Friday, July 3, 2015

Sambal Tumis Sotong Sedap

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni MaDiHaA kongsi resepi sambal tumis sotong yang boleh tahan sedapnya.  Ada kelainan sikit cara masak sotong ni sebab kita perlu buangkan dahulu air sotong tersebut sebelum mula memasak sambal untuk elakkan sambal kita terlalu berkuah atau berair.  MaDiHaA ikut cara Amie buat sambal ni tapi sebenarnya... sebelum ni MaDiHaA pun pernah buat cara yang sama juga untuk buat Sotong Goreng Tepong iaitu dengan cara mamasak sotong sebentar untuk membuang airnya kemudian barulah digoreng dengan tepong.  Barulah sotong tu tak meletop2... hihi...

Ok jom tengok resepi ni. Terima kasih pada Amie untuk resepi yang sedap ni... MaDiHaA copy paste resepi kat sini pula ye...



Sambal Tumis Sotong Sedap
 
Bahan-bahan:
1 kg sotong - bersihkan dan potong ikut suka
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa
2 sudu makan gula pasir
minyak
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm belacan
1 cm halia
1 batang serai - ambil isinya yang putih & lembut - hiris
Cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan pasangkan api dapur. Biarkan air sotong keluar selama 3-5 minit. Balik-balikkan sotong sekali-sekali supaya air sotong keluar sekata.
2.  Keluarkan sotong dan toskan hingga kering.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
4. Masukkan pati asam jawa serta gula pasir serta bawang besar dan seterusnya masukkan sotong.
5. Gaul rata semua bahan, dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.

Selamat mencuba!

7 comments:

Mas said...

peberet mas ni kak ..
sedapnya

Amie said...

Madiha, selalunya kalo kita masak cara biasa, berair-airlah pulak kuahnya, kenalah tunggu lama sikit nak bagi pekat. Tapi bila buang dulu air sotong tu, jimat masa memasak, sotong pun tak liat, bau air sotong pun takde. Terima kasih sudi cuba resepi. Nak makan dengan nasi lemak pun sedapkan!

wanie yahaya said...

wah...sedapnya..hihi..
follow blog sy jugak...sy masih baru..boleh tukar2 idea masakan...
http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/

Shila Muin said...

Tq Puan..dah dapat rahsia atasi masalah sotong berair klu masak.tqvm also goes to Pn Amis

Shila Muin said...

sorry Pn Amie

Nur Diela said...

Sedapnyee sambal sotong.

Nur Diela said...

Sedapnyee sambal sotong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...