Tuesday, October 14, 2014

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Assalamualaikum & selamat pagi...



Dah sarapan semua kakak2 & adik2?  Ibu2 kat rumah mesti sedang sibuk siapkan kerja rumah kan.  Ada yang baru balik dari pasar, ada yang sedang mengemas rumah.  Ada yang sedang sidai kain.  Kejap lagi nak kena masak pula.  Kalau lambat2 nanti anak balik sekolah kelaparan pulak.  Sesungguhnya tugasan seorang ibu memang sangat sibuk.  Dari pagi sampai ke malam, ada2 saja perkara yang nak dibuat.  Sama juga situasi MaDiHaA. Walaupun bekerja.. sesampai je di rumah pukul 7 malam... cepat2 sinsing lengan baju buat kerja2 rumah pula sementara menunggu  ikan atau ayam defrost & sementara  tunggu azan maghrib.  Tak sempat pun nak mengadap tv.. orang dok bercerita pasal drama itu ini ada yang 200% lah.. MaDiHaA memang tak tahu menahu.. hehe.. yelah.. kalau dok ngadap tv siapa pula nak siapkan tugas2 kat rumah tu.  Mana nak hantar anak mengaji lagi.  Kat bandar ni bukan macam kat kampong anak2 boleh pegi mengaji sendiri.  Kat bandar ni nak mengaji pun orang tua kena hantar & temankan.  Risiko terlalu tinggi nak biarkan anak2 yang masih bersekolah rendah atau tadika pergi mengaji sendiri.  Kalau dibuatnya anak2 tak balik sampai ke lewat malam... kemana nak pegi cari?  Banyak sangat kes budak hilang sekarang ni. Tambah2 kat apartment yang kami tinggal ni terlalu ramai warga asing. Semua ada.. cakap je nak bangsa apa... yang paling takut... si awang kulit hitam tulah... ya Allah.. mintak dijauhkanlah perkara2 yang tak diingini.. huhu...


Oklah.. panjang pula melalut.. hari ni nak kongsi resepi biasa2 aje ni.  Walaupun resepi biasa.. jarang juga MaDiHaA masak sebab makanan laut ni si Haziq kadang kala alergi.  Kesian kalau tiba2 dia kena gatal2 kulitnya tu. Dia memang suka sangat makan udang ni.. Tapi disebabkan dia selalu alergi tiap kali makan... dia memang jarang makan kalau MaDiHaA masak ni.  Kalau makan seafood kat luar pun dia jarang nak makan udang. Kesian dia... tak sampai hati pula kami makan sedap2 tapi dia kena tahan selera...

Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
7 senduk (senduk nasi) kisaran cili kering + bawang besar + bawang putih
600 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
3/4 cawan isi petai
1 cawan air
garam & gula secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak secukupnya lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & naik minyak.
2. Masukan air asam jawa, isi petai, air, sos tiram, garam & gula & biar mendidih.
3. Masukkan udang yang siap dibersihkan.. masak seketika hingga udang bertukar warna & masak.  Rasakan sambalnya.. & ikut kepekatan yang disukai.  Boleh adjust suka cair atau pekat.  Siap!

Selamat memasak...

3 comments:

LiNa_Pg said...

Usang sambal petai mmg sedap..tadak laun lain n sayur pun xpa dah..makan yg ni jer..tambah buat likat camni...dapnya

Bbwana adienia said...

Lauk sedap ni Kak madihaa..sedap makan..

sud@is said...

sedap ni mau nasi bertambah-tambah..memang makanan pembuka selera dan kecoq lioq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...