Friday, October 17, 2014

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat "Tempahan"

Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...


Entry ringkas je hari ni ye.  Kongsi gambar tempahan pulut kuning 3 tingkat yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Diharapkan customer yang menempah berpuas hati dengan hasil yang dipersembahkan.  Mohon dihalalkan segala kekurangan yang ada.  


Macam biasa MaDiHaA tak dapat nak kongsi pulut kuning yang siap dipasang bertingkat2 sebab tak mau rosakkan permukaan pulut tu.  MaDiHaA cuma tandakan saja tempat yang patut dicucukkan dengan pillar tu.  Nanti customer akan pasang sendiri pillar bila sampai kat tempat majlis berlangsung.  Jika ada customer yang sudi kongsi gambar pulut kuning yang mereka dah siap pasang bolehlah MaDiHaA kongsikan kat sini... Kalau takde tu... maka memang tak dapatla nak kongsi mcmana rupa pulut yang siap disusun bertingkat2.  Sebenarnya.. MaDiHaA sendiri pun teringin nak tengok macamana rupa pulut siap disusun bertingkat2 tu.... hehehe...


Tempahan kali ini dari Siti Hajar yang meminta buat pulut kuning 3 tingkat dengan design pilihan sendiri.  MaDiHaA cuba buat mengikut apa yang diminta oleh customer maka... begitulah hasilnya.

Terim kasih Siti Hajar & ibunya yang sudi menempah pulut kuning dari MaDiHaA. 
Tingkat bawah sekali saiz 12", tengah 10" & atas sekali 8" menggunakan 4kg beras pulut.

Tak puas pulak snap gambar yang tingkat bawah sekali... kongsi 1 keping lagi ye...hehe...

Jika ada yang berminat ingin menempah sila call atau sms MaDiHaA di 019-3171150Terima kasih.

2 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Cantiknya hiasan pulut kuning ni...kreatif betul kamu.

Nak makan pun tak sampai hati...hiasan kat atas pulut tu leh kumpulkan utk masak sayur & salad.. tiada pembaziran bg yg bijak recyclekan makanan.

Sweet red cherry said...

memang cantik..moga bertambah murah rezeki akak..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...