Tuesday, August 20, 2013

Sambung sikit lagi ya.. Iftar Day 18 kami yang istimewa... bergathering lagi..

Assalamualaikum & salam Syawal buat semua rakan2 muslimin & muslimat sekalian.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung yang beragama Islam yang masih sudi melawat Dapur MaDiHaA yang sunyi sepi ni ye... Mohon maaf zahir & batin jika MaDiHaA pernah melakukan apa juga kesalahan & kesilapan sepanjang berblog maupun di alam nyata.  Lama sungguh mood nak update blog ni nak datang semula setelah lama bercuti raya.  Gitulah sokmo2 pun lepas raya.. mesti malas yang amat nak update cerita.. hehe..

Orang lain meriah bercerita pasal raya.. MaDiHaA masih lagi nak sambung menu iftar.. hehe.. Okay.. maybe ini yang terakhir la kot.. sampai hari ke 18 je.. sebab beberapa hari selepas itu... iftar kami agak kelam kabut disebabkan terjadinya perkara yang tidak disangka2 iaitu pada 20 Ramadan... Ujian dari Allah s.w.t terhadap kami.. tapi kami redha dengan ketentuan ilahi.. Yang tu.. lain kali MaDiHaA cerita jika diizinkan ye... sebab sekarang ni gambar2 masih berada dalam handphone.. handphone pulak sejak pagi tadi bermasalah.. entah apa yang tak kena.. tiba2 hang tak dapat nak on. Jadi terpaksa MaDiHaA tukar ke nombor lain untuk sementara bagi memudahkan customer menghubungi MaDiHaA.  Itupun.. hanya valid untuk selepas waktu kerja iaitu malam ye sebab tumpang no en. suami.. hehe..

Kali ni hanya berkongsi gambar2 Iftar Day 18... resepi-resepi yang lain akan menyusul selepas ini jika diberikan kelapangan.. insyaAllah.  Gambar2 raya pula tak dapat nak janji boleh update ke sini atau tidak sebab semua gambar masih dlm hp & selagi hp tak boleh nak berfungsi normal selagi tu lah gambar2 tak boleh nak transfer ke PC.. hmm... sedih..

Antara menu iftar kami pada 18 Ramadan di rumah makcik..



Kebetulan kakak Dini pulang dari asrama sempena cuti Nuzul Quran.. makcik ambil kesempatan menjemput anak2 sedaranya berbuka kat rumahnya.  Maka berpot luck la kami.. Makcik sediakan menu utama iaitu Nasi Beriani, Kambing Beriani, Ayam Masak Merah & juga pencuci mulut air tangan sepupuku (anak makcik) iaitu Cheese Cracker (ada juga yang panggil Cheesekut hehe..) & Carrot Cake.  Sepupuku Ida Marlida pula masak Pajeri Nenas.. manakala MaDiHaA sendiri sediakan 2 jenis kuih iaitu Cara Berlauk & Kuih Belimbing.  Kejadian kuih belimbing tu gara2 teringin sangat bila Tun Telani berkongsi resepi.  Terima kasih ye Tun.  Untuk resepinya nanti MaDiHaA kongsikan di lain entry.

Nasi Beriani yang sedap... air tangan makcikku Sujah..


Kuih Cara Berlauk & Kuih Belimbing yang ku bawa...

Terima kasih Sujah & anak2.. seronok berbuka beramai2 gini tau... tapi maafla.. hanya snap gambar makanan.. takde gambar orang2 yang menjayakan gathering ni.. hehe... almaklum masing2 free hair.. biasalahkan.. dah rumah makcik sendiri... buat macam rumah sendiri la juga.. hehehe...

Sekian...


15 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kak. faveret tu pajeri nenas

Obat Sakit said...

nikmat n sedap sedap mbak...

Zarina Ibrahim said...

ada resepi kuih belimbing ke dalam ni....Nampak menarik sangat....:))

tun_telani said...

whoaa.. meriahnyer menuuu... terliur nih.. lagi2 nmpk pajeri nenas tu, mmg feveret tuh..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meriah betul iftar...hendaknya Makan ramai 2 lagi bestkan.

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

uiyoo..semua menu tu sedap2 la kak..selamat hari raya dan maaf zahir batin ya kak..

Lieya Von Jay said...

sedap2 semua makanan yg kat atas tu..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedap2 juadahnya tu...seronok berbuka puasa beramai2kn...

Delima Zamrud said...

Meriah nyer menu best nyer dpt berkumpul ramai2 kan akak :)

lieyalatif said...

selamat hari raye kak...maaf zahir dan batin....

kak, lieya jakun tgk kuih belimbing tu...pestim tau n tgk kak.....nampak menarik...

owh my!! cara berlauk mmg peberet lieya kak.....cara manis pun lieya suke gak.....hehehehehe

norhidana miswan said...

nengok sambil ngences@ meleleh air liur ni kak oi.... perkh

Salmi Khairil said...

kuih belimbing tu kuih apa kak?

Gee® said...

Wow! sedapnyaaaa....

zana fahmi said...

Handphone buat hal mmg boleh stress jadinya. Mcm kakpb ni semua dlm s3, leceh nk transfer ke pc. Tu yg jarang update.

ALoNa CintamaniszLite said...

seronoknyaa..
kitorang kalo ramai2...jarang buat buffet tersusun mcm ni. selalunya ikut dan aje, hoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...