Saturday, August 3, 2013

Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum....


Tayang lauk bersahur yang tak ingat bila.. Dah buntu tak tahu nak masak lauk apa dah untuk bersahur.  Padahalnya kat rumah MaDiHaA masak lauk memang untuk sahur je sebab untuk berbuka puasa kami lebih suka berbuka dengan makanan lain selain nasi putih.  Sesekali je berbuka dengan nasi putih.. Entahlah.. tekak lebih suka berbuka dengan yang simple2.. mungkin disebabkan kesuntukan masa untuk masak lauk pauk pada hari bekerja.. & yang kedua.. sebab anak2 & suami pun lebih suka makan makanan macam tu.. sebab tu menu iftar kami dok rotate samada mee, bihun, nasi goreng atau jemput2.. sempoi je kan? 

Sebenarnya dah lama MaDiHaA dapat beberapa biji telur itik pemberian jiran.  Dok simpan dalam peti sejuk sayang nak guna sebab kononya nak simpan untuk buat akok.  Masa balik kg hari tu ingat nak ambik acuan akok tembaga kat rumah ma sebab ma memang tak pernah pakai.  Rupa2nya jiran sebelah rumah ma baru je pinjam acuan tu sebab dia nak buat kuih akok & nekbat.  Abis tu.. takkan la MaDiHaA nak pegi minta dia pulangkan pula sebab dia pun baru je pinjam & belum pun buat lagi kuihnya.. Kesudahannya.. cancel terus projek akok sebab tak dapat acuan.. hehe.. Jadi bila balik PJ.. telur itik ni teruslah jadi lauk nasi.. hehehe.. sukalah en. suami sebab gulai telur itik gini memang feberet dialah ni... MaDiHaA gandingkan dengan belimbing buluh yang dibawa balik dari kampong tempohari..


Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji telur itik
10 biji belimbing buluh muda ~ dibelah 2
3 cawan santan sederhana pekat
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk
8 biji cili padi merah
1 inci kunyit hidup



Cara menyediakan
1. Jerang santan bersama bahan tumbuk hingga mendidih sambil dikacau selalu.
2. Perlahankan sedikit api. Pecahkan telur itik satu persatu kemudian masukkan belimbing buluh, garam & serbuk perasa. 
3. Biarkan hingga telur membeku & gulai secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

12 comments:

tun_telani said...

Salam kak madiha.. dh lama tun x makan telur itik masak lemak nih.. kalau jumpa telur itik pun, yg dh jadi telur asin.. huhu....

ALoNa CintamaniszLite said...

sedapnya...
masa majlis tahlil malam pemergian arwah mak sy tahun lepas..ada menu ni. Tp sy tak sentuh menu ni sbb yg masak tu orang yg sy ragu2 dgn niat dia..mm..

mama sara nur said...

Assalam k madiha
Selamat hari raya maaf zahir batin

Feberet asben,telur itik selalu sil kat Pilah tu masak

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

selamat hari rata dan maaf zahir batin kak..

HomeKreation said...

Salam Madiha. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.

Qasey Honey said...

slm Kak Madihaa..
nmpk sedap tu..tp syg QH xmkn..hihi..
slmt hari raya buat akak sekeluarga

ieda immi said...

fuh ! suke lemak tuu .. tapi x lalu kalau saya dgn telur itik .. huhu
rtamai cakap sedap .. rasanya nanti saya kena cuba juga ;)

kakak ! salam lebaran ye ;)

Ayu said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat Ratna & family ya..
lemak telur itik sedappp..

K.Nor said...

sedap ni.. pekena nasi panas2, ada ulam, ada ikan goreng.. mmg best :)

selamat hari raya ratna, tak balik beraya kat ganu ke :)

Honey Kartina said...

Nampak sedap resepi nii.....rasa terliur,nak cubalah

m.u.l.a.n said...

sedaaappppp gerenti...!!!

Ruzidah Abdullah said...

lunch semalam dah masak gulai telor itik..guna resepi kat sini..hihi..thanks..
My Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...