Wednesday, October 15, 2014

Overnight Oats With Chia Seeds & Mango



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda pernah dengar overnight oats?  Dah biasa dengar ye? Ada yang tak pernah dengar ke? Samalah kita... Sebelum ni memang tak pernah dengar... pertama kali dengar & tahu pasal overnight oats ni bila diperkenalkan oleh saudara kat dalam facebook.  Teringin pula nak mencuba tambah2 bila dapat tahu penggunaan bahan untuk overnight oats atau oats bermalam ni kaya dengan bahan2 yang berkhasiat.

Salah satu bahan utama yang baik untuk kesihatan ialah oats dan chia seeds.  Jika sebut oats ramai yang dah tau khasiatnya kan.  Jadi tak perlu nak diceritakan lagi.. Tapi bila sebut chia seeds, tentu ramai yang belum begitu maklum.  MaDiHaA pun sama juga.. Dapat tau kewujudan chia seeds ni pun bila officemate yang perkenalkan.  Katanya bagus untuk orang yang diet.  


Bila google dari internet mengenai chia seeds pula.  Wahhhh! Teruja sangat bila dapat tau yang chia seeds ni rupanya satu makanan yang sangat menyihatkan & boleh dikatakan superfood!  Tambahkan saja 1 sudu besar chia seeds dalam minuman anda atau apa saja makanan yang dirasakan sesuai... ianya memberikan anda nilai calcium melebihi 1 gelas susu, lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan salmon & lebih antioxidants berbanding buah bluberry.  Selain dari itu.. chia seeds memberi rasa kenyang apabila di ambil sama seperti kita ambil oats.  Pendek kata chia seeds ni memang makanan berkhasiat yang sangat menakjubkan!  Kalau nak tau lebih lagi pasal chia seeds.. silalah google sendiri & pasti akan jumpa lebih banyak lagi info kebaikan chia seeds.  

Jom kita cuba buat salah satu hidangan dari chia seeds ni... kita boleh pelbagaikan bahan2 untuk overnight oats ni ikut kretiviti sendiri dengan menambah hirisan buah-buahan segar yang anda suka.  Antara yang sesuai seperti mangga, strawberry, pisang, kiwi & sebagainya.  Nak campur coklat chips pun boleh.


OVERNIGHT OATS WITH CHIA SEEDS & MANGO
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2/3 cawan susu segar (suhu bilik)
1/4 cawan rolled oats
1 sudu besar chia seeds
1 sudu besar madu (MaDiHaA guna Qaseh Adinda sebab ia juga mengandungi madu)
1 sudu besar greek yogurt

Bahan Topping
Buah mangga di potong kiub


Cara menyediakan

1. Gunakan bekas yang sesuai seperti cawan atau bekas bertutup.  Masukkan susu segar, oats, chia seeds, yogurt & madu, kemudian dikacau rata.  Biarkan selama 5 - 10 minit.
2. Kemudian bolehlah masukkan bekas tadi ke dalam peti sejuk semalaman supaya oats dan chia seeds menyerap cecair & menjadi lembut.
3. Pagi esoknya bolehlah tambahkan dengan hirisan buah mangga atau buah2 pilihan anda.  Sedia untuk hidangan sarapan pagi yang sangat berkhasiat & memberi tenaga selain penuh nutrients.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA campurkan sekali hirisan mangga ke dalam bekas campuran selepas direhatkan selama 5 - 10 minit kemudian dikacau rata sebelum disimpan dalam peti sejuk.  Anda boleh buat ikut cara sendiri samada nak tambah buah terus atau tambah esoknya.

Selamat mencuba!

9 comments:

Phong Hong said...

Amalan pemakanan yang sihat!

norhidana miswan said...

waaaaaaaaaaa aritu ada terbaca kt blog kwn jgk, ni dr akak... baru tau chia seed tu apa, ingatkan biji selasih sbb tgk itam2 itu... rupenyer bukan... wahhh boleh try nih kak... kt umah oat mmg sentiasa ada...

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam madihah, kat mana nk dptkan chia seed kalau kat hypermarket / area oats juga ke.

Honey said...

Salam,

Dah lama tak buat. Dulu saya rajin lah buat but now dah malas. Tapi saya gunakan soya instead of fresh milk.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Phong Hong : betul tu.. memang ini makanan sihat. Tapi tu lah.. tak tau berapa lama dpt bertahan mkn ini... rasanya tak lalu nak makan tiap2 pagi.. hihi..

Norhidana : memang elok sgt diamalkan.. banyak khasiatnya. oats tu dana guna rolled punya tau.. kalau instant oats takut dia berlendir pulak tak sesuai utk overnight...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Inachomel : Wa'alaikumsalam... chia seeds tu boleh beli dari cosway. Kat hypermarket mungkin boleh cari kat bahagian organik kot.. akak pun kurang pasti sbb akak beli dr cosway...

Honey: yer.. betul boleh juga guna soya kan? tp tak perlu dah tambah madu sebab soya dah manis kan... hmm.. sedap juga tu... nnt boleh cuba...

Mommy Nia said...

kita pun dah terjebak dgn resepi ni sejak tgk kat fb, tapi kalau xde masa kita letak air panas jer. bila dah suam tabur mealshakes sedap jgk, tabur nuts, kismis, apa2 yang ada lah...serius kenyang sampai tengahari. tapi chia seed tu awak beli mana yer besar pack dia. kita beli kat jaya grocer kecik jer tapi dah rm 20

EmbunRosaliza said...

Assalam madihaa, tak pernah dgr n tgk chia seed ni, best ni mkn atau minum sejuk2

Aryn Fadzlee said...

O..mcm ni pula buat overnights oats tu..manis tak kak? :).. mmg tgh cari juga resepi ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...