Seronok hujung minggu lepas dapat pulang ke kampong mertua & berbuka bersama2. Balik kampong kali ni... anak dara kat asrama pun dapat balik juga.. jadi kami berkumpul kat rumah opahnya jelah. Menurut kata kakak Dini bulan puasa ni tiap minggu boleh balik. Tapi oleh kerana bulan puasa dia malas nak balik KL... tak larat. Jadi kami pesan suruh dia balik rumah opahnya ajelah tiap minggu naik bas. Belajar2 berdikari... Kalau tak sebelum ni pakciknya yang jemput. Hari ni katanya ada kawan nak ikut.. jadi bolehlah jadi teman dia naik bas ke rumah opah nanti. Taklah takut sangat sebab pertama kali nak tahan bas kan. hehe.. Harap2 semua selamatlah. Tak jauh pun asrama dia dengan rumah opahnya.. dalam 15 ~ 20 minit je dengan kereta.
Balik kampong baru ni.. mertua request nak makan kuih Lompat Tikam. Memang dah jadi kebiasaan kalau kat kampong bab kuih muih ni memang MaDiHaA la yang kena prepare. Bukan kat rumah mertua je.. rumah ma sendiri pun sama.. tauke kuih katakan... hehehe.. gurau je.. Nasib baik dalam kepala masih ingat sukatan & nisbah untuk kuih lompat tikam tu... Alhamdulillah jadi jugak lompat tikam ku. Maklumlah.. buat pun setahun sekali kan..
Oklah kongsikan kat sini resepi kuih Lompat Tikam versi Terengganu ye. Bezanya tak banyak.. kalau vesi Kelantan ada pulut tawar yang warna merah tu. Versi Terengganu memang takde. Dari segi rasa tak banyak beza pun sebab pulut tu tawar je kan. Dua2 pun sama dimakan dengan air gula merah atau gula kerek atau gula nissang. Sukatan resepi kat bawah ni MaDiHaA dah kecilkan dari resepi yang MaDiHaA buat kat kampong baru ni. Resepi kat bawah ni muat untuk satu loyang 8 atau 9" rasanya. Masa kat kampong baru ni MaDiHaA buat double resepi ni.. maklumla umat ramai kan... seronok betul berbuka ramai2 ni..
Lapisan bawah
Kuih Lompat Tikam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepong beras
sedikit air kapur sederhana pekat (dalam 1 sudu kecil)
3 1/4 cawan air daun pandan (dari 8 helai daun pandan dikisar dengan 2 ~ 3 cawan air ~ jika tak cukup sukatan air 3 1/4 cawan tadi.. tambah je dengan air paip)
Bahan Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepong beras
4 1/3 cawan santan sederhana pekat/kepekatan biasa
1 1/2 sudu kecil garam
Air gula
Gula merah/gula kerek secukupnya
air secukupnya
1 helai daun pandan
Cara menyediakan
1. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata & tapiskan. Masak di dalam kuali atau periuk dengan api sederhana dengan sentiasa dikacau sehingga pekat & berkilat menandakan bancuhan telah masak.
2. Tuangkan ke dalam loyang & ratakan.
3. Bancuh bahan lapisan atas hingga rata & tapiskan. Masak seperti lapisan bawah tadi dengan sentiasa dikacau sehingga bancuhan menjadi pekat & berkilat. Tuang di atas lapisan pertama tadi & ratakan. Biarkan kuih sejuk & beku. Boleh juga jika nak masukkan dalam bekas kecil2.
4. Masak gula merah atau gula kerek dengan air secukupnya. Tapiskan.
5. Potong kuih tadi & letak dalam mangkuk hidangan. Tuangkan air gula sebelum dihidangkan.
Nota MaDiHaA : sengaja MaDiHaA buat lapisan atas lebih sedikit dari lapisan bawah sebab MaDiHaA lebih suka bahagian putih yang lemak2 tu. Jika suka nak buat sama tebal.. boleh ikut sukatan seperti bahagian bawah untuk lapisan atas tu ye.
Selamat mencuba!
8 comments:
Sedapnyaaaaa....x pernah buat sdri..nnt blh cuba...
air gula merah tu saya suka simpan dalam peti
nak makan tuang
sedap sejuk2
Assalam
Seronoknya dpt berbuka kat kg
Huhuu teringin tp apakan daya
Duk ingat dulu2 berbuka ngan family
Lompat tikam dulu2 x reti mkn skrg suka dah
Lebih kurang bubur som som kan
Sedapnya kak..
Salam kak madihaa.. untung kak dini sekolah dekat ngan umah opah dia. tun suka mkn lompat tikam nih.. biasa byk jumpa time balik kt kat KB, tp mmg pulut tun tolak tepi xde org makan. hihi.. tekak ganu kan..
BERAPA LAMA BOLEH TAHAN KUIH NI YER??
wah perlu di coba nih, makanan favorit aku ini
regard
resepi kuih
Post a Comment