Wednesday, July 1, 2015

Terubuk Masin Goreng Bawang Cili

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi bersahur la pulak ye.  Lauk bersahur biasanya yang mudah2 je. Tak perlu lauk beria-ia pun sebab makan bukan selera pun pagi2.  Dapat lauk2 simple macam ni pun dah kira ok dah.  

Ikan terubuk masin ni sebenarnya buah tangan dari officemate dari cawangan Sarawak masa diaorang datang kursus GST kat HQ kami kat PJ ni lah.  Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Dah goreng dah sikit aritu... masih berbaki & simpan je dalam peti tu. Dah masuk bulan puasa ni baru teringat nak goreng untuk sahur.



Senang je nak sediakan.. Cuci ikan terubuk masin kemudian goreng ikan garing2. pastu angkat & guna minyak yang sama goreng pulak bawang besar, bawang putih dan cili padi yang dihiris/dimayang. Tabur atas ikan tu... dah siap.  

Okay... jumpa lagi..

3 comments:

intandayani said...

Tengok pun dah meleleh air liur..sampai taip melelh jadi memeleh da td

intandayani said...

Tengok pun dah meleleh air liur..sampai taip melelh jadi memeleh da td

norhidana miswan said...

ni menu mmg comfirm membuka selera... bau pun dh memikat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...