Wednesday, October 1, 2014

Apam Gula Melaka... lembut.. gebuz...



Assalamualaikum & selamat pagi semua...


Pagi2 tayang apam...  memang sesuai sangatlah ni untuk sarapan kan? Rasanya pun memang sedap sangat!  Gebu & lembut... sesungguhnya apam ni tak sama dengan apam kampong tu tau.  Ada penambahan bahan lain selain yis iaitu soda bikarbonat & minyak masak membuatkan apam ni begitu lembut sekali.  Pendek kata.. memang sedaplah! Makan pulak dengan kelapa parut yang agak muda yang digaul dengan garam.  Berketul2 suap ke mulut pun tak sedar...hihi...


Ni semua gara-gara jiran depan rumah punya pasal lah ni.. hahaha.. Baru-baru ni jiran sebelah rumah nak buat kenduri tahlil.  Jiran depan rumah pesan katanya kalau nak gi rewang ajak dia gi sama2. Masa nak panggil dia... diajaknya pulak MaDiHaA masuk makan apam dulu.  Eh eh... sedaplah pulak.  Tu yang tanya resepi tu.  Rupa2nya resepi di ambil dari myresepi iaitu resepi Rossitamz atau juga dikenali sebagai Azita Zain.  Siap salin resepi lagi hahaha... So esoknya MaDiHaA pun godek2 terjumpa resepi yang sama di blog Azita Zain.  Terima kasih Azita.  Memang best sangat resepi ni... minta izin ye kongsi resepi kat blog MaDiHaA...

Jom sapa-sapa yang teringin cuba buat apam ni.  Mudah sangat & yang paling best sebab apam ni tak perlu diperap!  MaDiHaA suka la kalau kuih2 yang tak perlu diperap ni.  Kalau yang kena perap tu... liat sikit nak membuatnya... kes tak sabar... hehehe...


APAM GULA MELAKA
Resepi : Azita Zain
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )
  • 125gm gula pasir (MaDiHaA guna 100gm je)
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2 (MaDiHaA guna gula merah)
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
Cara-cara
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan). 
Selamat mencuba!

5 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedapnya uiiiii
buat minum petang ke ni kan
dah lama tak buat apam2 ni

Bicara Kak Noor said...

NAMPAK GEBUS apam ni mesti sedapp ni, akak fav apam yg gebusss macam ni

Faeez said...

Cantik & berselera betul nampak apam ni. Tentulah sedap, maklumlah kuih yg gunakan gula Melaka.. In Syaa Allah, saya nak cuba buat nanti... Terima kasih :)

hazila said...

Baru plan nak buat apam. Nanti boleh cuba resepi ni.

ummi aqilah (LM) said...

Sedapnya kak. X perlu perap ye apam jenis ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...