/2camb gula
1/2 camt garam
30gm merjerin
70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)
BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda. (tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)
CARA-CARA:
1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.
2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.
4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola.
5. Untuk mencanai kulit (SILA LIHAT GAMBAR DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN), masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.
6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.
7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi seperti dalam gambar.
8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak ini) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.
9. Habiskan semua adunan lalu bolehlah digoreng. Gunakan api yang kecil dengan minyak belum begitu panas semasa nak masukkan karipap.. kemudian (besarkan) gunakan api sederhana semasa menggoreng. Bila karipap dah masak.. kecilkan semua api.. angkat & tos karipap. Ulangi proses yang sama untuk karipap yang seterusnya. Gunakan api yang kecil semasa menggoreng adalah untuk mendapatkan kulit karipap yang cantik & licin & mengelakkan dari kulit karipap kasar & meletops2.
Selamat mencuba!
2 comments:
salam kak...
sedapp la nampak kipap pagi2 ni.. teringin rasa.. cam rangup jer.. fuhhh makan sambil minum air teh O pun sodapp..
OOO camtu gaya nye kalau kita nak wat kipap pusing yer.. nani tak tau.. sblm ni nani wat kipap kulit biasa je.. lenkali leh try ni.. kak dah bagi cara pembikinannya.. harap2 leh cuba.. :D
salam ..berbunyi perut nampak karipap pusing..
Post a Comment