Thursday, August 29, 2013

Mohon maaf pada customer.. handphone MaDiHaA baru keluar 'hospital'...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Image : Credit to google

MaDiHaA nak mohon maaf banyak2 pada customer yang membuat panggilan maupun sms melalui nombor handphone yang MaDiHaA letakkan dalam minggu lepas & minggu ni kat side bar tu ye.  Sebabnya.. baru2 ni handphone MaDiHaA mengalami sedikit kerosakan. Jadi terpaksalah dihantar ke pusat servis sebab masih under warranty.  Untuk sementara waktu.. MaDiHaA terpaksa tumpang no en. hubby untuk memudahkan customer menghubungi MaDiHaA untuk sebarang pertanyaan. Sebab tu (no. baru) sebelum ni MaDiHaA ada tulis hanya call/sms MALAM SAHAJA.  Jadi pada customer yang ada membuat panggilan atau sms waktu siang tidak mendapat jawapan yang sepatutnya tu... harap dimaafkan ye.  Biasanya en. hubby akan jawap "tunggu 8 malam baru kakak dapat jawap".  Kebetulan dia pun sedang berehat (MC) lagi kat rumah hingga 23/9 depan.. jadi.. takdelah mengganggu kerja dia bila ada org call/sms. Tu yang tumpang hp dia utk sementara.

Alhamdulillah.. malam tadi baru MaDiHaA pegi collect hp tu kat Samsung Service Centre kat Sunway Piramid. Alhamdulillah.. masih boleh diperbaiki & mengikut kata dorang.. software problem.  So sekarang MaDiHaA telah menukar semula nombor handphone sendiri untuk memudahkan customer menghubungi MaDiHaA.  Terima kasih pada en. suami yang membenarkan MaDiHaA pinjam nombor hpnya utk seketika.. harap lps ni takde yang mengurat dia dah la ye... hehe... gurau jer..

Sepatutnya MaDiHaA buat entry ni semasa handphone masuk 'ward' hari tu... tapi tu lah.. tak terfikir la pulak.  Tapi bila ada customer yang sms siang & MaDiHaA jawap malam tapi customer tu terus senyap tak jawap2 tu... terfikir pulak mesti customer kecik hati sebab MaDiHaA jawap lambat (sedangkan MaDiHaA dah tulis call/sms MALAM SAHAJA). Tu yang terus terfikir nak buat entry ni UNTUK MOHON MAAF PADA CUSTOMER JIKA ADA YANG TERASA ye.  Harap semua memahami situasi & masalah MaDiHaA baru2 ni. InsyaAllah lepas ni dah boleh hubungi terus MaDiHaA menggunakan nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan.

Terlanjur cerita pasal handphone ni.. MaDiHaA pun nak ambil kesempatan ni untuk mohon maaf juga pada sesiapa saja terutama customer sebab sebelum2 ni..  banyak kali juga customer menerima sms/mms yang entah apa2.  Tu semua kerja si kecik bambam MaDiHaA yang sukaaaaaaaa sangat menggodek main handphone ibunya ni.  Mula2 katanya nak main games.  Tapi last2 nanti bila MaDiHaA periksa kat sms... adalah yang dia hantar entah apa2 sms/mms/invite/video yang dia rakam sendiri kat nombor sesuka hati dia.  So kalau ada tersesat sms/mms/invite/video dari nombor MaDiHaA tu harap maklumla ye.. tak lain tak bukan kerja anak MaDiHaA la tu.. Ni kes handphone rosak ni pun.. dialah juga punya angkara.. main sampai jem! Sabar jelah.

Oklah.. terima kasih pada semua yang masih sudi menempah kuih muih dengan MaDiHaA. Ada yang terpaksa ditolak tu harap jangan berkecil hati ye.

4 comments:

Qhaifa Nur said...

lega hp dah ok kak...

tun_telani said...

hahahha.. biasa la budak2, suka spam hp.. anak sedara tun yg 4 tahun baru belajar hntr voice mail guna wasap.. haaa.. penuh ngan suara dia xtau duk citer apa dlm wasap group family tun. hihi

ALoNa CintamaniszLite said...

kak...sy tak perasan ke...atau akak mmg tak buat cerita psl suami akak tu sakit apa?? kemalangan apa?? leh citer kat sy tak?? utk akak kongsi citer, hehe..

Cinta Misteri said...

owhhhhh.....berjualan kuih yaaaa..padanlah byk resepi yg indah molek enak mengancam disini. u r good, tk lokek resepi, semua bgaikn boleh buat srndiri, tp...rezeki Allah yg bg, walaupun resepi boleh godek2 disini, org ttp cari nak beli.

hp masuk ward kejap je...
hati customer perlu dirawat juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...