Monday, July 6, 2015

Gulai Lemak Nangka Muda dengan Sardin


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi ulangan je dengan ibu2 semua sebab dah banyak kali juga kongsi resepi gulai ni. Mana tau boleh jadikan ilham untuk masak waktu berbuka nanti.  Maklumlah bila hari2 masak sampai dah tak tau nak masak apa kan.  Bila kita kongsi2 idea memasak ni bolehlah jadikan ilham waktu memasak nanti...

Ini antara sayur feberet MaDiHaA & suami.  Masakan 2 in 1.. mudah disediakan & sedap pulak tu. Jom cuba...





GULAI LEMAK NANGKA MUDA DENGAN SARDIN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm isi nangka muda ~ dipotong kiub besar
1 tin sardin
3 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 helai daun kunyit ~ dikoyak2
Garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secubit gula

Bahan dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara menyediakan
1. Nangka muda dicelur setengah masak kemudian ditos.
2. Jerang santan dengan bahan kisar, nangka & serai.  Sentiasa dikacau supaya tak membuak. Tambah garam, serbuk perasa & secubit gula. Bila nangka agak empuk masukkan sardin serta sosnya & juga daun kunyit.  Biar mendidih. & secukup rasa.
3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih serta hidangan sampingan yang lain.


Selamat mencuba!

2 comments:

m.u.l.a.n said...

sedapppppp nyaaaa...

Cho Zila said...

oooh tak pernah rasa.. tapi rasanyer saya tak boleh terima... entahler tuler payahnyer kadang2tu asyik masak yang samajer sebab masalah tak boleh terima.. pss lama tak singgah sini.. per kabo??? salam ramadan yang masih bersisa dan selamat hari raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...