Thursday, August 1, 2013

Iftar Day 14, 15 & 16 ~ Puding Karamel Idaman, Donut & Bihun Goreng Putih

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sementara ada masa sikit ni.. cepat2 update entry tertunggak iftar kami yang seterusnya.  Just for fun only... hehe.. untuk kenang2an je..

Iftar hari ke 14 kami.. alhamdulillah dapatlah buat kuih muih yang teringin nak makan.  Kebetulan hari Selasa tu sejak malamnya lagi Alin tak berapa sihat.  Demam pulak jadi terpaksa MaDiHaA ambil emergency leave.  Alin yang tak sihat tu.. ubat dah bagi.. kejap kebah, kejap panas... bila tanya adik boleh ke tinggal dengan mak (panggilan pengasuhnya). Katanya dia nak tinggal dengan ibu. Jadi terpaksalah MaDiHaA cuti hari tu.  Punya tak larat sampaikan MaDiHaA nak pegi hantar abangnya pegi sekolah pun dia taknak ikut & sanggup tidor kat rumah sorang2 sementara MaDiHaA balik ke rumah semula.  Kebetulan ayahnya pun kerja shift siang.  Tawakkal ler tinggalkan dia sekejap kat rumah sebab MaDiHaA perlu keluar juga untuk hantar abangnya ke sekolah walaupun MaDiHaA ambil emergency leave hari tu.. Sebab dia sendiri yang kata dia berani dok sorang2 kat rumah.. MaDiHaA pun tinggalkanlah juga.  Maklumlah.. kalau dia ikut.. nanti kena menapak dari rumah ke parking kereta yang agak jauh. Dahla dia tak sihat. Biasalah kan tinggal rumah apartment gini manalah nak dapat parking dekat2 macam tinggal rumah teres, banglow atau rumah kampong.. parking kereta kat halaman rumah atau depan pintu! hehe...


Masa nak keluar pagi tu suami belum pegi kerja lagi.. lebih kurang setengah jam MaDiHaA keluar barulah suami keluar ke tempat kerjanya pula.. lebih kurang setengah jam ayahnya keluar.. barulah MaDiHaA sampai ke rumah semula.  Jadi dalam tempoh 30 minit jelah dia keseorang kat rumah.. Tak sedar apa pun.. dia cakap dia tak sedar pun ayah keluar kerja.. Masa MaDiHaA sampai rumah pun dia masih tidor lagi.. Oleh sebab cuti hari tu.. MaDiHaA pun godeklah kuih idaman hati.. hehe.. antara yang sempat dimasak untuk iftar hari tu ialah Puding Karamel Idaman resepi dari Kak Nor, Donut Lembut resepi Hasue & Bihun simple resepi campak2 sendiri.  Resepi bihun tu lain kali jelah ye.. sebab malas nak bersukat masa masak... main campak2 je.. jadi tak syokla nak bagi resepi agak2 kan.. walaupun simple.. tapi kalau sebut je bihun memang anak2 suka..

Kepada semua empunya resepi yang MaDiHaA dah cuba ni diucapkan ribuan terima kasih.  Minta izin dikongsi di blog MaDiHaA pula ye...



PUDING KARAMEL IDAMAN
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.




Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.

*****




DONUT
Resepi : Hasue@Myresepi
Sumber :Yatiememories & MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin/butter
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


 *****
  
Iftar kami hari ke 15.. MaDiHaA dah kerja hari tu.. sebelum balik sempat ambil bubur lambuk kat rumah makcik.  Makcik bagi sikit kek lobak merah yang anak daranya buat (my kazenlah tu).. alhamdulillah rezeki hari tu.  Pastu sampai rumah sempat juga MaDiHaA goreng nasi sempoi & panaskan donut frozen yang dibuat hari semalam tu.  Ada 3 biji lebihan cucur udang yang adik buat kat kampong tu.. MaDiHaA panaskan semula.. alhamdulillah.. tiada pembaziran.. hehe..  Untuk iftar hari ni.. takde resepi ye.. just update utk kenangan je...

*****

Iftar hari ke 16 kami.. Hari ni MaDiHaA ambil cuti half day sebab perlu jemput anak dara kat stesen bas Pekeliling KL yang baru balik dari asrama sempena cuti Nuzul Quran.  Hari Khamis tu kakak Dini lepas sekolah terus balik naik bas dengan rakan2nya di asrama.  Tak semua yang dibenarkan balik sebab minggu tu bukan minggu wajib balik bagi murid di asrama.  Hanya murid yang lulus atau lepas peratus yang ditetapkan saja yang dibenarkan balik.  Yang tak lepas peratus dalam peperiksaan terpaksa tinggal di asrama saja walaupun ada cuti 3 hari minggu tu.  Kakak Dini bukan main teruja nak balik berpuasa & berbuka dengan famili.. maklumlah sejak berpuasa belum sempat sekalipun berbuka dengan kami.  Cuti minggu pertama puasa hari tu.. dia balik rumah opahnya.  Kali ni katanya tak boleh tidak dia nak balik PJ juga.. hehe..  rindu gamaknya dengan masakan ibunya yang sempoi ni.. haha.. Menu menyambut kepulangan anakanda dari asrama.. masih lagi dengan menu sempoi juga.. hahaha... ibunya takde mood sangat nak beria2 masak untuk berbuka.. ala kadar sajalah.. ikut kemampuan sendiri.. Menu sempoi tapi dilebihkan sikitlah sebab dah bertambah sorang lagi ahli yang nak berbuka.. Sempat MaDiHaA masak bihun goreng putih, sempat juga gorengkan karipap kentang lobak merah yang MaDiHaA frozenkan tempohari.  Masih ada sikit baki puding karamel & juga kek lobak merah pemberian tokcunya.. (rezeki kakak lah tu).

Oklah jom MaDiHaA kongsi resepi bihun goreng putih ni.  Resepi yang dicuba dari dapur Kak Ayu di Singapore yang sangat rajin memasak & mencuba pelbagai resepi yang sedap2.  Resepi kali ni MaDiHaA masak ikut bahan yang ada dalam peti sejuk aje... sebenarnya ada kejadian sedih masa nak goreng bihun ni tau... ralat sangat2.  Sepatutnya ada baki daging batang pinang sebanyak 200 gm yang kononnya MaDiHaA nak masak dengan bihun ni.. cari punya cari dalam freezer tk jumpa2.  Barulah MaDiHaA ingat.. rupanya MaDiHaA sendiri yang dah terbuang ke tong sampah.  Waktu tu sessi pembersihan peti sejuk.. ingatkan bungkusan dalam plastik kecik dalam freezer tu lemak & kulit ayam (MaDiHaA memang kumpulkan lemak & kulit ayam letak dlm plastik & punjutkan & letak dalam freezer dulu sebelum buang sekiranya sampah dalam plastik kat dapur belum waktu untuk dibuang.. lemak2 & kulit ayam tu MaDiHaA akan frozenkan dulu.. tujuannya supaya sampah tak berbau dibiarkan 2, 3 hari sebelum dibuang. Sebab plastik sampah tu besar jadi ambil masa 2, 3 atau 3, 4 hari juga untuk dibuang. Itulah masa buang tu memang tak ingat langsung yang dalam tu ada daging batang pinang.. alahaiiii.. ralatnya tak sudah dahla harganya mahal.. sabar jelah.. lain kali kena berhati2.. hehe) Oleh sebab daging batang pinang dah terbuang dek kenyanyukkan diri sendiri.. maka terpaksalah diganti dengan hirisan ayam aje..

Terima kasih Kak Ayu untuk resepinya ye..




Bihun/Mee Hoon Goreng Putih II
Tried & Tested:Ayu@curlybabesatisfaction  

Sumber : MaDiHaA aka Ratna 

Bahan:-
1 1/2 bungkus mee hoon(400g-600g)
7-8 ulas bawang putih-dikisar
6 ulas bawang kecil -  dihiris
300-500 gm daging lembu (dipotong nipis dan rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk simpan airnya) (MaDiHaA ganti dengan isi ayam)
10 ekor udang sederhana besar (takde stok)
4 ekor sotong sederhana besar
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi
sedikit taugeh
beberapa titik minyak bijan
1-2 sudu makan sos oyster
1-2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan lada putih serbuk
garam & serbuk  perasa
bawang goreng
cili jeruk (klik kalau nak recipe)


Cara:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga naik bau, masukkan bawang putih kisar..Kemudian masukkan,fishcake dan daging rebus.Kacau sebentar lalu masukkan sotong dan udang. Bubuh sedikit air rebusan daging.Masukkan sos oyster, minyak bijan, kicap cair, garam, serbuk perasa dan kacau rata.

Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, .Sesuaikan rasanya mengikut citarasa.Gaul sehingga rata. dan masukkan mee hoon. Kacau lagi dan masukkan sayur2 dan taugeh.Gaul rata dan taburkan bawang goreng dan ratakan.  Matikan api dan siap untuk dihidang.

Saya suka hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng lagi dan lada jeruk cili padi.

Selamat berpuasa buat semua...

10 comments:

Fazleyatul Aini said...

aaaa keliur lambat lagi nak berbuka ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya tengok semua makanan diatas tu Madiha ;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya tengok semua makanan diatas tu Madiha ;)

Qhaifa Nur said...

sedapnya kak puding dengan mee hon tu...

rahel said...

Semuanya sedap sedap.....karipap...meehon goreng dan lain lain...hehe

adda syuhada said...

Rajinnya akak....tp berbaloi kan bila masak sendiri..

Delima Zamrud said...

Ermm menarik nyer juadah berbuka isk isk isk kalau dpt tumpang sepinggan kan best...

Amie said...

Ramadhan kali ini Amie tak punya banyak masa untuk kongsi resepi di dapur. Suka semua juadah yang Madiha kongsikan... teringin nak makan mee hoon gorteng putih tu, sedapnya!

norhidana miswan said...

syoknyer nengok menu iftar akak... mcm2 ada, sumenyer sedap2 belaka lak tu...

tun_telani said...

Salam kak.... semoga suami akak cepat sihat. byk cubaan nk raya ni kan.. semoga ujian yg diberikan lebih mendekatkan diri kita pada Nya, insyaAllah..
tun dh lama plan nk mendonat, tp x menjadi2 donatnyer. huhu.. kalau smp umah lmabt tun pun akan goreng mee atau nasi jugak ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...