Salam Syawal buat semua... semoga semua pengunjung blog MaDiHaA semuanya sihat sejahtera dan sedang berbahagia disamping insan2 tersayang.
MaDiHaA umumkan di sini bahawa buat masa ini MaDiHaA tidak dapat menerima sebarang tempahan disebabkan ketiadaan handphone. Hanphone MaDiHaA tiba2 je rosak sejak beberapa hari sebelum raya tempohari. Bila on masih hidup.. tapi berhenti kat logo samsung. Pinjam telefon kakak Dini yang dia tinggalkan kat rumah sebab tak boleh bawak smart phone kat asrama... dapatlah guna sehari dua.. lepas tu tak boleh pakai pula disebabkan ada tangan2 yang pandai sangat pegi set password bagai. Bila tanya sorang pun tak mengaku... tapi MaDiHaA syak si adik yang pandai2 buat password tu tapi terlupa design apa yang dia buat. Dah cuba macam2 design.. bila terlalu banyak cubaan.. terus kena blok. Aduhaiii... nak nangis rasanya. Handphone tu hanya boleh terima panggilan (itupun kalau dengar ringtonenya sebab volumenya rendah sangat & nak kuatkan volume pun dah tak boleh sebab dah kena block) seandainya ada yang hantar sms tu mintak maaflah memang tak boleh nak baca & reply. WhatssApp apatah lagi dah lebih sebulan tak buka wassap sejak handphone rosak. Hp kakak Dini memang takde WA. Jadi buat masa sekarang ni.. sebarang sms, WA tak dapat MaDiHaA baca.. call pun ikut nasib juga kalau terdengar dapatlah bercakap dgn MaDiHaA.. kalau tak dengar tu.. memang tak berjawaplah panggilan.
InsyaAllah moga ada rezeki untuk beli hp yang baru nanti. Oleh itu.. buat sementara ni tempahan terpaksa ditutup untuk sementara waktu. Susah bila takde alat telekomunikasi yang satu ni.. nak buat apa pun tak boleh. Hinggakan raya tahun ni takde satu pun gambar raya family. Yang sempat MaDiHaA ambik gambar hanya gambar rendang tok yang MaDiHaA masak.. itupun pinjam handphone en. suami. Pagi raya tu.. masing2 sibuk & takde sorang pun yang berminat atau teringat nak bergambar. Yelah.. selama ni pun MaDiHaA sorang je yang suka snap2 gambar ni.. en. suami memang kurang minat ambik gambar.. adik2 suami pun sama kot. Sorang pun takde yang nak snap gambar. hihi.. Bila hanphone sendiri rosak.. terus lupa nak snap2 gambar. Terkilan la jugak.. takde kenangan raya tahun ni.. kenangan tersimpan disanubari ajelah.. hehe...
Oklah semoga bersua lagi.. nak update pun takde gambar2 terbaru maklumlah... hanphone rosak. Tengoklah kalau rajin update gambar2 lama yang tersimpan dlm folder tu.
No comments:
Post a Comment