Wednesday, November 12, 2014

Muffin Pisang Coklat Chips lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Entah kali ke berapa dah buat muffin ni pun tak taulah... dah berkenan sangat dengan resepi yang satu ini.  MaDiHaA adaptasi dari resepi muffin pisang resepi Wendy Khor.  MaDiHaA kurangkan kuantiti tepong & tambah serbuk coklat sama kuantiti dengan pengurangan tepong.  Kemudian tambah pula dengan coklat chips. Hasilnya? Hmmmm... yummehh... gebuuu & sedap sangat2... Yang penting jangan terlebih aduk ye.. pantang adunan muffin terlebih kacau nanti muffin tak jadi gebu.

Jom cuba resepi ni sesiapa yang ada lebihan pisang kat rumah tu... resepi kat bawah ni dapat agak banyak ye.. jika penghuni rumah tak ramai sangat.. buat separuh adunan saja.  Tapi kalau rasa nak bersedekah tu.. boleh je ikut resepi kat bawah... boleh buat amal jariah sikit bagi jiran2 merasa...hihi..




Muffin Pisang Coklat Chips  
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna 
 Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book

Bahan2 A 
400 gm butter (dicairkan)  
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar

Bahan B  
600 gm pisang yang dilecek  
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)  
2 gm garam

Bahan C 
530 gm tepong gandum 
10gm (2 tsp) baking powder  
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate  
20 gm serbuk coklat


Bahan D

1 cawan coklat chips

Cara2 menyediakan

1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu.  Kacau sehingga rata. 

2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.

3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.

5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips atas permukaan muffin.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2).
Selamat mencuba!

7 comments:

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ratna...

Mama pun buat banana choc chip muffins tadi, tapi bukan resepi yang ini. Mama punya tak de koko. Mama buat tadi pun sebab pisang dan melambai lambai longlai mintak dibelai... hahaha....

Montok montok muffin Ratna. Menggamit selera!

mama sara nur said...

assalam

sedapnya, montok2 muffin k madiha
suka ni budak2 kalu nampk
ada coklat chips lg bertambah sedap kan

mama sara nur said...
This comment has been removed by the author.
Yana Shaiful said...

suka sgt tgk muffin yg naik kembang mcm nii..geram nk mkn ^^_^

lieyalatif said...

cantik kejadiannye kak...nampak gebusnye...coklat ngan pisang mmg gandingan yg mantop kan kak....

Mamasya said...

Aslmkum Ratna

Membukit elok muffin pisang ni....boleh masuk senarai.dah lama tak buat muffin.

Fazleyatul Aini said...

apa2 makanan yang berasaskan pisang memang favorite saya kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...