Friday, August 30, 2013

Cara Berlauk II

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Esok cuti hari merdeka.. ramai agaknya yang sudah atau akan balik ke kampong lagi... pagi ni nak keluar hantar anak sekolah & pegi kerja jalan lengang!  Wahh.. bestnyer kalau boleh balik kampong lagi.  Tapi apakan daya... keadaan tak mengizinkan..

Oklah.. jom MaDiHaA kongsi resepi cara berlauk versi II ni.  Tak banyak beza pun sebenarnya.  Yang berbeza cuma warna & bahan taburan saja.  Kebiasaannya cara berlauk berwarna kuning.. tapi kali ni MaDiHaA tak gunakan sebarang warna serta tambah bawang goreng untuk bahan taburan.  Kalau suka boleh juga tabur daun sup atau daun bawang ye.  Tapi MaDiHaA tak letak sebab takde stok.




CARA BERLAUK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
bawang goreng secukupnya

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!

11 comments:

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. tun jenis yg suka mkn cara manis.. tp xpenah wat sendiri..

Fazleyatul Aini said...

faveret! dah lama tak buat. kene cari balik mana lah saya sumbat acuan dia hihihi

Bbwana adienia said...

salam kak..

sya suka makan kuih cara berlauk ni..sedap..

Qhaifa Nur said...

nampak comel tapi sedap kan kak madiha...

Mieza said...

Kak Madiha, hmmm sedapnya cara berlauk tu..teringat memakannya utk berbuka bulan ramadhan yg lepas..mieza terlebih garam hahaha

Phong Hong said...

Sedap juga cara berlauk. Biasanya PH suka yang manis :)

ieda immi said...

sedapnyee akk
dah lama saya x buat ..
hurmm nanti leh tiru resepi akak ;)

rahel said...

Banyak lauknya...suka banget....teringin nak rasa.

lieyalatif said...

lieya mmg suek care berlauk ni kak...payah nak cari yg betul2 sedap skrang nieh....nak buat takde acuan plak...kalo tak dah cube dah resepi akak nie...

kalo akak nak tau lieya byk dah try resepi akak nie....ahad aritu tiru mee kari akak....mmg sedap...

Jumria Alimuddin said...

salam...
thanks kongsi resepi ni...
kenal cara berlauk ni last yr time ikut kelas masak...tp pintarnya sya x amil resepi....hehehe

ALoNa CintamaniszLite said...

penah tolong kak ipar buat cara berlauk utk tempahan dari dewan makan sebuah sekolah berasrama penuh kat tepen ni..jenoh jgk ler sbb acuan ada 2 bijik aje sbb guna dapur pun 2 bijik, hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...