Monday, August 26, 2013

Mee Sup Bebola Ayam

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kongsi resepi Mee Sup yang ringkas ni ye.  Kalau masak jenis2 sup macam ni.. memang kegemaran MaDiHaA & anak2. Lebih2 bila ditambah cili kicap tu.. memang bertambah2 makan.  Sebenarnya ini menu berbuka kami yang lalu.. tak sempat nak kongsi resepi kat sini lagi..


Mee Sup Bebola Ayam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
2 bungkus mee kuning (450 g x 2)5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1 inci halia ~ dihiris halus memanjang
2 keping isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ dipotong dadu
500 gm bebola ayam
3.5 liter air
1 kiub ayam knorr
1 kiub sup bunjut knorr
1 sudu besar serbuk lada hitam (yang dikisar/tumbuk sendiri)  1 sudu kecil serbuk lada sulah

1/3 kobis saiz sedang ~ dihiris

4 pokok sawi ~ dipotong
garam secukup rasa 
minyak untuk menumis 
Bahan sampingan
Sambal cili kicap (30 bj cilipadi + 2 ulas bawang putih = tumbuk + kicap manis + 1 s/k gula)
bawang goreng
daun sup (jika suka)



Cara penyediaan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah, bawang putih & halia sehingga wangi.  Masukkan isi ayam & kacau hingga isi ayam berubah warna. Masukkan air, kiub ayam dan kiub sup bunjut & biarkan sup mendidih.
2. Bila mendidih masukkan bebola ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan sup merenih sebentar.
3. Masukkan kobis & sawi & masak seketika & pastikan kuah sup secukup rasa.  Hidang mee bersama sup serta bahan sampingan.

Selamat mencuba!

10 comments:

kak ina kl (1) said...

selamat hari raya madiha...
wah anak dah sama besar dengan mak..happy birthday Dini..semuga berjaya di dunia dan akhirat

lieyalatif said...

fuh kak...dugaan buat lieya yg puase ni kak...terbayang2 ni dok hirup dgn sambal kicap ni hehhheeheh....

Fazleyatul Aini said...

saya pon buat mee sup pakai ball ayam pagi tadi. tapi takde cili padi dalam esbok, kureng sket kick nya huhuhu

Qhaifa Nur said...

anak2 cukup suka sup kak...
sebab tu nur rajin masak...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya akak tengok mee hoon sup tu Madiha... boleh cuba ni ;)

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

sedapnya makan sup..memang layan la kalau makan..

Mamasya said...

Salam Syawal Ratna

maaf lama tak singgah ke mari.
sedap mee sup gini...tambah ada sambal kicap.
happy belated buat k.Dini. moga menjadi anak yg soleh dan berjaya. mmg tinggi k.Dini....padan jadi pemain netball.

norhidana miswan said...

sapa tak suke mee sup nih kak oi... udahla sedap, segar simple lak nk bt nyer... mmg wajib ada sambal kicap baru lah kick kan

ALoNa CintamaniszLite said...

uii...simple jer buat dia kan kak.
kalo ada bahan kat umah..bila ada tetamu yg tetiba2 dtg...leh ler buat mende ni utk hidangan..

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...