Thursday, July 16, 2015

Biskut Nestum Coffee Chips



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jika dizinNYA... insyaAllah esok kita semua akan menyambut 1 Syawal bersama2.  Oleh itu MaDiHaA ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir & batin sekiranya ada salah & silap atau terkasar bahasa selama berblog ni ye.  Moga kita semua dapat sama2 meraikannya dengan gembira bersama keluarga tersayang.

Oklah untuk yang terakhir nak kongsi juga resepi biskut raya yang sedap ni sebagai koleksi biskut raya di blog MaDiHaA ni.  Tak sempat nak cuba sekarang.. mungkin anda boleh simpan resepi ni & cuba untuk raya akan datang pula.  MaDiHaA buat biskut ni pun sebabkan ada banyak lebihan nestum dalam simpanan.  Ni kes beli nestum masa en. suami operation tonsil bulan Mac tempohari. Waktu tu dia tak boleh nak makan nasi.. Jadi ada nestum ni bolehlah gilir2 ambil selain makanan2 lembut yang lain.  Kalau asyik makan bubur pun jemu juga katanya.  Tapi dek kerana terbeli 2 pek... nampaknya berlebih2lah pulak.  Ada baiknya dibuat sesuatu dan alhamdulillah... bila buat biskut ni.. takdelah membazir nestum tu.  Biskut ni pun sedap sangat.. rangup2 terasa chips kopi dalamnya.  Kalau takde coffee chips boleh aje ganti dengan choc chips. MaDiHaA guna chips kopi disebabkan ada stok yang tu je kat rumah.  Memang buat biskut raya kali ni langsung tak pegi kedai bakeri.  Hanya guna bahan2 yang sedia ada kat rumah je.  Kan kena berjimat cermat.. guna bahan yg ada kat rumah.. insyaAllah takdelah membazir.


 
BISKUT NESTUM COFFEE CHIPS
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
80 gm coffee chips
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan nestum

Cara menyediakan
1. Pukul mentega dengan gula kastor hingga hampir putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung, nestum & coffee chips dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.
4. Bentukkan biskut ikut citarasa masing2 dan susun atas dulang pembakar yang digris. Biskut ni tidak berubah bentuk atau mengembang ketika membakar, jadi waktu susun tu tak perlu jarak2 terlalu jauh. Bentukkan biskut & leperkan sikit ye.
5. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165C ikut oven masing2. Sejukkan biskut atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

1 comment:

obat alami tradisional said...

sangat enak sekali... tar saya bikin ahh kayanya mantab nih,,,,Pengobatan Alternatif Diabetes Melitus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...