Tuesday, July 14, 2015

Biskut Coklat Badam Coffee Chips


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Raya kian mendekat hanya beberapa hari saja lagi.  Tentu semuanya sedang sibuk membuat persiapan menyambut raya.  Bagi MaDiHaA sekeluarga persediaan hanya sederhana saja.  Kuih raya pun hanya sempat buat 3 jenis cookies saja.  Buat ni pun mengenangkan anak2 & anak kat asrama yang akan bawak ke asrama nanti.  Kalau ikutkan MaDiHaA memang kurang rajin nak buat cookies2 ni semua.  Takut nanti sendiri makan banyak, badan naik bagai dipam2.. hehehe... Yelah.. kalau dah mengadap tu nanti tak cukup sekeping dua... sedar tak sedar lepas raya baju2 semua ketat.. 

Oklah jom MaDiHaA kongsi resepi biskut raya pertama yang MaDiHaA buat ni...


BISKUT COKLAT BADAM COFFEE CHIPS
Bahan²
1 1/2 cawan gula perang/soft brown sugar
1 cawan mentega
1 cawan minyak masak
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
4 cawan + 4 sudu besar tepong gandum*
3 sudu besar serbuk coklat*
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar susu tepong
secubit garam
1 cawan badam cincang (bakar biji badam dalam 8-10 minit kemudian sejukkan & cincang kasar2. Jika nak guna badam cincang dari bakeri pun boleh juga.. bakar kejap. MaDiHaA suka badam cincang kasar sebab masa makan terasa bila tergigit badam tu)
1 3/4 cawan coffee chips


Cara menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda*. Ketepikan dahulu.
2. Pukul mentega, gula perang, minyak masak, kuning telur, susu, garam dan vanila hingga sebati dengan kelajuan sederhana sehingga gula perang agak larut.
2. Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sikit demi sikit & putar sebati. Jangan putar terlalu lama.
3. Masukkan badam cincang & coffee chips dan gaul sebati menggunakan spatula. 
4. Sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar (tanpa gris) dengan menjarakkan sikit untuk ruang cookies mengembang semasa dibakar. 
5. Bakar pada suhu (165C-175C) selama 13-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven anda.  Bila cookies masak, sejukkan sekejap sebelum dialihkan di atas redai kerana semasa keluar dari oven cookies masih lembut.  Bila cookies dah betul2 sejuk bolehlah masukkan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

3 comments:

KHALID said...

Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni! Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

Unknown said...

Sedap nyer..resipi pn mudah.

Ani said...

Nk cuba juga,masih Syawal lgi ni..tmakasih share resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...